Google Memperkenalkan Google Plus Comment

April 19, 2013

17 April 2013 via Google Blog, pihak Google telahpun melancarkan satu sistem komen berteraskan Google+. Ianya lebih menyerupai sistem komen facebook. Tapi kali ini ianya versi Google Plus khas untuk pengguna blogspot (agaknyalah).
Google Plus Comments
Tapi aku agak kecewa sedikitlah. Sebabnya aku cuba aktifkan fungsi tersebut. Tapi malangnya, lepas aku aktifkan sistem "Google+ Comments". Semua komen yang sedia ada ghaib begitu sahaja. Ke depa tengah upload komen-komen lama untuk dimasukkan/diintegrasikan dengan sistem tersebut?

Kalau tak percaya, meh tengok sendiri "print screen" ruangan komen blog aku ni:
komen hilang
Cuba anda bayangkan. Ada 8 komen pada artikel anda, tapi komen-komen tersebut menjadi halimunan. Tak ke rasa haru biru bila perkara sedemikian terjadi. Baru rasa teruja nak lihat prestasi sistem komen terbaru dari Mr & Mrs Google. Tup-tup jadi macam tu pula. Hilang terus keterujaan tu.

Tapi aku berharap sangat depa dapat baiki masalah ini secepat yang mungkin. Sebab pada aku sistem tersebut bersifat viral. Kerana bila ada yang komen, ianya secara automatik akan tersebar dikalangan "Circle Google+" kita.

Latest:  Setelah dilakukan ujikaji. Didapati sistem "Google+ Comments" hanya berfungsi dengan baik pada template yang berada didalam "Galeri Template" blogspot. Untunglah siapa-siapa yang menggunakan template dari galeri blogspot tu. Bagi pengguna "Custom Template" hanya mampu menunggu jalan penyelesaian dari pihak yang berkenaan.

Aktifkan Google Plus Comment:

  1. Pergi ke "Settings".
  2. Klik pada "Google+".
  3. Tick pada pilihan "Use Google+ Comments on this blog".
Use Google+ Comments

Post a Comment

 

Artikel Terkini