Cara Root Samsung Galaxy Note 2

October 25, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama dah tak berupdate blog ni. Kali ni saya nak ajar cara "ROOT" Samsung Galaxy Note 2 "Android Kitkat 4.4.2 / Jellybean 4.3. Cara root bagi android KitKat 4.4.2 dan Jellybean 4.3 sama sahaja.

Alatan/Tool yang diperlukan adalah:
  1. Odin v3.09 
  2. Samsung USB Driver 
  3. TWRP.img.tar, mana-mana satu pun boleh. Pilih ikut suka. Tapi jika anda ingin mengunakan Custom ROM base 4.4.2. Adalah digalakkan mengunakan TWRP. 
  4. UPDATE-SuperSU-v2.13.zip (letakkan file ini didalam SD Card anda (External SDCard). Device memory pun boleh. Tiada masalah.
Proses Pemasangan "Custom Recovery".
Okay langkah pertama sebelum proses root bermula. Anda perlu download Odin v3.09, Samsung USB Driver, dan TWRP v2.8.0.1. Fail-fail ini hendaklah di letakkan di dalam komputer.
  • Ekstrak fail-fail tersebut menggunakan software winzip ataupun winrar.
  • Install Samsung USB Driver pada komputer anda.
Reboot handphone anda kepada Mode Download sama seperti gambar dibawah.
Sumber Gambar Google

Pastikan "USB Debugging" telah diaktifkan di dalam handphone di bahagian "Developer Options" seperti gambar di bawah (Jika anda tidak jumpa. Sila masuk ke settings > about device > klik 7 kali build number untuk aktifkan developer options).


Selepas handphone anda berada dalam mode DOWNLOAD. Sambungkan handphone anda ke komputer. Pastikan odin v3.09 telah dibuka. Anda akan dapat lihat paparan seperti dibawah.

Jika komputer anda tidak dapat detect handphone anda. Sila tukar port usb ataupun kabel usb. Jika anda menggunakan PC, sila guna port usb dibahagian belakang.


Selepas itu anda perlu attach file TWRP.img.tar di tab AP/PDA pada odin v3.09. Sama seperti gambar dibawah.

Pastikan paparan odin v3.09 anda sama seperti gambar dibawah selepas attach file twrp.img.tar


Klik Start untuk memulakan proses pemasangan "Custom Recovery". Selepas siap, hasilnya adalah seperti dibawah ini.


Proses ROOT bermula:
Selepas proses diatas siap. Sila reboot handphone anda ke mode RECOVERY dengan menggunakan combo button POWER BUTTON + HOME BUTTON + VOLUME UP serentak.
Sumber Gambar Google

Selepas paparan Samsung Galaxy Note II GT-N7100, lepaskan POWER BUTTON sahaja.

Proses Dalam TWRP:
  • Klik "INSTALL" > Up a level > External SD Card
  • Pilih file UPDATE-SuperSU-v2.13.zip
  • Swipe to install
  • Klik Reboot
Proses Disable KNOX dalam handphone:
Selepas reboot. Klik aplikasi Super SU. Nanti akan muncul "Pop Up message seperti gambar dibawah:


Apa yang perlu anda lakukan adalah klik "OK" dan tunggu sehingga proses disable KNOX selesai. Selepas itu anda boleh download aplikasi "Root Checker" di dalam Play Store untuk pastikan proses root anda berjaya.

Nota Kaki Ku: Saya cuma tahu root Samsung Galaxy Note 2 sahaja. Harap maklum, lain-lain handphone sila rujuk forumXDAdevelopers
{ 0 ♥ comment }

Pendaftaran Sijil Pelajaran Malaysia Persendirian dan Ulangan 2014

March 3, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pengumuman buat mereka yang menanti-nantikan tarikh pendaftaran bagi peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia Persendirian dan Ulangan. Pendaftaran bagi tahun 2014 telah dibuka bermula 1 March 2014 sehingga 31 March 2014.
Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan 2014
Kementerian Pendidikan Malaysia
Anda boleh mula mendaftar sekarang. Sila daftar di mana-mana pusat tuisyen yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran SPM Persendirian dan Ulangan. Atau anda boleh mendaftar di Jabatan Pelajaran Negeri berhampiran anda.

Maklumat lanjut sila rujuk laman sesawang http://www.moe.gov.my/lp
{ 13 ♥ comment }

Contest SEO. Kepakaran Menulis vs Copycat

December 5, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bukan main rancak lagi para kenalan penulis blog ku menyertai pertandingan "CONTEST SEO". Tapi sejauh mana mereka faham akan tujuan dan maksud sebenar penganjuran pertandingan tersebut?
contest-seo

Bagi mereka yang faham mungkin kita akan tertarik dengan penulisan karya yang dihasilkan oleh mereka. Tapi bagaimana pula bagi mereka yang masih tidak faham konsep sebenar pertandingan penulisan berbentuk SEO?

