Peningkatan Fungsi Pada HTML Template Editor

April 10, 2013

9 April 2013: Semalam pihak Blogspot telah menaik taraf fungsi "HTML Template Editor" dimana fungsi yang diperkenalkan bakal memberikan impak yang menakjubkan kepada para pengguna blogspot. Apa fungsi yang ditambah tu?

Fungsi Baru Yang Ditambah:

  1. Jump to widget.
  2. Format Template.
  3. Revert Changers.
HTML Template Editor

Jump to Widget:

Jump to Widget adalah merupakan fungsi yang memudahkan kita untuk menjejaki code widget yang digunakan didalam template.

Pada M'Rie fungsi ini memang bagus dan berguna buat mereka yang baru berjinak dengan dunia penulisan blog dan pertama kali dalam aktiviti mengubahsuai blog.

Edit HTML Template:

Fungsi yang ni macam biasalah. Ini adalah merupakan tab untuk mengedit code. Telah berlaku sedikit perubahan dimana fungsi "Syntax Highlighter" telah digunakan. Di mana dengan adanya fungsi "Syntax Highlighter" ini, kita mampu mengesan "Error or Broken Code" didalam code template kita.
Edit HTML Template
Hanya dengan berpandukan barisan nombor code sahaja kita dah boleh jejaki dimana code yang mempunyai kesilapan berbanding sebelum ini.

Preview Template:

Fungsi sedia ada yang telah dipertingkatkan dari sebelumnya. Di mana setiap kali kita preview template selepas melakukan pengubahsuaian pada code template. Ianya hanya akan bertukar tab sahaja dan tidak lagi membuka "New Tab". Maksudnya preview akan dapat dilihat diruangan HTML Template Editor.
Preview

Format Template and Revert Changers:

Format Template ni M'Rie rasa lebih kurang seperti kita memformat template kepada template asal. Agaknyalah, nak cuba klik. Risau jahanamlah pula nanti rupa blog yang dah didesign cun melecun tu kan. Jadi M'Rie terangkan ikut pemahaman sendiri sahaja ya. Kalau nak tahu fungsi sebenarnya. Sila cuba sendiri di blog anda ya.

Revert Changers - Yang ni fungsi dia, kalau kita dah buat sesuatu perubahan pada code template. Kita cuma perlu klik tab tersebut untuk mengembalikan code template kepada  code sebelum pengubahsuaian dilakukan. Rasanya ni pun fungsi lama yang dah wujud sejak dari dashboard blog yang lama tu. Cuma ianya dimasukkan kembali.

Kesimpulan:

Pada M'Rie, perubahan yang dilakukan oleh pihak Blogspot adalah wajar dan bagus untuk persaingan dunia blog. Dimana pesaing terbesar blogspot adalah Wordpress.

Kepada para blogger yang tak biasa dengan fungsi baru ni. M'rie sarankan anda biasa-biasakanlah diri untuk menggunakannya. Kerana ianya adalah perubahan yang harus diterima. Kita nak marahpun tak boleh. Sebab platform blog blogspot ni disediakan secara percuma. Jadi suka ataupun tidak, kenalah terima dengan hati dan minda yang terbuka.

Kita kena terima hakikat bahawa setiap hari pasti akan ada sesuatu yang baru dimana kita perlu berdepan dengan perubahan tersebut. Harus diingat, dunia masa kini makin lama makin maju ke hadapan dan bukannya mengundur ke belakang.

Rajin-rajinkan diri mempelajari dan mempraktikkan apa yang telah disediakan. Lagipun ianya percuma. Jangan terlalu demanding tahap dewa dewi. Apa-apapun selamat berblogging ya wahai teman-teman sekalian.

Post a Comment

 

Artikel Terkini