Showing posts with label Zone Blog. Show all posts
Showing posts with label Zone Blog. Show all posts

Contest SEO. Kepakaran Menulis vs Copycat

December 5, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bukan main rancak lagi para kenalan penulis blog ku menyertai pertandingan "CONTEST SEO". Tapi sejauh mana mereka faham akan tujuan dan maksud sebenar penganjuran pertandingan tersebut?
contest-seo

Bagi mereka yang faham mungkin kita akan tertarik dengan penulisan karya yang dihasilkan oleh mereka. Tapi bagaimana pula bagi mereka yang masih tidak faham konsep sebenar pertandingan penulisan berbentuk SEO?

Okay dari pemahaman saya terhadap penganjuran pertandingan penulisan artikel SEO. Pertandingan sedemikian dianjurkan adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana anda tahu tentang "Apa itu artikel bercirikan SEO." dan ianya juga bertujuan untuk menguji tahap kemahiran para peserta dalam menghasilkan artikel yang menepati ciri-ciri mesra SEO. 

Selain itu ianya juga bertujuan melatih para penulis blog untuk memperbaiki corak penulisan mereka agar mesra SEO. Tapi malangnya, masih terdapat segelintir penulis blog yang tidak memahami tujuan dan juga konsep pertandingan tersebut. Dimana dari pengamatan saya ketika mengunjungi blog yang menyertai pertandingan sedemikian.

Mereka hanya menulis pembuka bicara sahaja menggunakan kreativiti mereka. Selebihnya mereka ambil bulat-bulat isi dari blog penganjur. Jadi dimana keunikan penulisan seseorang penulis blog itu jika semuanya menghasilkan artikel yang lebih kurang sama?

Artikel ini dihasilkan adalah kerana saya rasa terpanggil untuk berkongsikan pendapat saya berkaitan isu pertandingan sebegini. Dalam erti kata lain ada seorang sahabat bertanya kepada saya tentang blognya yang sukar mendapat tempat di dalam enjin carian (Search Engine) bila mana dia bermain "Contest SEO".

Pada pendapat saya. Terdapat beberapa faktor yang anda perlu pertimbangkan semasa hendak menyertai pertandingan penulisan karya berbentuk SEO. Antaranya adalah:
  • Fahamkan dulu apa tujuan penganjuran pertandingan penulisan karya berbentuk SEO.
  • Fahami corak penulisan karya berbentuk SEO.
  • Tonjolkan keunikan penulisan anda dan bukannya menghasilkan karya "Copycat".
  • Fahami apa itu "Karya Asli" dan "Karya Copycat".
  • Tujuan anda menyertai pertandingan tersebut.
    • Suka-suka (bolehlah tapi kenalah serius dan tunjukan keunikan dan kreativiti).
    • Ikut Orang (orang lain join dia pun nak join. Akhirnya semua buat benda yang sama).
    • So Serious (betul-betul nak join. Mereka yang tergolong dalam kategori ni biasanya mereka tahu apa yang mereka perlu buat dan mereka tidak mengikut apa yang orang lain buat. Mereka menonjolkan kreativiti dan keunikan penulisan mereka).
  • Usaha dan promosi.
  • Persaingan (bersainglah dengan cara sihat).
Saya pun pernah sertai pertandingan penulisan karya berbentuk SEO dan faktor-faktor yang saya kongsikan tu saya terapkan dalam penulisan saya. Alhamdulillah menang lah juga RM50 dari pertandingan tersebut. Jadi selamat maju jaya saya ucapkan kepada rakan-rakan penulis blog yang meyertai pertandingan penulisan karya SEO. 

Saya malas nak join lagi sebab saya ni tak hebatpun dalam bab-bab SEO. Setakat menulis ikut perasan saja. Saya ni "Noobies" jer dalam bab SEO. Kalau ada tips-tips SEO yang power. Meh ler kongsikan bersama saya.
{ 2 ♥ comment }

Tips Blogging : Hasilkan Artikel Bermusim Yang Dicari Saban Tahun

November 11, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Saya kembali menulis setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia blogging lantaran disebabkan kesibukan membantu ayah saya berniaga. Kali ini saya ingin kongsikan tips mudah yang boleh digunapakai oleh Blogger Baru untuk mendapatkan trafik tanpa perlu melakukan promosi di laman sosial.

Rasanya teknik ni biasa digunapakai oleh para  "Pro Blogger". Tips yang mudah tapi dipandang remeh oleh sesetengah Blogger. Tips tersebut adalah "Hasilkan Artikel Bermusim Yang Dicari Saban Tahun". Apa maksudnya tu?

Okay maksudnya adalah kita seharusnya menulis apa yang pengguna "Enjin Carian (Search Engine)" mahukan dan ianya haruslah mengambil kira beberapa elemen penting iaitu:
  1. Target Pembaca/Pencari maklumat (Audience).
  2. Musim.
  3. Informasi.
Apa yang paling penting. Ianya akan dicari saban tahun berulang-ulang kali. Adakalanya ianya dicari sepanjang tahun. Antara topik ataupun isu yang dicari kebiasaannya memberikan value yang dikehendaki oleh si pencari. Contoh seperti topik "BR1M". Topik tersebut sentiasa akan memberikan trafik dari enjin carian mengikut musim. Biasanya bila BR1M diagihkanlah.

Teknik ini amat disarankan digunapakai oleh Blogger baru. Maksud saya Blogger baru harus menghasilkan artikel bercorak seperti ini bagi memudahkan blog mereka dikenali dengan lebih mudah. Tapi pada peringkat awal memang ianya kelihatan kurang berkesan.

Tapi percayalah, lama kelamaan ianya akan menunjukkan peningkatan dan kesan yang positif kepada blog. Terus terang saya katakan artikel ini dihasilkan selepas 2 bulan lebih blog ini tidak dikemaskini dengan artikel baru. Namun begitu, blog ini masih menerima aliran trafik dari Google.com dan Google.com.my.

Ini kerana dari awal pembinaan blog ini. Saya telah mengamalkan atau mempraktikkan teknik penghasilan "Artikel Bermusim Tapi Dicari Saban Tahun". Dalam erti kata lain ianya adalah artikel berbentuk SEO tapi untuk jangka masa panjang. Saya gelarkan ianya sebagai teknik "Long Term SEO Article".

Kalau boleh, sila elakkan menghasilkan artikel "Syok Sendiri" sewaktu di awal pembinaan blog. Kerana artikel sedemikian tidak membantu dalam meningkatkan pengunjung ke blog dan ianya merugikan masa anda untuk berblogging. Sekian saja tips dari saya buat anda semua.
{ 0 ♥ comment }

Widget Contact Form Untuk Blogger

May 16, 2013

More Widgets
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tadi semasa sedang berjalan-jalan melayari blog rakan-rakan blogger Sembang Cyber. M'Rie terjumpa satu artikel mengenai widget terbaru yang disediakan oleh pihak Google untuk pengguna Blogspot.

Widget yang diperkenalkan bukanlah widget official blogspot. Tapi sebaliknya ia adalah widget pihak ke 3 (3rd Party Widget). Jika tidak silap M'Rie terdapat 2 widget baru iaitu:
  1. Contact Form dan..
  2. Wikipedia.
Tapi untuk hari ini. M'Rie hanya nak bercerita soal "Contact Form" sahaja. Ini kerana M'Rie tak berminat dengan widget "Wikipedia" tersebut.

Okay, widget "Contact Form", seperti mana yang kita tahu. Fungsinya adalah untuk memudahkan para pengunjung blog menghubungi "Blog Founder (Penggasas Blog)" atau lebih dikenali sebagai "Blog Owner (Pemilik Blog)".
Google Contact Form

Kelebihan:

  1. Lebih mudah tanpa perlu menggunakan coding untuk memasukkan "Contact Form" ke dalam blog.
  2. Ringkas dan padat.
  3. Mesej dihantar terus ke "Inbox Email" yang digunakan untuk Log In ke akaun blog.

