Showing posts with label Zone Bebas. Show all posts
Showing posts with label Zone Bebas. Show all posts

Saman RM300 vs Saman Yang Tidak Ternilai ? Pilihan Di Tangan Anda.

June 29, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Baru-baru ni kecoh di Facebook berkaitan isu penyebaran video seorang anggota Polis kantoi menerima rasuah, atau dalam erti kata lain makan duit kopi. Bila video tersebut tersebar, maka banyaklah pandangan negatif dan positif yang diberikan oleh mereka yang telah menonton video berkenaan.

Pada saya, kita tidak boleh nak salahkan sebelah pihak sahaja. Ini kerana berdasarkan video yang saya tonton itu. Kedua-dua pihak sama-sama bersalah. Ini kerana si penerima saman ajak berbincang untuk selesaikan diluar untuk mengelak disaman RM300.

Ada sesetengah pihak mengatakan perkara sebegini sudah biasa berlaku, dan saya akui ianya memang benar. Tetapi saya berasa pelik dengan segelintir manusia yang takut sangat dengan saman RM300 tersebut. Kalau betulpun polis tersebut minta duit kopi. Kenapa kita layan dengan memberikan duit kepada polis tersebut?, sedangkan kita boleh menjawab dengan "Kalau abang (Polis) nak saman, saman sahajalah. Saya takkan beri sesenpun duit kopi (rasuah)". Ataupun biarkan sahaja mereka (Polis) menyaman kita.

Yalah buat apa nak elak dari disaman. Kalau kita dapat elak pun dari disaman dengan memberi duit kopi. Tahukah anda dalam pada masa yang sama kita akan memperoleh saman akirat dari yang Maha Esa (Allah S.W.T) dan nilai saman tu belum tentu kita dapat bayarnya.

Kalau saya, saya lebih rela membayar saman RM300 dari mendapat saman akhirat yang nilainya tidak mampu ditandingi oleh saman RM300.

Sekadar pandangan peribadi dari seorang penulis maya picisan. Saya tidak hebat dalam ilmu agama, tetapi itu tidak bermakna saya tidak tahu apa-apa. Sekadar berkongsi pandangan....sekian Terima Kasih.
{ 0 ♥ comment }

Logik Dalam Tiada Logika Punya Teka Teki

October 2, 2012

Kabare teman-teman sekalian ? Harap kalian waras-waras aja ya. Okay, hari ni aku nak berkongsi dengan u all satu teka teki yang dah lama ada dalam dunia ni kot. Tapi sukar yang teramat sangat nak dapat jawapannya.

Tapi aku tak tahulah kalau ada yang dah dapat jawapan kepada teka teki yang susah tahap nak giler ni kan. Apa-apa pun tadi masa aku tengah menonton drama Korea (Yoo He The Witch), tetiba aku dapat jawapan kepada teka teki tersebut.

Sebenarnya teka teki tu tak boleh nak dijawab dengan logik akal. Sebab memang u all takkan dapat jawapannya sampai bila-bila pun.

Tapi kalau u all hebat dalam Matematik, insyallah u all akan memperoleh jawapan yang dicari-cari. U all kena kembali kepada alam persekolahan dalam era sekolah menengah lah gitu. Sebab formula ni biasanya digunakan masa sekolah menengah dan kolej/universiti.

Apa-apa pun mai lah kita tengok teka-tekinya dulu ya.....
Saya nak beli baju Rm97 tapi saya tiada duit..So saya pinjam la Rm50 kat mak, Rm50 kat abah. Sekarang saya ada Rm100 dalam tangan.. Lepas beli baju, cashier pulangkan Rm3. Saya pun pulangkan Rm1 kat mak, Rm1 kat abah. Lagi Rm1 saya pegang.. Sekarang ni saya hutang mak Rm49, hutang abah Rm49. Tapi, bila saya campur dua2 hutang mak dan abah, Rm49 + Rm49 = Rm98.. Campur duit dalam tangan saya tadi Rm1 = Rm99. Mana lagi Rm1 duit saya?
Hahaha..serius kalau u all baca teka-teki tu dan u all cuba selesaikan dengan menggunakan jalan kerja Matematik sekolah rendah. Memang u all takkan dapat jawapannya.

