Widget Contact Form Untuk Blogger

May 16, 2013

More Widgets
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tadi semasa sedang berjalan-jalan melayari blog rakan-rakan blogger Sembang Cyber. M'Rie terjumpa satu artikel mengenai widget terbaru yang disediakan oleh pihak Google untuk pengguna Blogspot.

Widget yang diperkenalkan bukanlah widget official blogspot. Tapi sebaliknya ia adalah widget pihak ke 3 (3rd Party Widget). Jika tidak silap M'Rie terdapat 2 widget baru iaitu:
  1. Contact Form dan..
  2. Wikipedia.
Tapi untuk hari ini. M'Rie hanya nak bercerita soal "Contact Form" sahaja. Ini kerana M'Rie tak berminat dengan widget "Wikipedia" tersebut.

Okay, widget "Contact Form", seperti mana yang kita tahu. Fungsinya adalah untuk memudahkan para pengunjung blog menghubungi "Blog Founder (Penggasas Blog)" atau lebih dikenali sebagai "Blog Owner (Pemilik Blog)".
Google Contact Form

Kelebihan:

  1. Lebih mudah tanpa perlu menggunakan coding untuk memasukkan "Contact Form" ke dalam blog.
  2. Ringkas dan padat.
  3. Mesej dihantar terus ke "Inbox Email" yang digunakan untuk Log In ke akaun blog.

Kelemahan/Kekurangan:

Setakat ini M'Rie dah mencuba untuk mengubahsuai widget tersebut agar tampak serasi dengan penampilan blog. Tapi malangnya setiap percubaan yang dilakukan hanya memperoleh hasil yang mengecewakan.
  • Sukar untuk di ubah suai agar menepati citarasa pengguna.
  • Tiada pilihan untuk menentukan saiz kelebaran (width) ruangan nama, email, dan mesej.
  • Hanya boleh diletak di "Layout Blog" sahaja dan tidak boleh dipasang di "Page".

Cara Pasang:

  1. Sila pergi ke menu "Layout".
  2. Klik pada "Add a Gadget".
  3. Pilih "More Gadget".
  4. Pilih "Contact Form".
  5. Klik "Save".

Post a Comment

 

Artikel Terkini