Kelemahan/Kekurangan:

Setakat ini M'Rie dah mencuba untuk mengubahsuai widget tersebut agar tampak serasi dengan penampilan blog. Tapi malangnya setiap percubaan yang dilakukan hanya memperoleh hasil yang mengecewakan.
  • Sukar untuk di ubah suai agar menepati citarasa pengguna.
  • Tiada pilihan untuk menentukan saiz kelebaran (width) ruangan nama, email, dan mesej.
  • Hanya boleh diletak di "Layout Blog" sahaja dan tidak boleh dipasang di "Page".

Cara Pasang:

  1. Sila pergi ke menu "Layout".
  2. Klik pada "Add a Gadget".
  3. Pilih "More Gadget".
  4. Pilih "Contact Form".
  5. Klik "Save".
{ 0 ♥ comment }

Bicara Soal New Template Editor ver.2

May 4, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat para pengunjung blog Sembang Cyber. Hari ini saya teringin menunaikan permintaan rakan blogger yang meminta saya untuk membuat tutorial bagaimana hendak mengubahsuai blog menggunakan "New Template Editor". Ini komen yang beliau tinggalkan di blog ini:
Saya masih tak confident nak gunakan template editor yang baru ni, pada masa yang sama, saya ingin menukar warna background pada main page, selain menjadikan blog saya ada border pada sebelah kiri dan kanan. Cumanya, saya ingin minta bantuan saudara untuk buat tutorial tukar background template dengan menggunakan template editor baru ni. Harap saudara sudi pertimbangkan.terima kasih ya.. 
Pertama sekali saya ingin maklumkan. Sebenarnya tidak ada perbezaan yang besar pun diantara "Old Template Editor" jika nak dibandingkan dengan "New Template Editor".  Cuma bezanya adalah dari segi:
  • HTML code telah disingkatkan dengan menggunakan fungsi "Dropdown" ataupun "Expand" sahaja.
  • Setiap code diringkaskan mengikut ID code masing-masing.
  • Fungsi "Ctrl + F" telah diintegrasikan didalam ruangan "Edit HTML" dan bukannya melalui browser internet.
  • Dan beberapa lagi fungsi lama yang dinaik taraf.

Jika anda ingin mengubahsuai blog dengan "New Template Editor", anda hanya perlu memanfaatkan fungsi "Ctrl + F" yang telah dimasukkan ke dalam "New Template Editor". Di mana anda perlu klik di dalam ruangan "Edit HTML" terlebih dahulu sebelum anda menekan butang "Ctrl + F" di keyboard laptop mahupun komputer anda. Kemudian carilah code yang ingin diubah dengan menggunakan "Keyword" yang bersesuaian.

Cara yang paling mudah sekali adalah dengan membuka blog anda di halaman baru (New Tab) dan klik kanan pada tetikus komputer (Mouse) dan pilih "Inspect Element". Selepas itu akan terbuka satu ruangan dibawah browser yang memaparkan kedudukan code. Disebelah kiri akan memaparkan code HTML manakala disebelah kanan akan memaparkan CSS Code.

Setakat ini sahaja saya ingin berbicara soal "New Template Editor". Selepas ini saya akan teruskan dengan tutorial yang diminta oleh Nur Imans.
{ 0 ♥ comment }

Google Memperkenalkan Google Plus Comment

April 19, 2013

17 April 2013 via Google Blog, pihak Google telahpun melancarkan satu sistem komen berteraskan Google+. Ianya lebih menyerupai sistem komen facebook. Tapi kali ini ianya versi Google Plus khas untuk pengguna blogspot (agaknyalah).
Google Plus Comments
Tapi aku agak kecewa sedikitlah. Sebabnya aku cuba aktifkan fungsi tersebut. Tapi malangnya, lepas aku aktifkan sistem "Google+ Comments". Semua komen yang sedia ada ghaib begitu sahaja. Ke depa tengah upload komen-komen lama untuk dimasukkan/diintegrasikan dengan sistem tersebut?

Kalau tak percaya, meh tengok sendiri "print screen" ruangan komen blog aku ni:
komen hilang
Cuba anda bayangkan. Ada 8 komen pada artikel anda, tapi komen-komen tersebut menjadi halimunan. Tak ke rasa haru biru bila perkara sedemikian terjadi. Baru rasa teruja nak lihat prestasi sistem komen terbaru dari Mr & Mrs Google. Tup-tup jadi macam tu pula. Hilang terus keterujaan tu.

Tapi aku berharap sangat depa dapat baiki masalah ini secepat yang mungkin. Sebab pada aku sistem tersebut bersifat viral. Kerana bila ada yang komen, ianya secara automatik akan tersebar dikalangan "Circle Google+" kita.

Latest:  Setelah dilakukan ujikaji. Didapati sistem "Google+ Comments" hanya berfungsi dengan baik pada template yang berada didalam "Galeri Template" blogspot. Untunglah siapa-siapa yang menggunakan template dari galeri blogspot tu. Bagi pengguna "Custom Template" hanya mampu menunggu jalan penyelesaian dari pihak yang berkenaan.

Aktifkan Google Plus Comment:

  1. Pergi ke "Settings".
  2. Klik pada "Google+".
  3. Tick pada pilihan "Use Google+ Comments on this blog".
Use Google+ Comments

{ 0 ♥ comment }

Ragam New Template Editor Blogspot

April 16, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Beberapa hari sudah kecoh dengan isu penukaran template editor blogspot yang sudah dinaik taraf oleh pihak Google. Masing-masing dok panik kononnya template editor rosaklah apalah. Walhal template editor tu sudah bertukar wajah.

M'Rie awal-awal dah tahu. Sebabnya M'Rie terbaca artikel yang dibuat oleh Bro +HASRUL HASSAN berkaitan isu ini. Tapi hari ni M'Rie nak berbicara soal ragam para blogger ketika menggunakan "Template Editor" yang baru ni.

Kebanyakkan blogger yang sudah mencuba segala fungsi baru dan lama pada "Template Editor" baru ni. Mereka mengatakan ianya mempunyai sedikit kesukaran untuk melakukan pengubahsuaian. Bahkan ada segelintir yang mencubanya, terpaksa menukar template mereka gara-gara penampilan blog rosak dan hancur lebur. Sebabnya mereka tak tahu macam mana nak baiki kerosakan yang dialami. Nak tanya yang pakar pun. Masalahnya pakarpun mengalami masalah yang sama.

M'Rie pun hampir-hampir menjahanamkan design yang ada sekarang ni gara-gara kesukaran melakukan pengubahsuaian dengan "Template Editor" baru ni. Tapi nasib baiklah M'Rie ni jenis yang cermat ketika membuat sesuatu.

Perkara pertama yang kita perlu buat sebelum mengubahsuai blog dengan menggunakan template editor yang baru ni adalah "BACKUP TEMPLATE", ianya wajib dilakukan terlebih dahulu. Ini kerana jika blog mengalami kerosakan design yang parah. Sekurang-kurangnya kita dah ada backup. Kalau jahanampun blog kita, tinggal "RE-UPLOAD" sahaja template yang sudah di backup sebelumnya.

Sebelum menutup tirai bagi isu ini. M'Rie nak kongsikan apa perubahan yang dilakukan terhadap "Template Editor":

Hilangnya "Tick Expand Template Widgets".

dropdown widgetBenda tu tak hilang kemana-mana pun. Masih ada lagi. Cuma kali ini ianya ditukarkan kepada bentuk dropdown bagi setiap code. Maksudnya setiap code penuh diringkaskan dengan menggunakan dropdown.

Pada M'Rie ianya memudahkan. Ini kerana kita boleh cari code bagi sesuatu fungsi dengan mudah hanya dengan melihat "ID" bagi setiap code. Contoh widget "Popular Post", kita cuma perlu cari ID "Popular Post". In Syaa Allah akan jumpa.

Search Box

searchSebelum ni M'Rie ada mengatakan fungsi "Ctrl + F" tidak berfungsi. Sebenarnya fungsi tersebut boleh digunapakai. Cuma ianya telah diaplikasikan didalam "New Template Editor". Tapi kita kena klik di ruangan code selepas tu barulah kita tekan "Ctrl + F" dan "Search Box" akan muncul di dalam template editor.

