Tips Blogging : Hasilkan Artikel Bermusim Yang Dicari Saban Tahun

November 11, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Saya kembali menulis setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia blogging lantaran disebabkan kesibukan membantu ayah saya berniaga. Kali ini saya ingin kongsikan tips mudah yang boleh digunapakai oleh Blogger Baru untuk mendapatkan trafik tanpa perlu melakukan promosi di laman sosial.

Rasanya teknik ni biasa digunapakai oleh para  "Pro Blogger". Tips yang mudah tapi dipandang remeh oleh sesetengah Blogger. Tips tersebut adalah "Hasilkan Artikel Bermusim Yang Dicari Saban Tahun". Apa maksudnya tu?

Okay maksudnya adalah kita seharusnya menulis apa yang pengguna "Enjin Carian (Search Engine)" mahukan dan ianya haruslah mengambil kira beberapa elemen penting iaitu:
  1. Target Pembaca/Pencari maklumat (Audience).
  2. Musim.
  3. Informasi.
Apa yang paling penting. Ianya akan dicari saban tahun berulang-ulang kali. Adakalanya ianya dicari sepanjang tahun. Antara topik ataupun isu yang dicari kebiasaannya memberikan value yang dikehendaki oleh si pencari. Contoh seperti topik "BR1M". Topik tersebut sentiasa akan memberikan trafik dari enjin carian mengikut musim. Biasanya bila BR1M diagihkanlah.

Teknik ini amat disarankan digunapakai oleh Blogger baru. Maksud saya Blogger baru harus menghasilkan artikel bercorak seperti ini bagi memudahkan blog mereka dikenali dengan lebih mudah. Tapi pada peringkat awal memang ianya kelihatan kurang berkesan.

Tapi percayalah, lama kelamaan ianya akan menunjukkan peningkatan dan kesan yang positif kepada blog. Terus terang saya katakan artikel ini dihasilkan selepas 2 bulan lebih blog ini tidak dikemaskini dengan artikel baru. Namun begitu, blog ini masih menerima aliran trafik dari Google.com dan Google.com.my.

Ini kerana dari awal pembinaan blog ini. Saya telah mengamalkan atau mempraktikkan teknik penghasilan "Artikel Bermusim Tapi Dicari Saban Tahun". Dalam erti kata lain ianya adalah artikel berbentuk SEO tapi untuk jangka masa panjang. Saya gelarkan ianya sebagai teknik "Long Term SEO Article".

Kalau boleh, sila elakkan menghasilkan artikel "Syok Sendiri" sewaktu di awal pembinaan blog. Kerana artikel sedemikian tidak membantu dalam meningkatkan pengunjung ke blog dan ianya merugikan masa anda untuk berblogging. Sekian saja tips dari saya buat anda semua.
{ 0 ♥ comment }

Aplikasi dan Game Android Yang Berbaloi Untuk Dicuba

August 22, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni M'Rie ingin kongsikan beberapa aplikasi dan game android yang sudah di cuba oleh M'Rie sendiri. Maklumlah kita ni baru saja join venture menjadi salah seorang pengguna smartphone android Samsung. Jadi rasanya tak salah berkongsikan apa yang kita rasa patutkan.

Antara aplikasi android yang M'Rie sarankan:
sumber: animoca.com
  1. Clean Master.
  2. Go Launcher Ex.
  3. WeChat.
  4. Whatsapp.
  5. ChatON.
  6. LINE.
  7. KakaoTalk.
  8. Facebook.
  9. Twitter.
  10. Facebook Messenger.
  11. Photo Editor.
  12. Instagram.
  13. Ringo Lite.
  14. Polaris Office 4.0.
  15. YouTube.
Antara Game yang disarankan:
  1. Swiped Fruit.
  2. Word Search.
  3. 3D Bowling.
  4. Fruit Ninja
  5. Drag Racing
Kesemua aplikasi diatas boleh di download di Google Play Store mahupun GoMarket. Artikel seterusnya M'Rie akan terangkan tentang aplikasi yang dikongsikan. Jadi tunggu sajalah ya. Bila tu M'Rie tak dapat nak pastikan. Kerana sekarang ini M'Rie sibuk membantu ayah berniaga. M'Rie akan kemaskini blog jika ada masa terluang. Apa-apapun M'Rie ucapkan terima kasih buat sesiapa yang sudi membaca blog yang jarang berupdate ni.