Kalau u all nak tahu. Aku pun sebenarnya dah lama cuba jawab teka-teki ni. Tapi baru la ni aku dapat solution kepada teka-teki tersebut. Solution aku adalah.....
(RM100 - RM97) - (RM1 + RM1) - RM1 = RM 000.00
Kalau u all tak percaya. Cuba u all guna kalkulator untuk selesaikan formula yang saya bagi tu. Confirm jawapannya 0. Okay kalau diikutkan, memang u all takkan dapat bagi jawapan kepada soalan tu menggunakan logik akal. Ini kerana jawapan kepada teka-teki tu hanya boleh dirungkai dengan menggunakan formula matematik sahaja.

Penerangan:

Okay seperti yang u all sedia maklum harga kasut tu RM97. Lepas tu u all pinjam mak RM50 dan Ayah RM50. Total RM100. Lepas u all beli kasut baki akan jadi RM3. RM1 bayar pada mak dan RM1 pada ayah. Lagi RM1 u all pegang. Jadi hutang u all pada mak dan ayah adalah RM98 (RM50 - RM1 = RM49 x 2 = RM98 + RM1 = RM99 = ? RM1). Jadi mana perginya lagi RM1 jika RM1 lagi  ada pada u all ?

(RM50 + RM50) <-- Ini duit yang u all pinjam dengan mak ayah. (Kredit)
(RM100 -RM97) <-- Ini adalah proses beli kasut. (Debit)
(RM1 + RM1) <-- Ini duit yang u all bayar kat mak ayah. (Debit)
-RM1 <-- ini duit dalam tangan u all. (Kredit)

Dan teka-teki ni pun menggunakan konsep DEBIT - KREDIT (Yang ni confirm budak-budak perakaunan paling pakar).

oh damn..ada lagi cara lain rupanya. Sorry ni jawapan aku yang lagi 1. Sama macam atas. Tapi sebenarnya kita tertinggal 1 jer penerangan.

(RM 50 + RM 50 = RM 100)
RM 100 - RM 97 = RM 3 - (RM 1 + RM 1) - RM 1
= RM 0 <-- ?

Okay dalam teka teki tu. RM 49 + RM49 = RM 98 <--Ni betullah ni.
RM 1 ada pada kita.
Harga Kasut yang kita bayar = -RM97
-RM 97 + -RM 1  = RM 98

Jawapannya adalah kerana:

RM 1 bayar kepada Emak dan RM 1 bayar kepada Ayah = RM 2 (Ini dikira Debit, bila debit ianya jadi positif (+ve).

RM 1 lagi ada pada kita. (Ini dikira kredit, sebab kita dikira masih berhutang lagi dengan mak ayah kita sebab kita tak bagi RM 1 ni kepada mereka. Kalau diikut logik kita sepatutnya memberi RM 1.50 kepada emak dan ayah = RM 3) so RM 1 yang ada dalam tangan kita ni dikira (-ve).

Sebenarnya lepas kita beli kasut dan pulangkan semula RM 2 kepada emak dan ayah (RM 1 emak dan RM1 Ayah). Jumlah hutang sebenar kita memang RM 98 = RM 49 + RM 49.

Sebenarnya lagi RM 1 tu tak hilang pun. Cuma RM 1 tu berada dalam RM 97. Cuma bezanya kebanyakkan dari kita telah mengabaikan RM 97 sebab kita ingat RM 97 tu berguna didalam pengiraan awal sahaja. Tapi sebenarnya RM 97 tu lah kunci kepada kemana hilangnya lagi RM 1 tu.

Kenapa aku kata RM 97 kuncinya. Ya lah dah terang RM 97 jer yang kita guna. So disitu kita dah tahu yang kita terang-terang berhutang RM 97. Memang kita dah bayar RM 1 pada emak dan RM 1 pada ayah. Tapi RM 1 lagi masih ada pada kita. Jadi tambah jer ar RM 97 dengan RM 1 = RM 98 + (RM 1 + RM1) = RM 100.

Kesimpulan:

Hahaha...see, confirm u all dah rasa pening-pening kampung lalat kan..!

Sebenarnya tiada jawapan dari segi logik akal. Kerana jawapan teka-teki tu jadi logik bila u all menggunakan formula matematik tahap sederhana rasanya. Sebab formula untuk menyelesaikan teka-teki tu hanya terdapat dalam subjek Matematik di peringkat sekolah menengah dan kolej/universiti.

