Jom mengundi. Tapi bukan mengundi untuk PRU ya. Tapi mengundi blog yang telah dicalonkan untuk award apatah namanya tu.
Sebenarnya bila tiba sahaja awal tahun. Fenomena yang biasa berlaku di dunia blog adalah "MUSIM MENGUNDI", ala-ala mengundi PRU gitu. Macam-macam ragam para blogger kita boleh lihat dilaman sosial berkempen untuk meraih undi.
Tapi aku tak dak lah buat gitu. Sebabnya blog aku ni tak dak la fofular mana dan tak se-hot and spicy seperti sesetengah blog fofularkan. Apa-apapun aku akan tolong vote andai ada yang meminta bantuan. Asalkan tiada paksaan itu, sudah memadai bagi aku untuk menghulurkan bantuan.
Okaylah, topik sebenar yang aku nak cerciter dengan anda semua adalah...
Kenapa Blog Susah Nak Dapat Vote?
Aku rasa ramai peserta yang berhempas pulas nak dapatkan vote daripada kawan-kawan, saudara-mara, dan sesiapa sahaja yang depa tak kenal. Tapi malangnya bilangan vote tetap statik tang tu jer. Jadi apa sebabnya bilangan vote tak naik-naik erk?
- Design blog hancur lebur - Ini adalah antara faktor utama mengapa sesuatu blog yang tercalon dalam sesuatu award susah nak dapat vote dari para voters. Macam manalah orang nak vote blog ekau. Kalau design blog serupa macam rumah kena bombastik. Silalah design blog kasi cantik, barulah orang senang hati nak vote blog ekau.
- Malas promote blog - Ni pun salah satu kenapa kalian sukar mendapat vote. Nak menang kenalah berusaha untuk mendapatkannya. Jangan asyik mengharapkan rezeki bergolek masuk ke poket.
- Support The Others, Before We Want Support From The Others - Dalam dunia blog award ni. Kita haruslah saling support menyerport diantara satu sama lain. Janganlah asyik mengharapkan orang lain sahaja yang support kita. Tapi kita sendiri tak reti nak support orang lain.
Okaylah, setakat ni 3 sahaja yang aku boleh katakan kenapa dan mengapa blog kita susah nak dapat vote dari voters. Anggaplah ianya sebagai panduan kepada mereka yang tercalon untuk sesuatu award tu okay. Good Luck buat semua yang tercalon.
Post a Comment