Pernah tak u all mengalami situasi di mana u all akan rasa down, bila mana blog u all tiada ataupun kurang orang datang untuk membaca ?
Aku pasti ramai yang pernah mengalaminya. Ini kerana aku pun pernah alaminya juga. Tapi tu dululah sewaktu aku bergelar "Saudara Baru Blogger". Tapi sekarang dah okaylah. Trafik blog aku paling koman pun 100++/day. Kadang-kadang tu bolehlah mencecah 300++/day.
Malas Promote Blog.
Ini adalah salah satu sikap blogger baru. Di mana mereka cuma reti buat blog jer. Tapi malas nak promote blog sendiri. Kalau u all tak promote blog u all tu. Macam manalah u all nak dapat readers mahupun followers.
Biasanya blog-blog baru ni. Kita kena promote dan biar orang kenal serta tahu akan kewujudan blog kita. Jangan terlalu berharap sangat yang orang akan datang ke blog kita dengan sendirinya. Kalau macam tu lah style u all. Aku rasa sampai bila-bila pun blog u all akan jadi padang jarang, padang terkubur.
Dimana nak promote blog?
Simple answer. Promote lah blog u all tu di laman sosial (facebook, Google+, Twitter, dll) u all sendiri. Ataupun add la mana-mana group blogger di facebook and share link blog mahupun artikel terbaru u all di situ.
Malas Blogwalking & Mengomen.
Ini pun kebanyakkan blogger baru malas buat. Aktiviti simple dan mudah yang dianggap remeh oleh sesetengah blogger baru. Samalah macam aku dulu juga. Waktu aku masih freshi dalam dunia blogging ni. Aku pun tak tau pasal aktiviti ni.
Apa tu "BLOGWALKING" ?
Okay blogwalking ni adalah aktiviti berjalan-jalan ke blog milik sesiapa sahaja. Cukup sekadar u all melawat 5-10 blog sehari. Itu sudah memadai. Tapi jangan lupa untuk tinggalkan jejak, barulah dapat backlink. Macam mana nak tinggalkan jejak?
Alahai soalan mudah pun tak tau lagi ke jawapannya. Kalau bagi aku, the best way untuk tinggalkan jejak adalah dengan mengomen pada artikel. U all baca jer lah mana-mana artikel dalam blog yang u all terjah tu. Insyallah jika u all bernasib baik. Akan ada yang klik komen u all dan seterusnya depa menerjah blog u all pula. Ini adalah salah 1 teknik yang aku amalkan sekarang.
psst..kalau nak komen. Carilah blog yang aktif ruangan komennya. Jangan mengomen di blog yang ruangan komennya sunyi sepi (faham-faham sendirilah ya).
Tiadanya Komunikasi 2 Hala.
Nah yang ni pun selalu berlaku. Di mana kebanyakkan komunikasi hanya berbentuk sehala sahaja yang di amalkan. Apa maksud "Komunikasi 2 Hala"?
Okay komunikasi 2 hala ni maksudnya kita berinteraksi dengan para pembaca blog kita dengan melawat blog mereka kembali + mengomen blog depa. Tapi jangan lupa untuk add fb depa, twitter depa, follow G+ depa. Maksud aku, kita kena bersosiallah dengan mereka.
Malas Bina Network.
Okay membina rangkaian (Network) teramatlah penting untuk survive didalam dunia blogging ni. Ini kerana melalui network yang dibuat. Jaringan blog dan sahabat akan meluas, bahkan blog kita pun akan makin dikenali. Untung-untung u all boleh jadi seperti beberapa blogger famous seperti Broframestone, Ben Ashaari, 2dayblogger, Blog Ammar, Azfar Roslan, dan ramai lagilah.
Kalau u all nak tau. Depa ni mempunyai network yang bagus. Maklumlah depa famous atas usaha depa. Jadi kalau u all nak jadi macam depa. U all kenalah rajin berusaha. Jangan asyik nak harapkan orang lain jer okay.
Kesimpulan:
Kesimpulannya...dalam arena blogging ni. Kita kena berusaha untuk membuatkan blog kita dikenali. Janganlah bila menghadapi masalah, kita terus down sampai give up nak berblogging.
Jangan sesekali kita fikir bila kita join arena blogging ni. Kita dah boleh dapat side income yang masyuk serta aliran trafik yang tinggi. Itulah kesilapan sesetengah blogger. Di mana mereka terlalu memfokuskan kepada pemasangan iklan berbanding apa yang sepatutnya.
Apa yang sepatutnya kita fokuskan selepas terbinanya sebuah blog ?
The answer is...kita seharusnya memfokuskan untuk memantapkan blog terlebih dahulu. Bila blog dah mantap, barulah kita fokuskan kepada mencari side income melalui penulisan blog mahupun menjadi publisher kepada advertiser.
Selain dari itu kita juga harus memfokuskan kepada:
- Corak penulisan (cara ataupun style penulisan kita yang tersendiri).
- Design Blog.
- Meningkatkan kemahiran dalam memahami coding template.
- Membina rangkaian blog.
- Blog Branding (Penjenamaan Blog).
- Social Network.
- Blog Marketing & Promotion.
- Blog Learning and Training.
- Blog Settings (Webmaster Tools, Google Analytic, and many more).
- and many more.
Nasihat aku.."Berblogginglah kerana diri sendiri, jangan berblogging kerana ikut orang lain.".
Post a Comment