Pada aku sebenarnya ayat yang digunakan untuk membina teka-teki itu yang membuatkan kita bingung untuk mencari jawapannya. Sedangkan kita memang dah pernah belajar pun cara nak selesaikan teka-teki tu. Cuma mungkin kita terlupa. Al maklumlah, bukan semua orang suka dengan subjek matematik. Ini termasuklah aku sekali. Aku sendiri pun tak minat dengan subjek matematik.

Tapi aku tak pastilah sama ada jawapan aku tu betul ataupun tidak. Sebab jawapan kepada teka-teki tu hanya Tuan/Puan punya badan yang mencipta teka-teki tu jer yang tahu. Tapi pada aku kalau ikut logik kiraan Matematik. Memang itulah formula kepada teka-teki tu. Tak tau lah kan kalau ada jawapan lain yang lebih logik selain daripada jawapan aku tu.

So kepada sesiapa yang pakar dalam bidang matematik tu. Silalah berikan pandangan u all dan tegur aku jika aku tersilap dalam formula matematik yang digunakan. Maklumlah aku ni bukan pakar dalam matematik, bahkan aku tak minat pun subjek matematik ni.
{ 0 ♥ comment }

Begitukah Caranya Kita Sayang ?

September 21, 2012

Wah-wah bukan main lagi ya u all. Sana sini sibuk nak buat demonstrasi. Macam dah tak der kerja lain pula u all nak buat kan. 

Eh demonstrasi pasal apa pula ni ?

Demonstrasi pasal bantahan penghinaan Nabi Muhammad S.A.W lah. Takkan demonstrasi pasal BERSIH pula kan.

Sebenarnya aku bukanlah nak sokong si penghasil filem yang menghina Nabi Muhammad tu. Tapi aku tak bersetuju dengan tindakan umat Islam saudara seagama aku yang berdemonstrasi semata-mata nak menunjukkan perasaan amarah mereka berkaitan filem yang menghina junjungan Nabi Muhammad.

Sebab apa aku tak bersetuju ? Ini jawapannya...

Baca dan Fahami Dialog di bawah ini..

Insan A: Jom...
Insan B: Pi mana ?
Insan A: Join demonstrasi bantah penghinaan keatas Nabi Muhammad S.A.W..
Insan B: Perlu ke ?
Insan A: Perlulah..kalau kau sayangkan Nabi jom ikut aku join demonstrasi tu.
Insan B: Tak per lah kau jer lah yang pergi.
Insan A: Kau tak sayangkan Nabi ke ?
Insan B: Sayang..apa pula tak sayang..
Insan A: Habis tu, kenapa kau tak nak join demonstrasi tu?
Insan B: Kalau kita sayangkan junjungan Baginda Rasulullah..bukan dengan berdemonstrasi. Tapi doakanlah kesejahteraan Baginda dan banyakkan berselawat keatas junjungan Rasulullah S.A.W..Bukankah itu yang diajarkan kepada kita sejak dari kecil lagi...kau dah lupa ke?
Insan A: ermmm...

Insan B: Boleh aku tanya kau 1 soalan?
Insan A: Boleh...silakan..
Insan B: Siapa lagi yang sertai demonstrasi tu erk?
Insan A: Apalah kau ni. dah tentu-tentulah umat Islam seluruh Malaysia dan Dunia. Takkan soalan senang tu pun kau nak tanya aku.
Insan B: Betullah tu, tapi kurang tepat. Tahukah engkau disebalik mereka2 yang menyertai demonstrasi itu. Turut serta juga bala tentera yang menyesatkan.
Insan A: Bala tentera yang menyesatkan ? apa yang kau merepek ni?
Insan B: Kau tahu tak siapa itu bala tentera yang menyesatkan?
Insan A: Entah...manalah aku tau..cuba kau bagi tau aku.
Insan B: Kau sebenarnya tahu akan siapa yang aku maksudkan. Cuma kau tak ingat ataupun buat-buat tak tau.
Insan A: Betullah aku tak tau. cepat ar bagi tau siapa tu tentera yang menyesatkan?
Insan B: SYAITAN NIRROJIM.
Insan A: Kenapa pula kau kata Syaitan?
Insan B: Takkan kau tak sedar lagi? Kau tahu tak apa janji syaitan kepada Allah?
Insan A: Tahu...(Syaitan berjanji akan menyesatkan manusia sehingga hari kiamat).. so apa kaitannya dengan demonstrasi yang aku nak join tu?
Insan B: Kau dah tahu yang syaitan telah berjanji dengan Tuhan bahawa dia akan menyesatkan umat nabi muhammad kan. Jadi buat apa kau nak sertai demonstrasi yang terang2 syaitan akan turut serta.

