Aktiviti 8 M Blogger

November 6, 2012

Aktiviti BloggerAktiviti 8 M Blogger adalah aktiviti rutin yang akan dilakukan oleh setiap blogger di dunia. Tak kiralah u all blogger dari mana sekali pun.

Aktiviti 8 M Blogger adalah antara sebahagian aktiviti dalam dunia blogging yang berkepentingan dan ianya adalah satu keperluan bagi setiap insan/individu yang ingin menceburi bidang penulisan blog.

1. Mencari.

Mencari apa ya ?

Dalam dunia blogging ni. Ada 4 jenis mencari. Iaitu mencari Ilmu, Idea, Info, dan Sahabat. Sesiapa yang menceburi bidang penulisan blog. Mereka pasti akan melakukan aktiviti "MENCARI".

Kecuali orang malas jerlah yang tak buat aktiviti ni.

2. Menulis / Menaip.

Kalau dah namanya berblogging. Aktiviti terpentingnya mestilah "MENULIS" kan, walaupun tak banyak asalkan menulis.

3. Membaca & Memahami.

Membaca pun adalah salah satu aktiviti yang wajib dilakukan oleh blogger. Kalau malas membaca, sila berhenti menjadi blogger.

Bila dah baca. Mestilah kena fahamkan apa yang dibaca tu kan. Jangan membaca jer, tapi tak faham apa yang dibaca tu.

4. Membina Rangkaian (Network).

Nah..ni pun penting juga ya kawan-kawan. Membina rangkaian adalah satu keperluan. Tanpa rangkaian, siapalah kita dalam dunia blogging ni kan.
Rangkaian ni penting untuk menarik trafik ke blog kita. Bahkan dengan adanya rangkaian. Blog kita mudah dikenali dan akan ada pembaca setia (bergantung kepada corak penulisan).

5. Menuntut Ilmu.

Ini antara perkara terpenting selepas u all membuat blog. Belajar ni bukan kat sekolah jer ya. Lepas habis sekolah pun u all still kena belajar juga. Bezanya tak dak sape yang nak marah kalau u all malas ke apa ke.

Serius aku katakan. Kalau u all malas belajar lepas buat blog. Memang u all takkan ke mana ar. Dari mana u all start, kat situ jugalah u all tumbang menyembah bumi.

Nak belajar apa erk ?

Lagi mau tanya mau belajar apa. Dah tentu-tentulah u all kena belajar:
  1. Belajar macam mana nak branding blog.
  2. Belajar macam mana nak design blog.
  3. Belajar macam mana nak majukan blog.
  4. Belajar macam mana nak bina rangkaian blog.
  5. Belajar macam mana nak buat widget sendiri.
  6. Belajar macam mana nak baiki "error" pada blog.
  7. Belajar macam mana nak optimize trafik blog.
  8. Belajar hal-hal berkaitan SEO.
  9. Belajar hal-hal berkaitan Webmaster Tools.
  10. dan banyak lagilah.

6. Mencuba.

Ini adalah salah satu aktiviti yang u all akan kerap lakukan bila dah mula berblogging. U all pasti akan "MENCUBA" sesuatu yang baru.

Setiap blogger pasti akan melakukan aktiviti ini. Tak kiralah u all newbie ke...otai ke..petai ke..and what so ever lah. Ini adalah rutin u all as a blogger.

Jangan sesekali takut untuk mencuba. Kalau u all takut untuk mencuba. U all sendiri yang rugi. Biasalah tu kalau u all gagal semasa mencuba. Sebab tulah masa sekolah dulu ada "TEKNIK CUBA JAYA".

Bila kita mencuba sesuatu. Secara tak langsung kita akan memperoleh ilmu dan juga pengalaman, dan dari ilmu + pengalaman yang kita perolehi itu tadi sedikit sebanyak  akan membantu kita kelak. Terutamanya bila kita melakukan pengubahsuaian blog.

7. Mendesign.

Kebiasaannya aktiviti ni u all akan lakukan bila u all dah kutip ilmu yang diperlukan. Jarang blogger baru melakukan aktiviti ini semasa masih fresh dalam dunia blogging.

Bagi yang dah expert. Mereka biasanya akan design template/theme mereka sendiri. Tak pun mereka akan re-design mana-mana template ataupun theme yang di sedut dari internet. Macam blog aku nilah. Blog aku ni rupa asalnya bukan macam sekarang ni. Rupa blog aku sekarang ni aku dah re-design level by level. Kalau diikutkan template asal sangat minimalist, simple dan kemas.

8. Mengulang.

Percaya atau tak. Kita akan mengulang kesemua aktiviti diatas selama mana kita berblogging dan ianya takkan terhenti melainkan kita dah "RETIRED" dalam dunia bloging ni.

Post a Comment

 

Artikel Terkini