Bukan "Search Box" pada browser internet ya kawan-kawan. Kalau "Search Box" pada browser memang kita takkan jumpa code yang dicari. Kalau nak "Search" pastikan klik dropdown ditepi code untuk memaparkan code penuh. Kalau tak sampai ke sudah tak jumpa code yang dicari.

Kesimpulan:

Dari pemerhatian M'Rie. Fungsi baru yang di aplikasikan oleh Google sedikit sebanyak membantu para blogger blogspot untuk mendesign blog mereka dengan lebih mudah. Mula-mula memang rasa susah. Tapi In Syaa Allah kalau kita biasakan diri menggunakan fungsi tersebut ianya akan terasa mudah dan menyeronokkan.
{ 0 ♥ comment }

Peningkatan Fungsi Pada HTML Template Editor

April 10, 2013

9 April 2013: Semalam pihak Blogspot telah menaik taraf fungsi "HTML Template Editor" dimana fungsi yang diperkenalkan bakal memberikan impak yang menakjubkan kepada para pengguna blogspot. Apa fungsi yang ditambah tu?

Fungsi Baru Yang Ditambah:

  1. Jump to widget.
  2. Format Template.
  3. Revert Changers.
HTML Template Editor

Jump to Widget:

Jump to Widget adalah merupakan fungsi yang memudahkan kita untuk menjejaki code widget yang digunakan didalam template.

Pada M'Rie fungsi ini memang bagus dan berguna buat mereka yang baru berjinak dengan dunia penulisan blog dan pertama kali dalam aktiviti mengubahsuai blog.

Edit HTML Template:

Fungsi yang ni macam biasalah. Ini adalah merupakan tab untuk mengedit code. Telah berlaku sedikit perubahan dimana fungsi "Syntax Highlighter" telah digunakan. Di mana dengan adanya fungsi "Syntax Highlighter" ini, kita mampu mengesan "Error or Broken Code" didalam code template kita.
Edit HTML Template
Hanya dengan berpandukan barisan nombor code sahaja kita dah boleh jejaki dimana code yang mempunyai kesilapan berbanding sebelum ini.

Preview Template:

Fungsi sedia ada yang telah dipertingkatkan dari sebelumnya. Di mana setiap kali kita preview template selepas melakukan pengubahsuaian pada code template. Ianya hanya akan bertukar tab sahaja dan tidak lagi membuka "New Tab". Maksudnya preview akan dapat dilihat diruangan HTML Template Editor.
Preview

Format Template and Revert Changers:

Format Template ni M'Rie rasa lebih kurang seperti kita memformat template kepada template asal. Agaknyalah, nak cuba klik. Risau jahanamlah pula nanti rupa blog yang dah didesign cun melecun tu kan. Jadi M'Rie terangkan ikut pemahaman sendiri sahaja ya. Kalau nak tahu fungsi sebenarnya. Sila cuba sendiri di blog anda ya.

Revert Changers - Yang ni fungsi dia, kalau kita dah buat sesuatu perubahan pada code template. Kita cuma perlu klik tab tersebut untuk mengembalikan code template kepada  code sebelum pengubahsuaian dilakukan. Rasanya ni pun fungsi lama yang dah wujud sejak dari dashboard blog yang lama tu. Cuma ianya dimasukkan kembali.

Kesimpulan:

Pada M'Rie, perubahan yang dilakukan oleh pihak Blogspot adalah wajar dan bagus untuk persaingan dunia blog. Dimana pesaing terbesar blogspot adalah Wordpress.

Kepada para blogger yang tak biasa dengan fungsi baru ni. M'rie sarankan anda biasa-biasakanlah diri untuk menggunakannya. Kerana ianya adalah perubahan yang harus diterima. Kita nak marahpun tak boleh. Sebab platform blog blogspot ni disediakan secara percuma. Jadi suka ataupun tidak, kenalah terima dengan hati dan minda yang terbuka.

Kita kena terima hakikat bahawa setiap hari pasti akan ada sesuatu yang baru dimana kita perlu berdepan dengan perubahan tersebut. Harus diingat, dunia masa kini makin lama makin maju ke hadapan dan bukannya mengundur ke belakang.

Rajin-rajinkan diri mempelajari dan mempraktikkan apa yang telah disediakan. Lagipun ianya percuma. Jangan terlalu demanding tahap dewa dewi. Apa-apapun selamat berblogging ya wahai teman-teman sekalian.
{ 0 ♥ comment }

Tersilap Setting Preferred Domain

April 1, 2013

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat para pembaca blog Sembang Cyber. Itupun kalau ada yang sudi bacalah apa yang dingomelkan oleh M'Rie didalam blog ni kan. Al Maklumlah kita ni bukan blogger tahap retis. Cuma seorang penulis blog suam-suam kuku jer.

Pada pencari-pencari info berkaitan SPM. M'Rie nak minta maaflah ya. Sebab sepanjang minggu lepas M'Rie sibuk membantu adik melangsungkan majlis perkahwinan. Hari ni baru berkesempatan untuk kembali berblogging. Okaylah hari ni M'Rie nak kongsikan sedikit ilmu berkaitan blog.

Tersilap Setting Preferred Domain.

Ini adalah antara kesilapan yang sering dilakukan oleh segelintir blogger. Tak kira blogger baru ataupun lama. Dimana mereka tersilap setting domain yang harus mereka gunakan.
Domain
Jika diikutkan setting yang sebenarnya. Kita harus memilih "Don't set a preferred domain". Ini kerana jika kita memilih "Option" tersebut, setiap kali pengguna laman web menaip url blog kita seperti "sembangcyber.com" ataupun "www.sembangcyber.com". Mereka akan dibawa ke laman blog yang sama.

Tetapi jika kita memilih selain dari itu. Contoh jika kita memilih setting "Display URLs as www.sembangcyber.com", maka bila pengguna internet menaip URL sembangcyber.com. Mereka akan mendapat amaran seperti ini:
error url
Selain dari itu. Punca kepada masalah tersebut mungkin berkait rapat dengan setting DNS domain. Penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan menghubungi pihak penyedia domain dimana anda membeli domain tersebut.
{ 0 ♥ comment }

Bila Musim Mengundi Kembali, Daku Kempunan Undi

February 15, 2013

Jom mengundi. Tapi bukan mengundi untuk PRU ya. Tapi mengundi blog yang telah dicalonkan untuk award apatah namanya tu.

Sebenarnya bila tiba sahaja awal tahun. Fenomena yang biasa berlaku di dunia blog adalah "MUSIM MENGUNDI", ala-ala mengundi PRU gitu. Macam-macam ragam para blogger kita boleh lihat dilaman sosial berkempen untuk meraih undi.

No voteTapi aku tak dak lah buat gitu. Sebabnya blog aku ni tak dak la fofular mana dan tak se-hot and spicy seperti sesetengah blog fofularkan. Apa-apapun aku akan tolong vote andai ada yang meminta bantuan. Asalkan tiada paksaan itu, sudah memadai bagi aku untuk menghulurkan bantuan.

Okaylah, topik sebenar yang aku nak cerciter dengan anda semua adalah...

Kenapa Blog Susah Nak Dapat Vote?

Aku rasa ramai peserta yang berhempas pulas nak dapatkan vote daripada kawan-kawan, saudara-mara, dan sesiapa sahaja yang depa tak kenal. Tapi malangnya bilangan vote tetap statik tang tu jer. Jadi apa sebabnya bilangan vote tak naik-naik erk?
  1. Design blog hancur lebur - Ini adalah antara faktor utama mengapa sesuatu blog yang tercalon dalam sesuatu award susah nak dapat vote dari para voters. Macam manalah orang nak vote blog ekau. Kalau design blog serupa macam rumah kena bombastik. Silalah design blog kasi cantik, barulah orang senang hati nak vote blog ekau.
  2. Malas promote blog - Ni pun salah satu kenapa kalian sukar mendapat vote. Nak menang kenalah berusaha untuk mendapatkannya. Jangan asyik mengharapkan rezeki bergolek masuk ke poket.
  3. Support The Others, Before We Want Support From The Others - Dalam dunia blog award ni. Kita haruslah saling support menyerport diantara satu sama lain. Janganlah asyik mengharapkan orang lain sahaja yang support kita. Tapi kita sendiri tak reti nak support orang lain.
Okaylah, setakat ni 3 sahaja yang aku boleh katakan kenapa dan mengapa blog kita susah nak dapat vote dari voters. Anggaplah ianya sebagai panduan kepada mereka yang tercalon untuk sesuatu award tu okay. Good Luck buat semua yang tercalon.
{ 0 ♥ comment }

Penyelesaian Kepada Blog Tak Boleh Buka (Domain .my AsiaHost)

January 27, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sejak dari semalam, ramai blogger mengalami masalah blog tak boleh diview. Terutama mereka-mereka yang menggunaan domain .my dari AsiaHost.