Sedarlah wahai kawan bila kau berada di dalam demonstrasi itu apa yang kau lihat?

sudah pasti kau akan melihat api kemarahan bukan...dan sesungguhnya disebalik kemarahan kamu semua itu. syaitan terkinja-kinja bersorak keriangan diatas perbuatan kamu itu. Bahkan mereka akan menghasut kamu supaya kamu tersesat lagi jauh didalam kemarahan kamu itu.

sedangkan nabi pun mengampunkan umatnya, inikan pula kita.

Kesimpulannya:

Siapalah yang tak sayang kan Nabi Muhammad. Semua umat Islam pasti menyanyangi Nabi Muhammad. Tapi nak menunjukkan sayang kita kepada Nabi Muhammad. Bukan dengan melakukan demonstrasi dan bukan juga dengan keganasan.

Bukankah kita seharusnya mencontohi Nabi Muhammad. Setahu akulah kan, Nabi tak pernah pun melawan orang yang menghina dan mencaci baginda dengan kekerasan. Sebaliknya baginda membalas dengan kesopanan dan penuh dengan tatasusila.

Dan yang membuatkan aku lagi tidak bersetuju dengan tindakan saudara seagamaku adalah.. mereka kata jer mereka sayang akan Nabi Muhammad S.A.W, Tapi mereka menunjukkan perasaan sayang mereka tu dengan cara yang salah..

Apa yang menghairankan aku adalah bagaimana kita boleh mengajak orang untuk melakukan solat hajat semata-mata untuk mengutuk tindakan pihak yang menghina junjungan Nabi Muhammad S.A.W (terbaca dalam harian metro 21/9/2012). Bukankah sepatutnya kita mendoakan kesejahteraan dan perbanyakan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W ?

Ini tidak, kita sibuk menyeru saudara seagama kita untuk membuat perkara yang sia-sia. Kononnya nak tunjuk yang kita nak mempertahankan maruah junjungan nabi kita. Walhal sebenarnya kita menghuru-harakan lagi keadaan adalah.

Dan ada juga yang sibuk menyebarkan mesej di facebook supaya orang ramai memboikot Google dan juga Youtube untuk 5 minit. Kenapa nak buat begitu ? sedangkan ada cara lain yang lebih elok untuk melakukannya. Kenapa dan mengapa cara itu yang dipilih ? Yang menghairankan aku lagi adalah kenapa boikot untuk 5 minit jer? kenapa tak boikot untuk selama-lamanya?

Well pemikiran dan pemahaman kita memang berbeza. Tapi harus diingat, kita berada dibawah satu agama yang sama..iaitu Islam.

Nota kaki: Kalau anda rasa saya ni jahil. Saya tak kisah pun jika kamu kata saya Jahil. sekurang2nya saya tahu bagaimana cara yang betul untuk menunjukkan Sayang saya kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W....Sila betulkan kata2 saya jika saya salah..
{ 0 ♥ comment }

Fenomena Oppa Gangnam Style

September 11, 2012

Fenomena Oppa Gangnam Style yang sedang hangat melanda emosi dan jiwa raga rakyat Malaysia pada masa kini mendapat sokongan dan tentangan dari pelbagai pihak. 

Ada yang menerimanya dengan pemikiran yang positif dan terbuka, tak kurang juga ada yang menolaknya hanya kerana terdapat desas desus yang mengatakan fenomena Oppa Gangnam Style ini dicipta untuk menyesatkan umat Islam. Sejauh mana kebenaran desas desus tersebut ?

Jawapan aku adalah entahlah. Pada aku fenomena Oppa Gangnam Style ni hanya sekadar kejutan budaya baru dikalangan rakyat Malaysia jer. Setahu aku, fenomena seperti ni biasanya sekejap jer. Bila muncul kejutan budaya yang baru, maka fenomena Oppa Gangnam Style ni akan berlalu pergi meninggalkan kita.

gangnam-styleApa yang menghairankan aku adalah kenapa dan mengapa orang-orang kita ni suka sangat mempertikaikan dan mempersoalkan sesuatu dengan agama walaupun mereka sebenarnya tahu bahawa ianya hanyalah satu fenomena yang terhasil dari kejutan budaya sahaja. Adakalanya aku melihat reaksi segelintir pihak yang menilai sesuatu secara berlebihan walaupun ianya tiada keperluan sangat.

