Tiada Newbie, Tiadalah Otai. Kerana Otai Itu Lahir Dari Newbie

October 30, 2012

Newbie vs Otai... Istilah yang tidak asing di dalam dunia penulisan blog. Sesiapa yang ada blog tu dia tahulah apa itu Newbie dan Otai.

Apa sebenarnya itu Newbie & Otai ?

Newbie ni kalau bahasa kasar dia adalah pendatang baru. Manakala OTAI pula adalah orang yang dah lama, kira evergreen lah. Lebih kurang gitulah maksudnya.

Tapi kenapa ada kategori macam tu pula erk ?

Sebenarnya tak dak pun istilah tu dalam dunia blogging yang sebenar. Kalau diikutkan akulahkan. Dalam dunia blog ni cuma ada beberapa kategori blogger. Antaranya adalah:
  1. Blog Writer.
  2. Blog Webmaster.
  3. Blog Developer.

Blog Writer

Blog Writer ni dalam bahasa Melayu nya adalah Penulis Blog. Blogger yang dikategorikan dalam kategori ini biasanya adalah blogger yang hanya tertumpu pada penulisan blog sahaja.

Mereka yang tergolong dalam kategori ini biasanya tak ambil kisah pasal..
  • Page Rank.
  • Alexa Rank.
  • Design Blog.
  • Webmaster Tools Setting.
  • Coding a.k.a pengaturcaraan seperti HTML, JavaScript, CSS, dan pHp.
  • dan banyak lagi.

Blog Webmaster

Blogger yang tergolong dalam kategori ni biasanya adalah blogger gabungan dari kategori "Blog Writer + Webmaster + Developer".

Kebiasaannya blogger yang berada dalam kategori ini adalah seorang blogger yang memfokuskan kepada penulisan, design, dan developer blog. Dalam erti kata lain, blogger yang berada didalam kategori ini biasanya boleh dikatakan pakar dalam ilmu blogging walaupun tidak sepakar mana dan tak sehebat mana ilmunya.

Blog Webmaster ni pun ada sub kategori. Seperti:
  • Professional (Pro Webmaster).
  • Semi Professional (Semi Pro Webmaster).
  • Starter Webmaster (Ni bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia webmaster).

Blog Developer

Siapa mereka ini ?

Individu yang tergolong dalam kategori ini biasanya adalah mereka yang pakar dalam bidang penghasilan template/theme.

Mereka yang berada pada tahap ini biasanya mampu menghasilkan template/theme mereka sendiri, dalam erti kata lain mereka ini mampu menghasilkan "Custom Made Template/Theme".

Kebiasaannya blogger yang berada di tahap ini memang sudah serba serbi tahu perkara-perkara berkaitan blog dan biasanya mereka memfokuskan kepada penulisan blog, mendesign blog, menghasilkan template/theme, menghasilkan widget/gadget blog, pakar dalam pengaturcaraan a.k.a coding, dan macam-macam lagilah.

Kata-kata ku

Ada segelintir blogger mengatakan jika sesuatu blog itu mempunyai bilangan artikel yang sedikit. Mereka akan digelar sebagai "Newbie". Actually pada aku ianya kurang tepat. Sebab tak semestinya blog tu mempunyai bilangan artikel yang boleh dikira dengan jari, tak semestinya owner blog tu "Newbie".

Sebenarnya tak betul bila kita berfikir seperti itu. Sebab ada juga sesetengah blogger ni jenis yang mengupdate blog mengikut mood. Ini termasuklah aku juga. Sebab tu artikel aku boleh dikira dengan jari. Kerana aku ni adalah jenis yang update blog ikut mood.

Kebanyakkan masa mood aku biasanya lebih kepada mendesign blog berbanding mengupdate blog. Sebab aku ni jenis yang cepat bosan dengan sesuatu design yang aku ubah pada sesuatu template. Siapa yang selalu bertandang ke blog ini biasanya mereka tahulah yang design blog ni kerap bertukar wajah.

Sebenarnya aku pun tak berapa setuju bila ada sesetengah blogger yang suka melabel blogger tu newbie dan blogger tu otai. Walhal mereka sendiri tidak tahu apa itu sebenarnya Newbie dan Otai. Dan pada aku tak relevan pun kita nak melabel seseorang blogger itu Newbie mahupun Otai.

Apa-apa pun setiap orang ada pandangan dan pendapat + pendirian masing-masing. Jadi kita haruslah menghormati mereka.

Akhir kata dari aku......"Tiada Newbie, Tiadalah Otai. Kerana Otai Itu Lahir Dari Newbie." Sekian...

Post a Comment

 

Artikel Terkini