Tips Melajukan Loading Blog

November 30, 2012

Loading oh loading blog. Bila berbicara soal loading ni, mesti kita akan kaitkan dengan tahap kecepatan dan kepantasan sesuatu blog itu untuk memaparkan "Homepage" blog. Bahkan loading blog yang terlalu slow ataupun berat akan mempengaruhi reputasi sesebuah blog dari segi:
  1. Bounce Rate.
  2. Page Rank (Yang ni aku tak berapa sure).
  3. Kemasukkan trafik.
  4. Tempoh masa visitor berada diblog.
Kebiasaannya blog yang mempunyai tahap loading yang pantas akan disukai oleh readers/visitor. Maklumlah biasanya readers ni tak suka blog yang mempunyai loading yang lambat mengalahkan siput sedut. Termasuklah aku. Okaylah kita stop dengan pembuka tirai dan teruskan dengan tips kita.

Install Lazy Load.

Tips yang pertama adalah dengan memasukkan code "Lazy Load" ke dalam template. Penggunaan lazy load sedikit sebanyak mampu mengurang kadar loading blog. Ini dah terbukti, kerana aku sendiri menggunakan lazy load di dalam blog aku ni.

Kurangkan Penggunaan Background Berbentuk Image.

Masih ramai yang tidak tahu. Penggunaan gambar sebagai background blog akan menambahkan loading blog. Nak-nak lagi jika anda menggunakan gambar yang mempunyai saiz yang besar seperti 1200x1100 dan banyak lagi.

Sebenarnya jika anda nak guna gambar sebagai background. Anda haruslah memilih gambar yang bersaiz medium ataupun kecil.

Anda juga haruslah membuat gambar tersebut menjadi statik. Di mana bila anda scroll ke bawah, takkan ada aktiviti loading bacground. Sebabnya gambar tersebut tidak bergerak mengikut aktiviti scroll.

Penggunaan Java Script.

Kalau boleh, kurangkan penggunaan code java script didalam blog. Kalau nak guna juga, letaklah code java script dibahagian bawah sekali. Maksud aku, letak sebelum code </body> ataupun </html>. Dengan cara ini, code java script akan di load last sekali.

Penggunaan Accordion.

Baru-baru ni aku telah menjalankan ujikaji berkaitan penggunaan accordion. Apa itu accordion ?

U all pernah jumpa tak mana-mana blog. Di mana u all kena klik baru akan terbuka? Contoh macam dalam blog aku nilah. Di bahagian sidebar tu aku guna accordion punya fungsi. Di mana bila u all klik baru u all boleh nampak isi widget.

Hasilnya bounce rate blog dan loading pun berkurangan. Selain dari sidebar, ruangan komen aku juga menggunakan fungsi accordion. Di mana u all kena click tab baru u all akan nampak "Comment Form" dan komen.

Kenapa dan mengapa aku guna accordian?

Okay pada pengamatan aku. Penggunaan accordion ni mampu membantu mengurangkan loading blog. Ini kerana loading akan berlaku dibelakang tabir. Ambil contohlah ruangan komen blog u all tu dah banyak sangat komen sampaikan kena scroll memanjang kebawah. Bila komen dah terlalu banyak, makanya bila kita klik untuk baca artikel. Blog akan tunggu loading sampailah komen yang terakhir. Jadi nak kurangkan masa loading, aku sorokkan komen-komen yang ada pada artikel dengan menggunakan accordion.

Dan secara tidak langsung. Blog pun tak nampak serabut dengan komen yang banyak bersepah kat bawah artikel.

Combine Widget.

Kalau u all kerap menggunakan add a gadget di bahagian layout dan u all menggunakan gadget/widget java script/HTML. Aku sarankan u all combine 2-3 widget menjadi 1. Ambil contoh macam widget "Social Network" dalam blog ni. Widget tu aku gabungkan widget Google+ Follower, Google Friends Connect (GFC), dan Widget Twitter Timeline.

Sebenarnya dengan menggabungkan beberapa widget menjadi 1 juga mampu mengurangkan loading blog. Ini berdasarkan eksperimen yang dah banyak kali aku buat.

Minimal Template.

Ni adalah salah satu cara paling senang. Di mana u all just perlu cari dan pasang template berbentuk "Minimalist Theme". Biasanya template jenis ni memang simple dan hanya bermain dengan tone warna dan kurang menggunakan gambar sebagai elemen penghias template.

Salah 1 minimalist template yang berbaloi dan aku suka adalah TFB (Thesis For Blogspot) yang dihasilkan oleh saudara Shah Danial (forblogger[.net]). Template TFB ni memang simple dan minimalist + mesra SEO + mesra design. Kalau tak percaya lihat sendiri blog aku ni. Blog sembang cyber ni menggunakan template TFBv2 yang telah diubahsuai oleh aku sendiri, tapi masih lagi mengekalkan kredit link kepada pereka asal.

Post a Comment

 

Artikel Terkini