Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua readers Sembang Cyber. Artikel ke 3 hari ni, aku nak berbicara soal SEO. Sebenarnya dah ramai rakan-rakan blogger aku bertanyakan hal ni. Cuma aku ni tak dak lah pandai mana pun bab-bab SEO ni. Tapi hari ni aku try jer lah ya terangkan apa itu SEO.
Bro ajarlah aku macam mana nak main SEO.
Ayat kat atas tu adalah salah satu soalan yang sering ditanya kepada aku di laman sosial fb and aku seringkali memberikan jawapan bahawa aku ni bukan pakar dalam bab-bab SEO. Tapi depa ni berdegil juga nak tanya aku. So hari ni aku bagi jawapan aku. Kalau silap jangan kutuk ya wahai otai-otai SEO. Ini kerana aku menghuraikan berdasarkan pemahaman aku jer.
Apa Itu SEO ?
SEO adalah Search Engine Optimization. Itu jer yang aku tau sebenarnya pasal SEO. Selebihnya aku tak tau. Kalau kome nak tau, sila Google sendiri ya.
SEO Dari Sudut Pandangan M'Rie R'Nie.
Pada aku SEO ni melibatkan beberapa elemen yang terdiri daripada:
- Keyword (Kata Kunci).
- Masa.
- Target.
- Informasi/Maklumat.
Keyword:
Seperti yang kome tahu. Keyword adalah merupakan elemen terpenting di dalam SEO. Di mana keyword ni lah yang akan digunapakai oleh si pencari maklumat dengan menggunakan "Search Engine". Dan keyword juga terdiri daripada "Multiple Choice Keyword", dimana bila pengguna menaip sesuatu keyword di ruangan search seperti Google. Kebiasaannya akan terdapat beberapa pilihan keyword yang berkaitan dengan keyword yang ditaip.
Keyword ni terbahagi kepada 2 iaitu:
- Single Keyword and (1 perkataan sahaja).
- Sentence Keyword (Keyword berbentuk ayat).
Keyword ni biasanya terletak di beberapa bahagian blog seperti di:
- Template dan..
- Tajuk Artikel dan...
- Article Description..
- dan banyak lagi.
Tapi biasanya aku terapkan keyword kat title artikel dan isi jer, yang lain-lain tu kuranglah sikit aku nak ambil tau.
Masa:
Masa pun memainkan peranan dalam SEO ni. Di mana pemilihan masa yang tepat dan betul akan membantu dalam penggunaan Teknik SEO. Tersilap timing, memang failed lah jawabnya SEO kita tu.
Kalau kome nak guna Teknik SEO pun. Kome kenalah tengok musim-musimnya. Sebabnya SEO ni ada musim-musim dia (ni pandangan aku jer ya, apa kata otai itu aku tak sure).
Target:
Okay pada aku. Kalau kita nak bermain dengan Teknik SEO. Kita perlu tahu "TARGET (SASARAN)" kita. Ini kerana elemen ini memang berkait rapat juga dengan SEO.
Sebenarnya ramai yang buat-buat tak tau bahawa SEO pun kita kena cari Target yang bersesuaian. Kalau tersalah target, memang takkan menjadi pun Teknik SEO tu.
Informasi/Maklumat:
Ha..yang ni adalah elemen terpenting sekali dalam SEO. Di mana jika tiada informasi/maklumat yang dikehendaki di dalam sesuatu artikel, artikel tersebut bukanlah artikel berbentuk SEO.
Kenapa aku kata informasi/maklumat ni berkait dengan SEO?
Yalah, kalau tak dak informasi/maklumat. Macam mana kome nak bermain dengan SEO kan. Yang ni seringkali aku jumpa, dimana blog tersebut bermain SEO. Tapi bila masuk jer blog tu. Apa yang dicari tidak menepati dengan apa yang dikehendaki. Akhirnya terkuciwa daku dalam kebingungan (hehehe..gurau sat no).
Kesimpulan by Me:
Pada aku SEO ni tidak mengira apa jenis niche blog yang kome bawa. Tak kiralah sama ada kome punya blog bernichekan personal, general, mahupun spesifik niche. Semua jenis blog boleh guna teknik SEO, as long ianya bukan "Black Hat SEO".
Artikel berbentuk SEO juga terbahagi kepada 2 jenis, iaitu:
- Long Term SEO Article dan..
- Short Term SEO Article.
Okay dalam blog aku ni pun ada juga artikel berbentuk SEO. Tapi biasanya aku bermain dengan "Long Term SEO Article". Macam mana rupa "Long Term SEO Article" tu, pandai-pandailah kome selongkar blog aku ni. Part ni memang aku tak nak cerita sebab aku pun tak tau macam mana nak cerita.
Pada aku "Long Term SEO Article" ni berbaloi untuk dipraktikkan. Sebabnya artikel jenis ni trafik akan datang setiap tahun bila tiba musimnya.
So far ini jer lah kot penerangan aku berkaitan dengan SEO.
Post a Comment