Tidak terkecuali aku juga mengalami masalah yang sama. Masalah tersebut berpunca dari pemindahan DNS Server AsiaHost kepada server yang lebih besar untuk kelancaran pelanggan mereka. Dibawah ini adalah announcement yang diberitahu melalui "Client Area" AsiaHost.
We just move our DNS server to bigger size and CPU Usage. From this migation, your Web should not having no problem and all problem you are fasing right now is because our DNS ISP taking to long time to resolve the DNS. if you want faster DNS, you can change to Google DNS and here i attach tutorial to change your DNS to 8.8.8.8 and 8.8.4.4
Jika anda ingin menyelesaikan masalah ini. Anda haruslah melakukan DNS Jumper (kalau tak silap akulah) seperti dibawah ini: 

DNS Jumper

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengklik icon internet di PC/Laptop anda dan kemudian akan terbuka satu tetingkap untuk "Connection Internet" yang digunakan oleh PC/Laptop anda. 


Klik kanan pada "Connection Internet" anda dan pilih "Status" (Gambar pertama belah kiri), dan kemudian akan terbuka tingkap yang lain (Gambar ke 2 belah kanan).

Setelah tetingkap yang ke 2 terbuka. Sila klik pada "Properties" dan anda akan dibawa ke tetingkap seterusnya (Gambar ke 3 belah kiri).


Pada langkah ini, anda dikehendaki memilih "Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4) dan kemudian sila klik pada "Properties". Kemudian anda akan dibawa ke tetingkap yang seterusnya (Gambar ke 4 belah kanan).

Sila tandakan (tick) pada "Use the following DNS server addresses". Masukkan IP 8.8.8.8 untuk Preferred DNS server, manakala 8.8.4.4 untuk Alternate DNS server. Kemudian klik "OK".


Sudah selesai dengan langkah diatas. Silalah cuba buka blog berdomain .my AsiaHost anda. In Syaa Allah blog anda sudah boleh dilihat.

PERHATIAN: Setiap visitor yang ingin melihat/mengunjungi blog anda. Perlu melakukan "DNS Jumper" pada "Internet Connection" PC/Laptop mereka. Jika mereka tidak melakukannya, makanya memang tak dapatlah depa nak baca blog anda tu.

Tapi rasanya lepas 2-3 hari okaylah kot. Sebab menurut pengumuman yang dibuat oleh pihak AsiaHost, DNS ISP mereka mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan masalah DNS tersebut. Dalam erti kata lain. Server tu ambil masa lah nak seragamkan semua DNS domain yang ada (agaknyalah kot).
{ 0 ♥ comment }

Bukan Tak Nak Approve, Tapi...

January 1, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera serta Selamat Tahun Baru 2013. Semoga ditahun baru ini kita lakukan tranformasi didalam hidup kita untuk maju kehadapan dan bukannya mengundur ke belakang ya wahai teman-teman sekalian.

Okay topik yang tak berapa nak hot untuk permulaan 2013 ni. Macam yang anda semua baca pada tajuk tu. Rasanya anda dah tahu apa yang saya nak katakan ataupun bahaskan.

Sebenarnya isu ni dah ramai blogger ulas. Tapi disebabkan segelintir blogger yang tak memahami bahasa ALIEN yang saya gunakan. Maka masih ramai lagi yang buat perkara yang tidak sepatutnya mereka buat.

Saya sebenarnya dah muak dengan perangai segelintir blogger yang suka sangat masukkan link dalam ruangan komen. Dah dinyatakan diatas "BORANG" tu, anda tidak dibenarkan memasukkan link didalam komen. Tapi masih ada yang berdegil dengan meninggalkan komen ditambah dengan link yang merapu-rapu.

Terus terang saya katakan. Perbuatan tersebut saya anggap sebagai BIADAB. Ini kerana tuan rumah dah maklumkan awal-awal bahawa tidak boleh masukkan link di dalam komen kalau nak komen di blog ini.

Lainlah kalau blog ni menggunakan sistem komen seperti:
  • Intense Debate.
  • Discuss.
Jika sesebuah blog tu menggunakan sistem komen seperti yang dinyatakan diatas barulah anda boleh tinggalkan seberapa banyak link yang anda mahu.

blogger comment
Kalau anda nak masukkan link artikel blog anda semasa mengomen di blog ini. Anda haruslah memilih untuk mengomen menggunakan pilihan Comment As "Name/URL", dibahagian url tu anda masukkanlah link artikel yang anda mahukan. Jangan masukkan menggunakan code HTML diruangan komen. Barulah komen anda tidak dilabel sebagai "SPAMMED COMMENT".

Jadi tak perlu rasa pelik kalau komen anda tidak ada ataupun tidak di approve oleh saya. Tujuan saya buat begitu adalah untuk mengelakkan blog ini dilabel sebagai blog spammed oleh Mr&Mrs Google.

Tapi dengan beberapa syarat:
  1. Link yang digunakan adalah link/url original hak milik anda sendiri.
  2. Link Says, ChurpChurp, Blind, dan apa-apa link yang seangkatan dengannya TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
  3. Bukan link 18sx mahupun web LUCAH.
  4. SUSPICIOUS LINK are prohibited.
{ 0 ♥ comment }

Reader vs Follower

December 17, 2012

Reader vs Follower, aku rasa semua orang dah biasa dengar pasal isu ni. Kebanyakkan blogger-blogger dah banyak yang berceloteh pasal perihal Reader mahupun Follower. Ini termasuklah aku sekali. Tapi apa-apapun setiap penulis mempunyai pandangan mereka yang tersendiri berkaitan isu ini, termasuklah aku sekali.

blog-follower
Herm..pasti akan ada segelintir mereka yang diluar sana berfikir bahawa macam dah tiada isu lain ke aku nak tulis. Kenapa dan mengapa isu ini juga yang aku pilih?

Okaylah, aku pilih isu ni sebab masih ramai lagi penulis blog diluar sana yang keliru dengan isu "Reader vs Follower, Which One We Should Choose?".

Siapa Itu Reader ?

Reader itu dalam terjemahan Bahasa Melayu nya adalah "PEMBACA". Siapa pembaca dalam dunia blogging ni?

Siapa lagi kalau bukan pelawat yang bertandang ke blog kita. Mereka itu digelar reader walaupun mereka sekadar pandu lalu sahaja.

Siapa Itu Follower ?

Follower dalam terjemahan Bahasa Melayu nya adalah "PENGIKUT". Siapa pengikut dalam dunia blogging ni?

Jawapannya adalah mereka yang melanggan (subscribe) sesebuah blog untuk mengetahui perkembangan berkaitan penulisan blog yang diikuti.

Apa Kaitan Reader Dengan Follower ?

blog-readerSudah tentulah ada kaitan. Di mana follower ini terhasil dari Reader. Jika tiada reader, maka tiadalah follower. Betul tak?

Sebenarnya disinilah ramai penulis blog baru terkeliru. Pada mereka follower itu lebih penting berbanding reader. Sebab tulah ramai penulis blog diluar sana berkejar-kejar dalam aktiviti menambahkan follower. Walhal mereka sepatutnya berusaha untuk meningkatkan bilangan pembaca (reader).

Konsep yang digunapakai oleh kebanyakkan blogger pada masa kini adalah "Makin tinggi bilangan follower, maka makin tinggi jugalah pembaca (reader)". Terus terang aku katakan konsep tersebut betul, tapi kurang tepat.