Selamat membaca dan mengomen.
{ 0 ♥ comment }

Ceritera Aidilfitri 2013

August 11, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rasanya dah lama den tak mengemaskini blog den ni. Al maklumlah semenjak membantu ayah den berniaga, jadi den pun bercuti dari berblog sempena bulan ramadhan. Jadi hari ni den nak ceritakan kisah raya den lah tahun 2013 ni.

Ermmm....dipendekkan cerita. Tahun ni raya den tak berapa nak ada mood raya. sebabnya tahun ni adalah tahun berdukaraya. Mana tidaknya, dalam bulan puasa ni aja. Pelbagai musibah melanda keluarga den.

20hb Julai 2013 bersamaan hari Sabtu. Den kemalangan di Jalan Kebun Nenas, masa tu den nak pi jemput adik den dekat Terminal Sani Express. Klang Sentral. Tapi malang tak berbaukan. Den pun kemalanganlah. Tak caya tengoklah kereta den yang masih tersadai di bengkel kereta Johan Setio...


Itu cerita den. Sehari sebelum raya. Adik perempuan den dengan suaminya pula yang kemalangan. Depa berlanggar dengan kereta perodua viva. Tapi syukur Alhamdulillah kedua-duanya selamat dan cuma mengalami kecederaan ringan sahaja. Beraya bertongkatlah adik perempuan den tu.

Tapi bila den pi beraya ke rumah sedara-mara. Rupa-rupanya depa pun mengalami nasib yang sama. Masing-masing mempunyai kisah kemalangan di bulan ramadhan. Walaupun berdukaraya, tapi rumah den raya pertama dan kedua padat wo diserbu orang. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni. Meriah kari u.

Apa-apapun di sini den ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Ampun Maaf Dipinta Andai Ada Terkasar Bahasa...
{ 0 ♥ comment }

Saman RM300 vs Saman Yang Tidak Ternilai ? Pilihan Di Tangan Anda.

June 29, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Baru-baru ni kecoh di Facebook berkaitan isu penyebaran video seorang anggota Polis kantoi menerima rasuah, atau dalam erti kata lain makan duit kopi. Bila video tersebut tersebar, maka banyaklah pandangan negatif dan positif yang diberikan oleh mereka yang telah menonton video berkenaan.

Pada saya, kita tidak boleh nak salahkan sebelah pihak sahaja. Ini kerana berdasarkan video yang saya tonton itu. Kedua-dua pihak sama-sama bersalah. Ini kerana si penerima saman ajak berbincang untuk selesaikan diluar untuk mengelak disaman RM300.

Ada sesetengah pihak mengatakan perkara sebegini sudah biasa berlaku, dan saya akui ianya memang benar. Tetapi saya berasa pelik dengan segelintir manusia yang takut sangat dengan saman RM300 tersebut. Kalau betulpun polis tersebut minta duit kopi. Kenapa kita layan dengan memberikan duit kepada polis tersebut?, sedangkan kita boleh menjawab dengan "Kalau abang (Polis) nak saman, saman sahajalah. Saya takkan beri sesenpun duit kopi (rasuah)". Ataupun biarkan sahaja mereka (Polis) menyaman kita.

Yalah buat apa nak elak dari disaman. Kalau kita dapat elak pun dari disaman dengan memberi duit kopi. Tahukah anda dalam pada masa yang sama kita akan memperoleh saman akirat dari yang Maha Esa (Allah S.W.T) dan nilai saman tu belum tentu kita dapat bayarnya.

Kalau saya, saya lebih rela membayar saman RM300 dari mendapat saman akhirat yang nilainya tidak mampu ditandingi oleh saman RM300.

Sekadar pandangan peribadi dari seorang penulis maya picisan. Saya tidak hebat dalam ilmu agama, tetapi itu tidak bermakna saya tidak tahu apa-apa. Sekadar berkongsi pandangan....sekian Terima Kasih.
{ 0 ♥ comment }
 

Artikel Terkini