Okay dari pemahaman saya terhadap penganjuran pertandingan penulisan artikel SEO. Pertandingan sedemikian dianjurkan adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana anda tahu tentang "Apa itu artikel bercirikan SEO." dan ianya juga bertujuan untuk menguji tahap kemahiran para peserta dalam menghasilkan artikel yang menepati ciri-ciri mesra SEO

Selain itu ianya juga bertujuan melatih para penulis blog untuk memperbaiki corak penulisan mereka agar mesra SEO. Tapi malangnya, masih terdapat segelintir penulis blog yang tidak memahami tujuan dan juga konsep pertandingan tersebut. Dimana dari pengamatan saya ketika mengunjungi blog yang menyertai pertandingan sedemikian.

Mereka hanya menulis pembuka bicara sahaja menggunakan kreativiti mereka. Selebihnya mereka ambil bulat-bulat isi dari blog penganjur. Jadi dimana keunikan penulisan seseorang penulis blog itu jika semuanya menghasilkan artikel yang lebih kurang sama?

Artikel ini dihasilkan adalah kerana saya rasa terpanggil untuk berkongsikan pendapat saya berkaitan isu pertandingan sebegini. Dalam erti kata lain ada seorang sahabat bertanya kepada saya tentang blognya yang sukar mendapat tempat di dalam enjin carian (Search Engine) bila mana dia bermain "Contest SEO".

Pada pendapat saya. Terdapat beberapa faktor yang anda perlu pertimbangkan semasa hendak menyertai pertandingan penulisan karya berbentuk SEO. Antaranya adalah:
  • Fahamkan dulu apa tujuan penganjuran pertandingan penulisan karya berbentuk SEO.
  • Fahami corak penulisan karya berbentuk SEO.
  • Tonjolkan keunikan penulisan anda dan bukannya menghasilkan karya "Copycat".
  • Fahami apa itu "Karya Asli" dan "Karya Copycat".
  • Tujuan anda menyertai pertandingan tersebut.
    • Suka-suka (bolehlah tapi kenalah serius dan tunjukan keunikan dan kreativiti).
    • Ikut Orang (orang lain join dia pun nak join. Akhirnya semua buat benda yang sama).
    • So Serious (betul-betul nak join. Mereka yang tergolong dalam kategori ni biasanya mereka tahu apa yang mereka perlu buat dan mereka tidak mengikut apa yang orang lain buat. Mereka menonjolkan kreativiti dan keunikan penulisan mereka).
  • Usaha dan promosi.
  • Persaingan (bersainglah dengan cara sihat).
Saya pun pernah sertai pertandingan penulisan karya berbentuk SEO dan faktor-faktor yang saya kongsikan tu saya terapkan dalam penulisan saya. Alhamdulillah menang lah juga RM50 dari pertandingan tersebut. Jadi selamat maju jaya saya ucapkan kepada rakan-rakan penulis blog yang meyertai pertandingan penulisan karya SEO. 

Saya malas nak join lagi sebab saya ni tak hebatpun dalam bab-bab SEO. Setakat menulis ikut perasan saja. Saya ni "Noobies" jer dalam bab SEO. Kalau ada tips-tips SEO yang power. Meh ler kongsikan bersama saya.
{ 2 ♥ comment }

Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kahwin Lain.

November 28, 2013

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua. Bukan main kecoh lagi dilaman sosial dan juga blog pasal kisah pasangan muda yang berkahwin muda dan bercerai pun diusia muda.

Tapi nak buat macam mana lagikan. Kalau sudah suratan takdir tertulis bahawa ikatan mereka hanya berkekalan untuk suatu tempoh tak kiralah panjang ataupun pendek masa itu. Apa yang terjadi tetap akan terjadi walaubagaimana hebat pun kita dalam teknik mengelakkan masalah kehidupan.

Tetapi pada sayalah. Kebanyakkan pasangan muda yang berkahwin diusia muda dan berceraipun diusia muda akan memberi alasan berkahwin muda sebab nak elakkan maksiat. 

Ya, memang tidak dinafikan ianya betul sama sekali dan tidak ada salahpun dengan alasan yang diberikan tu. Cumanya mereka terlupa ataupun buat-buat lupa akan terma "TANGGUNGJAWAB" yang seharusnya diambil kira sewaktu membuat keputusan untuk berkahwin diusia muda. Inilah faktor utama kenapa dan mengapa sesuatu mahligai yang dibina berkecai dalam masa yang singkat.