Sepatutnya konsep yang harus digunapakai adalah "Makin ramai/banyak pembaca, semakin ramai/banyaklah follower.". Ini kerana pada aku, follower ni sebenarnya datang dari pembaca yang sudah datang dan kemudian kembali datang untuk membaca. Dalam erti kata lain, mereka ini digelar "Returning Visitor" ataupun "Returning Reader".

Jangan salah faham ya. Bukan bermaksud follower tu tak penting. Follower tu penting, tapi lagi penting bagi kita untuk mendapatkan pembaca terlebih dahulu sebelum kita berfikir untuk memperoleh follower.

Di sini aku ingin perbetulkan mindset (minda) para penulis blog. Bahawa mereka tidak perlu tergesa-gesa untuk mendapatkan follower. Apa yang paling penting adalah mereka seharusnya memberi fokus kepada bagaimana mahu mendapatkan pembaca.
Follower itu akan wujud andai adanya pembaca.
Pesanan aku di sini. Janganlah kita mudah berputus asa andai blog kita mempunyai follower yang tak seberapa. Ini kerana blog yang mempunyai follower yang tinggi, belum tentu mempunyai pembaca yang setia. Follower tu akan datang juga suatu hari nanti. Apa yang penting adalah usaha itu harus ada dan ianya perlulah dilakukan secara berterusan. 
{ 0 ♥ comment }

Kenapa Blog Aku Tiada Pembaca ?

December 5, 2012

Pernah tak u all mengalami situasi di mana u all akan rasa down, bila mana blog u all tiada ataupun kurang orang datang untuk membaca ?

Aku pasti ramai yang pernah mengalaminya. Ini kerana aku pun pernah alaminya juga. Tapi tu dululah sewaktu aku bergelar "Saudara Baru Blogger". Tapi sekarang dah okaylah. Trafik blog aku paling koman pun 100++/day. Kadang-kadang tu bolehlah mencecah 300++/day.

why-my-blog-don't-have-readersTapi u all tahu ke apa sebabnya blog u all tu tiada mahupun kurang pembaca ? Jawapannya adalah...

Malas Promote Blog.

Ini adalah salah satu sikap blogger baru. Di mana mereka cuma reti buat blog jer. Tapi malas nak promote blog sendiri. Kalau u all tak promote blog u all tu. Macam manalah u all nak dapat readers mahupun followers.

Biasanya blog-blog baru ni. Kita kena promote dan biar orang kenal serta tahu akan kewujudan blog kita. Jangan terlalu berharap sangat yang orang akan datang ke blog kita dengan sendirinya. Kalau macam tu lah style u all. Aku rasa sampai bila-bila pun blog u all akan jadi padang jarang, padang terkubur.

Dimana nak promote blog?

Simple answer. Promote lah blog u all tu di laman sosial (facebook, Google+, Twitter, dll) u all sendiri. Ataupun add la mana-mana group blogger di facebook and share link blog mahupun artikel terbaru u all di situ.

Malas Blogwalking & Mengomen.

Ini pun kebanyakkan blogger baru malas buat. Aktiviti simple dan mudah yang dianggap remeh oleh sesetengah blogger baru. Samalah macam aku dulu juga. Waktu aku masih freshi dalam dunia blogging ni. Aku pun tak tau pasal aktiviti ni.

Apa tu "BLOGWALKING" ?

Okay blogwalking ni adalah aktiviti berjalan-jalan ke blog milik sesiapa sahaja. Cukup sekadar u all melawat 5-10 blog sehari. Itu sudah memadai. Tapi jangan lupa untuk tinggalkan jejak, barulah dapat backlink. Macam mana nak tinggalkan jejak?

Alahai soalan mudah pun tak tau lagi ke jawapannya. Kalau bagi aku, the best way untuk tinggalkan jejak adalah dengan mengomen pada artikel. U all baca jer lah mana-mana artikel dalam blog yang u all terjah tu. Insyallah jika u all bernasib baik. Akan ada yang klik komen u all dan seterusnya depa menerjah blog u all pula. Ini adalah salah 1 teknik yang aku amalkan sekarang.

blogger networkpsst..kalau nak komen. Carilah blog yang aktif ruangan komennya. Jangan mengomen di blog yang ruangan komennya sunyi sepi (faham-faham sendirilah ya).

Tiadanya Komunikasi 2 Hala.

Nah yang ni pun selalu berlaku. Di mana kebanyakkan komunikasi hanya berbentuk sehala sahaja yang di amalkan. Apa maksud "Komunikasi 2 Hala"?

Okay komunikasi 2 hala ni maksudnya kita berinteraksi dengan para pembaca blog kita dengan melawat blog mereka kembali + mengomen blog depa. Tapi jangan lupa untuk add fb depa, twitter depa, follow G+ depa. Maksud aku, kita kena bersosiallah dengan mereka.

Malas Bina Network.

Okay membina rangkaian (Network) teramatlah penting untuk survive didalam dunia blogging ni. Ini kerana melalui network yang dibuat. Jaringan blog dan sahabat akan meluas, bahkan blog kita pun akan makin dikenali. Untung-untung u all boleh jadi seperti beberapa blogger famous seperti Broframestone, Ben Ashaari, 2dayblogger, Blog Ammar, Azfar Roslan, dan ramai lagilah.

Kalau u all nak tau. Depa ni mempunyai network yang bagus. Maklumlah depa famous atas usaha depa. Jadi kalau u all nak jadi macam depa. U all kenalah rajin berusaha. Jangan asyik nak harapkan orang lain jer okay.

Kesimpulan:

Kesimpulannya...dalam arena blogging ni. Kita kena berusaha untuk membuatkan blog kita dikenali. Janganlah bila menghadapi masalah, kita terus down sampai give up nak berblogging.

Jangan sesekali kita fikir bila kita join arena blogging ni. Kita dah boleh dapat side income yang masyuk serta aliran trafik yang tinggi. Itulah kesilapan sesetengah blogger. Di mana mereka terlalu memfokuskan kepada pemasangan iklan berbanding apa yang sepatutnya.

Apa yang sepatutnya kita fokuskan selepas terbinanya sebuah blog ?

The answer is...kita seharusnya memfokuskan untuk memantapkan blog terlebih dahulu. Bila blog dah mantap, barulah kita fokuskan kepada mencari side income melalui penulisan blog mahupun menjadi publisher kepada advertiser.

Selain dari itu kita juga harus memfokuskan kepada:
  1. Corak penulisan (cara ataupun style penulisan kita yang tersendiri).
  2. Design Blog.
  3. Meningkatkan kemahiran dalam memahami coding template.
  4. Membina rangkaian blog.
  5. Blog Branding (Penjenamaan Blog).
  6. Social Network.
  7. Blog Marketing & Promotion.
  8. Blog Learning and Training.
  9. Blog Settings (Webmaster Tools, Google Analytic, and many more).
  10. and many more.
Nasihat aku.."Berblogginglah kerana diri sendiri, jangan berblogging kerana ikut orang lain.".
{ 0 ♥ comment }

Tips Melajukan Loading Blog

November 30, 2012

Loading oh loading blog. Bila berbicara soal loading ni, mesti kita akan kaitkan dengan tahap kecepatan dan kepantasan sesuatu blog itu untuk memaparkan "Homepage" blog. Bahkan loading blog yang terlalu slow ataupun berat akan mempengaruhi reputasi sesebuah blog dari segi:
  1. Bounce Rate.
  2. Page Rank (Yang ni aku tak berapa sure).
  3. Kemasukkan trafik.
  4. Tempoh masa visitor berada diblog.
Kebiasaannya blog yang mempunyai tahap loading yang pantas akan disukai oleh readers/visitor. Maklumlah biasanya readers ni tak suka blog yang mempunyai loading yang lambat mengalahkan siput sedut. Termasuklah aku. Okaylah kita stop dengan pembuka tirai dan teruskan dengan tips kita.

Install Lazy Load.

Tips yang pertama adalah dengan memasukkan code "Lazy Load" ke dalam template. Penggunaan lazy load sedikit sebanyak mampu mengurang kadar loading blog. Ini dah terbukti, kerana aku sendiri menggunakan lazy load di dalam blog aku ni.

Kurangkan Penggunaan Background Berbentuk Image.

