Reader vs Follower

December 17, 2012

Reader vs Follower, aku rasa semua orang dah biasa dengar pasal isu ni. Kebanyakkan blogger-blogger dah banyak yang berceloteh pasal perihal Reader mahupun Follower. Ini termasuklah aku sekali. Tapi apa-apapun setiap penulis mempunyai pandangan mereka yang tersendiri berkaitan isu ini, termasuklah aku sekali.

blog-follower
Herm..pasti akan ada segelintir mereka yang diluar sana berfikir bahawa macam dah tiada isu lain ke aku nak tulis. Kenapa dan mengapa isu ini juga yang aku pilih?

Okaylah, aku pilih isu ni sebab masih ramai lagi penulis blog diluar sana yang keliru dengan isu "Reader vs Follower, Which One We Should Choose?".

Siapa Itu Reader ?

Reader itu dalam terjemahan Bahasa Melayu nya adalah "PEMBACA". Siapa pembaca dalam dunia blogging ni?

Siapa lagi kalau bukan pelawat yang bertandang ke blog kita. Mereka itu digelar reader walaupun mereka sekadar pandu lalu sahaja.

Siapa Itu Follower ?

Follower dalam terjemahan Bahasa Melayu nya adalah "PENGIKUT". Siapa pengikut dalam dunia blogging ni?

Jawapannya adalah mereka yang melanggan (subscribe) sesebuah blog untuk mengetahui perkembangan berkaitan penulisan blog yang diikuti.

Apa Kaitan Reader Dengan Follower ?

blog-readerSudah tentulah ada kaitan. Di mana follower ini terhasil dari Reader. Jika tiada reader, maka tiadalah follower. Betul tak?

Sebenarnya disinilah ramai penulis blog baru terkeliru. Pada mereka follower itu lebih penting berbanding reader. Sebab tulah ramai penulis blog diluar sana berkejar-kejar dalam aktiviti menambahkan follower. Walhal mereka sepatutnya berusaha untuk meningkatkan bilangan pembaca (reader).

Konsep yang digunapakai oleh kebanyakkan blogger pada masa kini adalah "Makin tinggi bilangan follower, maka makin tinggi jugalah pembaca (reader)". Terus terang aku katakan konsep tersebut betul, tapi kurang tepat.

Sepatutnya konsep yang harus digunapakai adalah "Makin ramai/banyak pembaca, semakin ramai/banyaklah follower.". Ini kerana pada aku, follower ni sebenarnya datang dari pembaca yang sudah datang dan kemudian kembali datang untuk membaca. Dalam erti kata lain, mereka ini digelar "Returning Visitor" ataupun "Returning Reader".

Jangan salah faham ya. Bukan bermaksud follower tu tak penting. Follower tu penting, tapi lagi penting bagi kita untuk mendapatkan pembaca terlebih dahulu sebelum kita berfikir untuk memperoleh follower.

Di sini aku ingin perbetulkan mindset (minda) para penulis blog. Bahawa mereka tidak perlu tergesa-gesa untuk mendapatkan follower. Apa yang paling penting adalah mereka seharusnya memberi fokus kepada bagaimana mahu mendapatkan pembaca.
Follower itu akan wujud andai adanya pembaca.
Pesanan aku di sini. Janganlah kita mudah berputus asa andai blog kita mempunyai follower yang tak seberapa. Ini kerana blog yang mempunyai follower yang tinggi, belum tentu mempunyai pembaca yang setia. Follower tu akan datang juga suatu hari nanti. Apa yang penting adalah usaha itu harus ada dan ianya perlulah dilakukan secara berterusan. 

Post a Comment

 

Artikel Terkini