Saman RM300 vs Saman Yang Tidak Ternilai ? Pilihan Di Tangan Anda.

June 29, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Baru-baru ni kecoh di Facebook berkaitan isu penyebaran video seorang anggota Polis kantoi menerima rasuah, atau dalam erti kata lain makan duit kopi. Bila video tersebut tersebar, maka banyaklah pandangan negatif dan positif yang diberikan oleh mereka yang telah menonton video berkenaan.

Pada saya, kita tidak boleh nak salahkan sebelah pihak sahaja. Ini kerana berdasarkan video yang saya tonton itu. Kedua-dua pihak sama-sama bersalah. Ini kerana si penerima saman ajak berbincang untuk selesaikan diluar untuk mengelak disaman RM300.

Ada sesetengah pihak mengatakan perkara sebegini sudah biasa berlaku, dan saya akui ianya memang benar. Tetapi saya berasa pelik dengan segelintir manusia yang takut sangat dengan saman RM300 tersebut. Kalau betulpun polis tersebut minta duit kopi. Kenapa kita layan dengan memberikan duit kepada polis tersebut?, sedangkan kita boleh menjawab dengan "Kalau abang (Polis) nak saman, saman sahajalah. Saya takkan beri sesenpun duit kopi (rasuah)". Ataupun biarkan sahaja mereka (Polis) menyaman kita.

Yalah buat apa nak elak dari disaman. Kalau kita dapat elak pun dari disaman dengan memberi duit kopi. Tahukah anda dalam pada masa yang sama kita akan memperoleh saman akirat dari yang Maha Esa (Allah S.W.T) dan nilai saman tu belum tentu kita dapat bayarnya.

Kalau saya, saya lebih rela membayar saman RM300 dari mendapat saman akhirat yang nilainya tidak mampu ditandingi oleh saman RM300.

Sekadar pandangan peribadi dari seorang penulis maya picisan. Saya tidak hebat dalam ilmu agama, tetapi itu tidak bermakna saya tidak tahu apa-apa. Sekadar berkongsi pandangan....sekian Terima Kasih.

Post a Comment

 

Artikel Terkini