Masih ramai yang tidak tahu. Penggunaan gambar sebagai background blog akan menambahkan loading blog. Nak-nak lagi jika anda menggunakan gambar yang mempunyai saiz yang besar seperti 1200x1100 dan banyak lagi.

Sebenarnya jika anda nak guna gambar sebagai background. Anda haruslah memilih gambar yang bersaiz medium ataupun kecil.

Anda juga haruslah membuat gambar tersebut menjadi statik. Di mana bila anda scroll ke bawah, takkan ada aktiviti loading bacground. Sebabnya gambar tersebut tidak bergerak mengikut aktiviti scroll.

Penggunaan Java Script.

Kalau boleh, kurangkan penggunaan code java script didalam blog. Kalau nak guna juga, letaklah code java script dibahagian bawah sekali. Maksud aku, letak sebelum code </body> ataupun </html>. Dengan cara ini, code java script akan di load last sekali.

Penggunaan Accordion.

Baru-baru ni aku telah menjalankan ujikaji berkaitan penggunaan accordion. Apa itu accordion ?

U all pernah jumpa tak mana-mana blog. Di mana u all kena klik baru akan terbuka? Contoh macam dalam blog aku nilah. Di bahagian sidebar tu aku guna accordion punya fungsi. Di mana bila u all klik baru u all boleh nampak isi widget.

Hasilnya bounce rate blog dan loading pun berkurangan. Selain dari sidebar, ruangan komen aku juga menggunakan fungsi accordion. Di mana u all kena click tab baru u all akan nampak "Comment Form" dan komen.

Kenapa dan mengapa aku guna accordian?

Okay pada pengamatan aku. Penggunaan accordion ni mampu membantu mengurangkan loading blog. Ini kerana loading akan berlaku dibelakang tabir. Ambil contohlah ruangan komen blog u all tu dah banyak sangat komen sampaikan kena scroll memanjang kebawah. Bila komen dah terlalu banyak, makanya bila kita klik untuk baca artikel. Blog akan tunggu loading sampailah komen yang terakhir. Jadi nak kurangkan masa loading, aku sorokkan komen-komen yang ada pada artikel dengan menggunakan accordion.

Dan secara tidak langsung. Blog pun tak nampak serabut dengan komen yang banyak bersepah kat bawah artikel.

Combine Widget.

Kalau u all kerap menggunakan add a gadget di bahagian layout dan u all menggunakan gadget/widget java script/HTML. Aku sarankan u all combine 2-3 widget menjadi 1. Ambil contoh macam widget "Social Network" dalam blog ni. Widget tu aku gabungkan widget Google+ Follower, Google Friends Connect (GFC), dan Widget Twitter Timeline.

Sebenarnya dengan menggabungkan beberapa widget menjadi 1 juga mampu mengurangkan loading blog. Ini berdasarkan eksperimen yang dah banyak kali aku buat.

Minimal Template.

Ni adalah salah satu cara paling senang. Di mana u all just perlu cari dan pasang template berbentuk "Minimalist Theme". Biasanya template jenis ni memang simple dan hanya bermain dengan tone warna dan kurang menggunakan gambar sebagai elemen penghias template.

Salah 1 minimalist template yang berbaloi dan aku suka adalah TFB (Thesis For Blogspot) yang dihasilkan oleh saudara Shah Danial (forblogger[.net]). Template TFB ni memang simple dan minimalist + mesra SEO + mesra design. Kalau tak percaya lihat sendiri blog aku ni. Blog sembang cyber ni menggunakan template TFBv2 yang telah diubahsuai oleh aku sendiri, tapi masih lagi mengekalkan kredit link kepada pereka asal.
{ 0 ♥ comment }

Bicara SEO

November 29, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua readers Sembang Cyber. Artikel ke 3 hari ni, aku nak berbicara soal SEO. Sebenarnya dah ramai rakan-rakan blogger aku bertanyakan hal ni. Cuma aku ni tak dak lah pandai mana pun bab-bab SEO ni. Tapi hari ni aku try jer lah ya terangkan apa itu SEO.
Bro ajarlah aku macam mana nak main SEO.
Ayat kat atas tu adalah salah satu soalan yang sering ditanya kepada aku di laman sosial fb and aku seringkali memberikan jawapan bahawa aku ni bukan pakar dalam bab-bab SEO. Tapi depa ni berdegil juga nak tanya aku. So hari ni aku bagi jawapan aku. Kalau silap jangan kutuk ya wahai otai-otai SEO. Ini kerana aku menghuraikan berdasarkan pemahaman aku jer. 

Apa Itu SEO ?

SEO adalah Search Engine Optimization. Itu jer yang aku tau sebenarnya pasal SEO. Selebihnya aku tak tau. Kalau kome nak tau, sila Google sendiri ya.

SEO Dari Sudut Pandangan M'Rie R'Nie.

Pada aku SEO ni melibatkan beberapa elemen yang terdiri daripada:
  1. Keyword (Kata Kunci).
  2. Masa.
  3. Target.
  4. Informasi/Maklumat.

Keyword:

Seperti yang kome tahu. Keyword adalah merupakan elemen terpenting di dalam SEO. Di mana keyword ni lah yang akan digunapakai oleh si pencari maklumat dengan menggunakan "Search Engine". Dan keyword juga terdiri daripada "Multiple Choice Keyword", dimana bila pengguna menaip sesuatu keyword di ruangan search seperti Google. Kebiasaannya akan terdapat beberapa pilihan keyword yang berkaitan dengan keyword yang ditaip.

Keyword ni terbahagi kepada 2 iaitu:
  1. Single Keyword and (1 perkataan sahaja).
  2. Sentence Keyword (Keyword berbentuk ayat).
Keyword ni biasanya terletak di beberapa bahagian blog seperti di:
  1. Template dan..
  2. Tajuk Artikel dan...
  3. Article Description..
  4. dan banyak lagi.
Tapi biasanya aku terapkan keyword kat title artikel dan isi jer, yang lain-lain tu kuranglah sikit aku nak ambil tau.

Masa:

Masa pun memainkan peranan dalam SEO ni. Di mana pemilihan masa yang tepat dan betul akan membantu dalam penggunaan Teknik SEO. Tersilap timing, memang failed lah jawabnya SEO kita tu.

Kalau kome nak guna Teknik SEO pun. Kome kenalah tengok musim-musimnya. Sebabnya SEO ni ada musim-musim dia (ni pandangan aku jer ya, apa kata otai itu aku tak sure).

Target:

Okay pada aku. Kalau kita nak bermain dengan Teknik SEO. Kita perlu tahu "TARGET (SASARAN)" kita. Ini kerana elemen ini memang berkait rapat juga dengan SEO.

Sebenarnya ramai yang buat-buat tak tau bahawa SEO pun kita kena cari Target yang bersesuaian. Kalau tersalah target, memang takkan menjadi pun Teknik SEO tu.

Informasi/Maklumat:

Ha..yang ni adalah elemen terpenting sekali dalam SEO. Di mana jika tiada informasi/maklumat yang dikehendaki di dalam sesuatu artikel, artikel tersebut bukanlah artikel berbentuk SEO.

Kenapa aku kata informasi/maklumat ni berkait dengan SEO?

Yalah, kalau tak dak informasi/maklumat. Macam mana kome nak bermain dengan SEO kan. Yang ni seringkali aku jumpa, dimana blog tersebut bermain SEO. Tapi bila masuk jer blog tu. Apa yang dicari tidak menepati dengan apa yang dikehendaki. Akhirnya terkuciwa daku dalam kebingungan (hehehe..gurau sat no).

Kesimpulan by Me:

Pada aku SEO ni tidak mengira apa jenis niche blog yang kome bawa. Tak kiralah sama ada kome punya blog bernichekan personal, general, mahupun spesifik niche. Semua jenis blog boleh guna teknik SEO, as long ianya bukan "Black Hat SEO".

Artikel berbentuk SEO juga terbahagi kepada 2 jenis, iaitu:
  1. Long Term SEO Article dan..
  2. Short Term SEO Article.
Okay dalam blog aku ni pun ada juga artikel berbentuk SEO. Tapi biasanya aku bermain dengan "Long Term SEO Article". Macam mana rupa "Long Term SEO Article" tu, pandai-pandailah kome selongkar blog aku ni. Part ni memang aku tak nak cerita sebab aku pun tak tau macam mana nak cerita.