Kebanyakkan pasangan muda masa kini lebih memikirkan alasan untuk berkahwin muda adalah kerana hendak mengelakkan maksiat tapi memandang remeh akan tanggungjawab yang bakal digalas. Orang bujang dan yang dah berkahwin ni. Skop level tanggungjawab akan berubah dari masa ke semasa.

Kebiasaannya level tanggungjawab orang muda dan bujang berada ditahap rendah (low) berbanding mereka yang dah berkahwin dimana tahap tanggungjawab itu akan berubah dari rendah kepada sederhana (medium) atau tinggi (high). Bergantung kepada sejauh mana kematangan pemikiran seseorang itu.

Pada saya kalau nak kahwin muda ni biarlah kita mempunyai persiapan diri yang cukup dari segi mental dan juga fizikal. Kita juga perlu fikirkan beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah bertangga-tangga. Antaranya:
  1. Kematangan dalam berfikir.
  2. Kematangan dalam tindakan.
  3. Kemampuan menyara diri dan keluarga.
  4. Kemampuan membuat keputusan yang melibatkan orang sekeliling dan keluarga.
  5. Kestabilan Ekonomi / Kewangan. (Kalau masih disara oleh mak bapak. Lupakan saja niat nak kahwin muda ya).
  6. Sudah bersediakah aku untuk memikul tanggungjawab?

Antara punca / sebab musabab perceraian diusia muda.

Masalah Kewangan (Financial Problem):
Memang tidak dinafikan. Masalah kewangan juga adalah merupakan salah satu punca mengapa pasangan muda zaman sekarang bercerai-berai. Biasanya disebabkan dibelenggu oleh masalah hutang dan tak mampu nak menanggung kos sara hidup. Nak-nak lagi yang tiada pekerjaan tetap. Bila tiada kerja tetap dan stabil, makanya tiadalah pendapatan yang tetap dan stabil. Bila tiada pendapatan tetap dan stabil makanya perjalanan hidup pun jadi tidak stabil.

Tidak Sehaluan / Tidak Sebulu:
Inipun normallah dalam perkahwinan. Tiadanya kesepakatan dalam membuat keputusan. Biasanya masalah macam ni timbul bila mana masing-masing ego tak bertempat. Langsung tak nak bertolak ansur.

Curang:
Inipun dah banyak kes berlaku. Pasangan kantoi curang dan akhirnya bercerai. Adakalanya mereka curang sebab mereka tak dapat kepuasan dari pasangan dari segi kepuasan batin (hubungan intim). Biasanya sekarang ni itulah punca paling meletop.

King vs Queen Control:
Fenomena King vs Queen Control ni pun tengah hangat dan meletop dipasaran. Biasalah tu, sebelum kahwin susah juga nak tau sama ada pasangan kita ni seorang King atau Queen Control. Tapi pada saya. Kalau kita dah nampak tanda-tanda pasangan kita tu ada ciri-ciri seorang King/Queen Control semasa bercinta. Adalah lebih baik pertimbangkan semula sama ada nak teruskan hubungan sehingga terciptanya ikatan halal ataupun tukar cari yang lain.

Songsang:
Fenomena yang ni pun dah mula nak popular di Malaysia. Dimana pasangan kita bernafsu "SONGSANG". Alahai mimpi ngeri bila dapat tahu yang pasangan kita kahwini itu bernafsu songsang. Biasanya mereka ni berkahwin dengan pasangan yang bernafsu normal adalah semata-mata nak mengaburi pandangan masyarakat dan orang sekeliling sahaja.

Kaki Judi / Kaki Minum / Kaki Lalok:
Masalah pasangan yang terlebih kaki. Inipun merupakan punca yang hot and meletop pada masa kini. Memang tak dinafikan fenomena "Kaki segala kaki" ni makin fofular dan ianya tidak mengira "Gender".

Akhir Kata:

Tak salahpun kahwin diusia muda. Tapi janganlah asyik beri alasan nak kahwin diusia muda semata-mata hendak mengelakkan maksiat sahaja. Ianya haruslah disusuli dengan ketersediaan dalam memikul tanggungjawab dan bersedia untuk melakukan transformasi dalam menjalani kehidupan berkeluarga.

Manusia ni berkahwin bukan semata-mata untuk menghalalkan sesuatu hubungan. Tetapi ianya harus disertakan dengan tanggungjawab.

Selepas berkahwin. Kita harus mengubah corak pemikiran kearah untuk menjadikan diri kita lebih matang dan bertanggungjawab. Jangan pula kekalkan pemikiran cara orang bujang.

Apa-apapun setiap orang mempunyai pandangan mereka tersendiri berkaitan isu kahwin muda. Jika ada salah silap dalam perkongsian ini. Harap ditegur dengan sopan dan berbudi bahasa diruangan komen.
{ 2 ♥ comment }
 

Artikel Terkini