Tips Blogging : Hasilkan Artikel Bermusim Yang Dicari Saban Tahun

November 11, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Saya kembali menulis setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia blogging lantaran disebabkan kesibukan membantu ayah saya berniaga. Kali ini saya ingin kongsikan tips mudah yang boleh digunapakai oleh Blogger Baru untuk mendapatkan trafik tanpa perlu melakukan promosi di laman sosial.

Rasanya teknik ni biasa digunapakai oleh para  "Pro Blogger". Tips yang mudah tapi dipandang remeh oleh sesetengah Blogger. Tips tersebut adalah "Hasilkan Artikel Bermusim Yang Dicari Saban Tahun". Apa maksudnya tu?

Okay maksudnya adalah kita seharusnya menulis apa yang pengguna "Enjin Carian (Search Engine)" mahukan dan ianya haruslah mengambil kira beberapa elemen penting iaitu:
  1. Target Pembaca/Pencari maklumat (Audience).
  2. Musim.
  3. Informasi.
Apa yang paling penting. Ianya akan dicari saban tahun berulang-ulang kali. Adakalanya ianya dicari sepanjang tahun. Antara topik ataupun isu yang dicari kebiasaannya memberikan value yang dikehendaki oleh si pencari. Contoh seperti topik "BR1M". Topik tersebut sentiasa akan memberikan trafik dari enjin carian mengikut musim. Biasanya bila BR1M diagihkanlah.

Teknik ini amat disarankan digunapakai oleh Blogger baru. Maksud saya Blogger baru harus menghasilkan artikel bercorak seperti ini bagi memudahkan blog mereka dikenali dengan lebih mudah. Tapi pada peringkat awal memang ianya kelihatan kurang berkesan.

Tapi percayalah, lama kelamaan ianya akan menunjukkan peningkatan dan kesan yang positif kepada blog. Terus terang saya katakan artikel ini dihasilkan selepas 2 bulan lebih blog ini tidak dikemaskini dengan artikel baru. Namun begitu, blog ini masih menerima aliran trafik dari Google.com dan Google.com.my.

Ini kerana dari awal pembinaan blog ini. Saya telah mengamalkan atau mempraktikkan teknik penghasilan "Artikel Bermusim Tapi Dicari Saban Tahun". Dalam erti kata lain ianya adalah artikel berbentuk SEO tapi untuk jangka masa panjang. Saya gelarkan ianya sebagai teknik "Long Term SEO Article".

Kalau boleh, sila elakkan menghasilkan artikel "Syok Sendiri" sewaktu di awal pembinaan blog. Kerana artikel sedemikian tidak membantu dalam meningkatkan pengunjung ke blog dan ianya merugikan masa anda untuk berblogging. Sekian saja tips dari saya buat anda semua.

Post a Comment

 

Artikel Terkini