Pada aku "Long Term SEO Article" ni berbaloi untuk dipraktikkan. Sebabnya artikel jenis ni trafik akan datang setiap tahun bila tiba musimnya.

So far ini jer lah kot penerangan aku berkaitan dengan SEO.
{ 0 ♥ comment }

Google Plus Follower Widget

G+ Follower Widget
Wah hari ni pihak Google telah melancarkan widget terbaru mereka. Iaitu widget "Google+ Follower". Menurut berita yang aku dapat. Widget tersebut adalah pengganti kepada widget follower "Google Friends Connect". Aku dah try masukkan dalam blog ni. Tapi nampaknya widget tu tiada pilihan untuk di customize supaya serasi bersama blog. Kalau nak edit pun kena ambil code widget tu secara manual dengan melihat source code template blog.

Tapi apa-apa pun, aku rasa benda alah ni adalah widget yang ditunggu-tunggu oleh para blogger blogspot. Maklumlah selepas pelancaran Google+. Agak susah juga orang nak follow akaun G+ kita sebab benda alah ni tak wujud lagi time tu. Yang ada pun time tu adalah G+ Badge jer. Tu pun tak ramai yang guna.

Dari segi kecepatan loading blog. Aku rasa widget terbaru ni lagi mesra loading berbanding GFC(Google Friends Connect). Tapi orang lain aku tak tau lah kan.

Cara Nak Guna:

Google Plus
  1. Pergi ke Layout > Add a Gadget
  2. Pilih "Google+ Follower".
  3. Klik Save.
Tapi u all kena guna profile Google+. Kalau u all guna "Blogger Profile" yang lama. U all takkan dapat guna widget ni melainkan u all switch dari Blogger Profile kepada Google+ Profile. Ini kerana widget tu akan detect siapa yang follow akaun G+ u all. Sebabnya fungsi widget ni sama seperti GFC. Cuma bezanya gambar follower terlebih besar sudah.

Aku berharap sangat yang pihak Google akan menambah baik lagi fungsi widget ni and aku juga harap depa perbanyakkan option untuk customize widget tu.

{ 0 ♥ comment }

Pentingnya Mengaktifkan Comment Moderation

November 25, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni aku nak share dengan u all semua betapa pentingnya mengaktifkan "Comment Moderation" di blog blogspot u all.

Apa Fungsinya ?

Comment Moderation berfungsi untuk menapis komen-komen yang masuk ke blog kita. Ianya bertujuan untuk menapis komen-komen negatif (komen yang dok maki-maki, mencarut + merapu-rapu).

Penting Sangat Ke "Comment Moderation Tu ?

Sudah tentulah penting. Ini kerana komen yang berbentuk negatif akan memberi effect kepada sesebuah blog dan ianya tidak bagus.

Maklumlah komen negatif ni biasanya tiada kaitan pun dengan artikel yang di komen tu. Bahkan ada jer yang cuba mensabotaj dengan meninggalkan komen-komen yang negatif untuk menghancurkan reputasi sesebuah blog.

Kesimpulan:

Tapi ianya tidak wajib pun. Terpulang pada diri masing-masing, sama ada nak mengaktifkannya ataupun tidak.

Tapi macam aku. Awal-awal lagi aku dah aktifkan fungsi "Comment Moderation" tu dengan tujuan untuk mengelakkan komen-komen yang tidak sepatutnya di "publish" untuk tatapan umum. Pada aku biarlah komen-komen negatif tersebut, aku jer yang membacanya dan mengetahuinya.

Sebab pada aku "Comment Moderation" ni ada kelebihan yang aku suka. Di mana aku boleh tapis mana-mana komen yang aku tak berkenan + aku boleh tahu ada komen baru di blog aku. Berbeza jika kita memilih untuk tidak menggunakan "Comment Moderation", di mana sukar untuk kita jejaki komen-komen negatif dan yang tidak sepatutnya. Bahkan kita akan terlepas pandang komen-komen baru yang masuk ke blog kita.
{ 0 ♥ comment }

Aktiviti 8 M Blogger

November 6, 2012

Aktiviti BloggerAktiviti 8 M Blogger adalah aktiviti rutin yang akan dilakukan oleh setiap blogger di dunia. Tak kiralah u all blogger dari mana sekali pun.

Aktiviti 8 M Blogger adalah antara sebahagian aktiviti dalam dunia blogging yang berkepentingan dan ianya adalah satu keperluan bagi setiap insan/individu yang ingin menceburi bidang penulisan blog.

1. Mencari.

Mencari apa ya ?

Dalam dunia blogging ni. Ada 4 jenis mencari. Iaitu mencari Ilmu, Idea, Info, dan Sahabat. Sesiapa yang menceburi bidang penulisan blog. Mereka pasti akan melakukan aktiviti "MENCARI".

Kecuali orang malas jerlah yang tak buat aktiviti ni.

2. Menulis / Menaip.

Kalau dah namanya berblogging. Aktiviti terpentingnya mestilah "MENULIS" kan, walaupun tak banyak asalkan menulis.

3. Membaca & Memahami.

Membaca pun adalah salah satu aktiviti yang wajib dilakukan oleh blogger. Kalau malas membaca, sila berhenti menjadi blogger.

Bila dah baca. Mestilah kena fahamkan apa yang dibaca tu kan. Jangan membaca jer, tapi tak faham apa yang dibaca tu.

4. Membina Rangkaian (Network).

Nah..ni pun penting juga ya kawan-kawan. Membina rangkaian adalah satu keperluan. Tanpa rangkaian, siapalah kita dalam dunia blogging ni kan.
Rangkaian ni penting untuk menarik trafik ke blog kita. Bahkan dengan adanya rangkaian. Blog kita mudah dikenali dan akan ada pembaca setia (bergantung kepada corak penulisan).

5. Menuntut Ilmu.

Ini antara perkara terpenting selepas u all membuat blog. Belajar ni bukan kat sekolah jer ya. Lepas habis sekolah pun u all still kena belajar juga. Bezanya tak dak sape yang nak marah kalau u all malas ke apa ke.

Serius aku katakan. Kalau u all malas belajar lepas buat blog. Memang u all takkan ke mana ar. Dari mana u all start, kat situ jugalah u all tumbang menyembah bumi.

Nak belajar apa erk ?

Lagi mau tanya mau belajar apa. Dah tentu-tentulah u all kena belajar:
  1. Belajar macam mana nak branding blog.
  2. Belajar macam mana nak design blog.
  3. Belajar macam mana nak majukan blog.
  4. Belajar macam mana nak bina rangkaian blog.
  5. Belajar macam mana nak buat widget sendiri.
  6. Belajar macam mana nak baiki "error" pada blog.
  7. Belajar macam mana nak optimize trafik blog.
  8. Belajar hal-hal berkaitan SEO.
  9. Belajar hal-hal berkaitan Webmaster Tools.
  10. dan banyak lagilah.

6. Mencuba.

Ini adalah salah satu aktiviti yang u all akan kerap lakukan bila dah mula berblogging. U all pasti akan "MENCUBA" sesuatu yang baru.

Setiap blogger pasti akan melakukan aktiviti ini. Tak kiralah u all newbie ke...otai ke..petai ke..and what so ever lah. Ini adalah rutin u all as a blogger.

Jangan sesekali takut untuk mencuba. Kalau u all takut untuk mencuba. U all sendiri yang rugi. Biasalah tu kalau u all gagal semasa mencuba. Sebab tulah masa sekolah dulu ada "TEKNIK CUBA JAYA".

Bila kita mencuba sesuatu. Secara tak langsung kita akan memperoleh ilmu dan juga pengalaman, dan dari ilmu + pengalaman yang kita perolehi itu tadi sedikit sebanyak  akan membantu kita kelak. Terutamanya bila kita melakukan pengubahsuaian blog.

7. Mendesign.

Kebiasaannya aktiviti ni u all akan lakukan bila u all dah kutip ilmu yang diperlukan. Jarang blogger baru melakukan aktiviti ini semasa masih fresh dalam dunia blogging.

