Bicara Soal New Template Editor ver.2

May 4, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat para pengunjung blog Sembang Cyber. Hari ini saya teringin menunaikan permintaan rakan blogger yang meminta saya untuk membuat tutorial bagaimana hendak mengubahsuai blog menggunakan "New Template Editor". Ini komen yang beliau tinggalkan di blog ini:
Saya masih tak confident nak gunakan template editor yang baru ni, pada masa yang sama, saya ingin menukar warna background pada main page, selain menjadikan blog saya ada border pada sebelah kiri dan kanan. Cumanya, saya ingin minta bantuan saudara untuk buat tutorial tukar background template dengan menggunakan template editor baru ni. Harap saudara sudi pertimbangkan.terima kasih ya.. 
Pertama sekali saya ingin maklumkan. Sebenarnya tidak ada perbezaan yang besar pun diantara "Old Template Editor" jika nak dibandingkan dengan "New Template Editor".  Cuma bezanya adalah dari segi:
  • HTML code telah disingkatkan dengan menggunakan fungsi "Dropdown" ataupun "Expand" sahaja.
  • Setiap code diringkaskan mengikut ID code masing-masing.
  • Fungsi "Ctrl + F" telah diintegrasikan didalam ruangan "Edit HTML" dan bukannya melalui browser internet.
  • Dan beberapa lagi fungsi lama yang dinaik taraf.

Jika anda ingin mengubahsuai blog dengan "New Template Editor", anda hanya perlu memanfaatkan fungsi "Ctrl + F" yang telah dimasukkan ke dalam "New Template Editor". Di mana anda perlu klik di dalam ruangan "Edit HTML" terlebih dahulu sebelum anda menekan butang "Ctrl + F" di keyboard laptop mahupun komputer anda. Kemudian carilah code yang ingin diubah dengan menggunakan "Keyword" yang bersesuaian.

Cara yang paling mudah sekali adalah dengan membuka blog anda di halaman baru (New Tab) dan klik kanan pada tetikus komputer (Mouse) dan pilih "Inspect Element". Selepas itu akan terbuka satu ruangan dibawah browser yang memaparkan kedudukan code. Disebelah kiri akan memaparkan code HTML manakala disebelah kanan akan memaparkan CSS Code.

Setakat ini sahaja saya ingin berbicara soal "New Template Editor". Selepas ini saya akan teruskan dengan tutorial yang diminta oleh Nur Imans.

Post a Comment

 

Artikel Terkini