Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Beberapa hari sudah kecoh dengan isu penukaran template editor blogspot yang sudah dinaik taraf oleh pihak Google. Masing-masing dok panik kononnya template editor rosaklah apalah. Walhal template editor tu sudah bertukar wajah.
M'Rie awal-awal dah tahu. Sebabnya M'Rie terbaca artikel yang dibuat oleh Bro +HASRUL HASSAN berkaitan isu ini. Tapi hari ni M'Rie nak berbicara soal ragam para blogger ketika menggunakan "Template Editor" yang baru ni.
Kebanyakkan blogger yang sudah mencuba segala fungsi baru dan lama pada "Template Editor" baru ni. Mereka mengatakan ianya mempunyai sedikit kesukaran untuk melakukan pengubahsuaian. Bahkan ada segelintir yang mencubanya, terpaksa menukar template mereka gara-gara penampilan blog rosak dan hancur lebur. Sebabnya mereka tak tahu macam mana nak baiki kerosakan yang dialami. Nak tanya yang pakar pun. Masalahnya pakarpun mengalami masalah yang sama.
M'Rie pun hampir-hampir menjahanamkan design yang ada sekarang ni gara-gara kesukaran melakukan pengubahsuaian dengan "Template Editor" baru ni. Tapi nasib baiklah M'Rie ni jenis yang cermat ketika membuat sesuatu.
Perkara pertama yang kita perlu buat sebelum mengubahsuai blog dengan menggunakan template editor yang baru ni adalah "BACKUP TEMPLATE", ianya wajib dilakukan terlebih dahulu. Ini kerana jika blog mengalami kerosakan design yang parah. Sekurang-kurangnya kita dah ada backup. Kalau jahanampun blog kita, tinggal "RE-UPLOAD" sahaja template yang sudah di backup sebelumnya.
Sebelum menutup tirai bagi isu ini. M'Rie nak kongsikan apa perubahan yang dilakukan terhadap "Template Editor":
Hilangnya "Tick Expand Template Widgets".

Pada M'Rie ianya memudahkan. Ini kerana kita boleh cari code bagi sesuatu fungsi dengan mudah hanya dengan melihat "ID" bagi setiap code. Contoh widget "Popular Post", kita cuma perlu cari ID "Popular Post". In Syaa Allah akan jumpa.
Search Box

Bukan "Search Box" pada browser internet ya kawan-kawan. Kalau "Search Box" pada browser memang kita takkan jumpa code yang dicari. Kalau nak "Search" pastikan klik dropdown ditepi code untuk memaparkan code penuh. Kalau tak sampai ke sudah tak jumpa code yang dicari.
Kesimpulan:
Dari pemerhatian M'Rie. Fungsi baru yang di aplikasikan oleh Google sedikit sebanyak membantu para blogger blogspot untuk mendesign blog mereka dengan lebih mudah. Mula-mula memang rasa susah. Tapi In Syaa Allah kalau kita biasakan diri menggunakan fungsi tersebut ianya akan terasa mudah dan menyeronokkan.
Post a Comment