Bagi yang dah expert. Mereka biasanya akan design template/theme mereka sendiri. Tak pun mereka akan re-design mana-mana template ataupun theme yang di sedut dari internet. Macam blog aku nilah. Blog aku ni rupa asalnya bukan macam sekarang ni. Rupa blog aku sekarang ni aku dah re-design level by level. Kalau diikutkan template asal sangat minimalist, simple dan kemas.

8. Mengulang.

Percaya atau tak. Kita akan mengulang kesemua aktiviti diatas selama mana kita berblogging dan ianya takkan terhenti melainkan kita dah "RETIRED" dalam dunia bloging ni.
{ 0 ♥ comment }

Tiada Newbie, Tiadalah Otai. Kerana Otai Itu Lahir Dari Newbie

October 30, 2012

Newbie vs Otai... Istilah yang tidak asing di dalam dunia penulisan blog. Sesiapa yang ada blog tu dia tahulah apa itu Newbie dan Otai.

Apa sebenarnya itu Newbie & Otai ?

Newbie ni kalau bahasa kasar dia adalah pendatang baru. Manakala OTAI pula adalah orang yang dah lama, kira evergreen lah. Lebih kurang gitulah maksudnya.

Tapi kenapa ada kategori macam tu pula erk ?

Sebenarnya tak dak pun istilah tu dalam dunia blogging yang sebenar. Kalau diikutkan akulahkan. Dalam dunia blog ni cuma ada beberapa kategori blogger. Antaranya adalah:
  1. Blog Writer.
  2. Blog Webmaster.
  3. Blog Developer.

Blog Writer

Blog Writer ni dalam bahasa Melayu nya adalah Penulis Blog. Blogger yang dikategorikan dalam kategori ini biasanya adalah blogger yang hanya tertumpu pada penulisan blog sahaja.

Mereka yang tergolong dalam kategori ini biasanya tak ambil kisah pasal..
  • Page Rank.
  • Alexa Rank.
  • Design Blog.
  • Webmaster Tools Setting.
  • Coding a.k.a pengaturcaraan seperti HTML, JavaScript, CSS, dan pHp.
  • dan banyak lagi.

Blog Webmaster

Blogger yang tergolong dalam kategori ni biasanya adalah blogger gabungan dari kategori "Blog Writer + Webmaster + Developer".

Kebiasaannya blogger yang berada dalam kategori ini adalah seorang blogger yang memfokuskan kepada penulisan, design, dan developer blog. Dalam erti kata lain, blogger yang berada didalam kategori ini biasanya boleh dikatakan pakar dalam ilmu blogging walaupun tidak sepakar mana dan tak sehebat mana ilmunya.

Blog Webmaster ni pun ada sub kategori. Seperti:
  • Professional (Pro Webmaster).
  • Semi Professional (Semi Pro Webmaster).
  • Starter Webmaster (Ni bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia webmaster).

Blog Developer

Siapa mereka ini ?

Individu yang tergolong dalam kategori ini biasanya adalah mereka yang pakar dalam bidang penghasilan template/theme.

Mereka yang berada pada tahap ini biasanya mampu menghasilkan template/theme mereka sendiri, dalam erti kata lain mereka ini mampu menghasilkan "Custom Made Template/Theme".

Kebiasaannya blogger yang berada di tahap ini memang sudah serba serbi tahu perkara-perkara berkaitan blog dan biasanya mereka memfokuskan kepada penulisan blog, mendesign blog, menghasilkan template/theme, menghasilkan widget/gadget blog, pakar dalam pengaturcaraan a.k.a coding, dan macam-macam lagilah.

Kata-kata ku

Ada segelintir blogger mengatakan jika sesuatu blog itu mempunyai bilangan artikel yang sedikit. Mereka akan digelar sebagai "Newbie". Actually pada aku ianya kurang tepat. Sebab tak semestinya blog tu mempunyai bilangan artikel yang boleh dikira dengan jari, tak semestinya owner blog tu "Newbie".

Sebenarnya tak betul bila kita berfikir seperti itu. Sebab ada juga sesetengah blogger ni jenis yang mengupdate blog mengikut mood. Ini termasuklah aku juga. Sebab tu artikel aku boleh dikira dengan jari. Kerana aku ni adalah jenis yang update blog ikut mood.

Kebanyakkan masa mood aku biasanya lebih kepada mendesign blog berbanding mengupdate blog. Sebab aku ni jenis yang cepat bosan dengan sesuatu design yang aku ubah pada sesuatu template. Siapa yang selalu bertandang ke blog ini biasanya mereka tahulah yang design blog ni kerap bertukar wajah.

Sebenarnya aku pun tak berapa setuju bila ada sesetengah blogger yang suka melabel blogger tu newbie dan blogger tu otai. Walhal mereka sendiri tidak tahu apa itu sebenarnya Newbie dan Otai. Dan pada aku tak relevan pun kita nak melabel seseorang blogger itu Newbie mahupun Otai.

Apa-apa pun setiap orang ada pandangan dan pendapat + pendirian masing-masing. Jadi kita haruslah menghormati mereka.

Akhir kata dari aku......"Tiada Newbie, Tiadalah Otai. Kerana Otai Itu Lahir Dari Newbie." Sekian...
{ 0 ♥ comment }

Kesilapan Yang Membawa Padah

August 13, 2012

Salam 24 Ramadan. Waaa..hari ni aku buat silap besarlah kawan. Aku buat silap sebab terburu-buru mendelete kesemua komen yang ada dalam blog ni

Al kisahnya pagi tadi lepas sahur. Entah macam mana, hati aku tergerak nak periksa blog aku. Tetiba aku dapati code Java Script pada Threaded Comment yang aku gunakan telah menternak virus yang bernama MALWARE anak kepada Pak Munaware.

Jadi aku buat keputusan untuk menggunakan sistem komen dari Intense Debate, dan perkara pertama yang aku buat adalah membuang code Java Script berkenaan dan padamkan semua komen dalam blog ni. Maklumlah sistem komen intense debate ni dia cuma akan memaparkan komen pada artikel yang tiada komen lagi. Yang ada komen akan kekal dengan sistem komen lama.

Tapi akhirnya aku jumpa juga solution kepada code Java Script berkenaan. Makanya terpaksalah aku menukar kembali sistem komen kepada yang asal dimana sistem komen yang aku gunakan sebelum ini.

Tapi agak sadis jugalah. Sebab komen yang beratus-ratus sebelum ni dah jadi 0. Kira dah macam blog baru gitu. Terasa nak terjun sungai pun ada..wakaka...

Inilah akibatnya bila mengambil suatu tindakan secara membuta tuli. Rugi rasanya bila tersilap langkah. Harap-harap bertambah kencanglah ruangan komen blog ni lepas ni. Maklumlah baru jer lepas ujian di bulan Ramadan ni.

Tapi pagi tadi ada lah seorang hamba Allah yang mencadangkan kepada aku supaya menggunakan sistem komen Disqus. Tapi aku rasa sistem komen Intense Debate lagi power. Sebabnya:

Intense Debate.

  1. Boleh pasang plug in Comment Luv.
  2. Ada fungsi anti spammed Akismet.
  3. Tak boleh import komen sedia ada dari blogspot.
  4. Installation kena upload and reupload template.

Disqus

  1. Tiada Fungsi Comment Luv.
  2. Anti Spammed Akismet kena daftar API Key dulu.
  3. Interface komen kurang cantik bagi aku.
  4. Boleh import komen sedia ada dari Blogspot, Wordpress, Intense Debate.
  5. Installation, just add widget jer.
Tapi aku lebih rela menggunakan sistem komen blogspot diatas beberapa sebab:
  1. Tak perlu susah-susah nak log in ke dashboard komen untuk tahu sama ada terdapat komen baru ataupun tidak.
  2. Aku boleh design rupa bentuk mengikut citarasa aku sendiri.
  3. Pokok pangkalnya, aku lebih suka guna sistem komen blogspot. Sebab mudah diakses dari dashboard blog jer.
{ 0 ♥ comment }
 

Artikel Terkini