Ceritera Aidilfitri 2013

August 11, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rasanya dah lama den tak mengemaskini blog den ni. Al maklumlah semenjak membantu ayah den berniaga, jadi den pun bercuti dari berblog sempena bulan ramadhan. Jadi hari ni den nak ceritakan kisah raya den lah tahun 2013 ni.

Ermmm....dipendekkan cerita. Tahun ni raya den tak berapa nak ada mood raya. sebabnya tahun ni adalah tahun berdukaraya. Mana tidaknya, dalam bulan puasa ni aja. Pelbagai musibah melanda keluarga den.

20hb Julai 2013 bersamaan hari Sabtu. Den kemalangan di Jalan Kebun Nenas, masa tu den nak pi jemput adik den dekat Terminal Sani Express. Klang Sentral. Tapi malang tak berbaukan. Den pun kemalanganlah. Tak caya tengoklah kereta den yang masih tersadai di bengkel kereta Johan Setio...


Itu cerita den. Sehari sebelum raya. Adik perempuan den dengan suaminya pula yang kemalangan. Depa berlanggar dengan kereta perodua viva. Tapi syukur Alhamdulillah kedua-duanya selamat dan cuma mengalami kecederaan ringan sahaja. Beraya bertongkatlah adik perempuan den tu.

Tapi bila den pi beraya ke rumah sedara-mara. Rupa-rupanya depa pun mengalami nasib yang sama. Masing-masing mempunyai kisah kemalangan di bulan ramadhan. Walaupun berdukaraya, tapi rumah den raya pertama dan kedua padat wo diserbu orang. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni. Meriah kari u.

Apa-apapun di sini den ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Ampun Maaf Dipinta Andai Ada Terkasar Bahasa...

Post a Comment

 

Artikel Terkini