Pada aku ianya tidak salah pun selagi ianya tidak memesongkan dan kita tidak terlalu taksub dengannya. Ada juga diantara kita yang berasa tidak senang dengan fenomena Oppa Gangnam Style, pada mereka ianya menyesatkan dan cuba memurtadkan kita.

Tapi pada akulahkan. Banyak jer budaya yang menyesatkan dan memurtadkan dilakukan oleh umat Islam dinegara kita. Cuma kita jer yang menidakkannya. Adakalanya yang mengatakan fenomena Oppa Gangnam Style ni menyesatkan dan memurtadkan pun ada melakukan perkara yang menyesat dan memurtadkan.

Aku bukanlah nak sokong sangat pasal fenomena Oppa Gangnam Style ni. Sebab aku pun bukan minat sangat dengan fenomena Oppa Gangnam Style ni. Tapi itu tidak bermakna kita perlu meminggirkannya hanya kerana kita tidak menyukainya. Apa yang kita tak suka, tak semestinya orang lain tak suka. Dan apa yang kita suka, tak semestinya orang lain pun menyukainyakan.

Jadi ia sebenarnya bergantung dan terpulang pada masing-masing. Bagaimana mahu menerima ataupun menolak sesuatu sesuai dengan selera dan citarasa masing-masing. Maklumlah citarasa setiap manusia kan berbeza.

Pada aku, kalau kita nak menilai, menegur, dan mempersoalkan sesuatu itu boleh. Tapi haruslah berpada-pada. Jangan menilai, menegur, dan mempersoalkan secara berlebihan. Kerana jika kita nak orang menerima apa yang kita nak sampaikan. Maka kita pun harus menerima setiap respon yang diberikan kembali kepada kita. Disitu barulah wujudnya win-win situation. Setiap apa yang kita nak sampaikan kepada orang sekeliling kita, haruslah mempunyai konsep win-win situation. Jangan kita pentingkan diri sendiri demi memenuhi kehendak diri kita semata-mata. 

Berkaitan tarian di dalam klip video Oppa Gangnam Style, dimana ianya terlalu 18sx bagi kanak-kanak dan ianya juga kelihatan mengarut. Yezza..memang tarian Oppa Gangnam Style terdapat aksi 18sx dan mengarut. Tapi dah itu budaya rakyat Korea, takkan kita nak sekat pulakan. Jadi yang memegang pangkat mak bapa lah yang harus memerhatikan tindak tanduk anak mereka. Kita tak boleh nak halang fenomena Oppa Gangnam Style ni dengan menyatakan yang kita tak suka.

Senang cerita macam ni lah. Kalau kita tak suka. Tak payahlah kita menggatal tengok video Oppa Gangnam Style. Kalau kita tengok juga, itu bermakna kita tak membenci fenomena Oppa Gangnam Style. Cuma kita kurang suka jer. Fenomena Oppa Gangnam Style ni tak salah asalkan kita tahu limit..Sekian...
{ 0 ♥ comment }

Bila Hak Ku, Kau Nodai

January 20, 2012

Pada hari ini. Ramai benar sipolan-sipolan yang suka menodai hak kebebasan milik setiap individu. Kebanyakkannya suka sangat menyekat kebebasan yang harus dimilikki oleh seorang insan yang bergelar manusia.

Bagaimana sipolan-sipolan berkenaan menodai hak yang seharusnya dimilikki oleh setiap insan dimuka bumi ini?

Jawapannya ada pada anda sendiri. Ini kerana setiap nodaan yang dilakukan adalah berbeza-beza bagi setiap individu.

Kronologi Bila Hak Ku Dinodai

Antara kronologi pencabulan hak bagi setiap manusia adalah bila mana sipolan A menegur sipolan B secara membuta tuli. Di mana sipolan A telah menegur sipolan B. Tetapi sipolan B pula mempersoalkan kembali teguran yang dibuat oleh sipolan A. Bila sipolan B memberikan respon yang negatif, sipolan A mula membidas perbuatan sipolan B yang mempertikaikan tegurannya dengan kata-kata yang membuatkan sipolan B bertambah berang dengan perbuatan sipolan A. 

Bukankah sepatutnya sipolan A harus menunjukkan keperibadian serta akhlaknya sebelum hendak menegur. Bukannya menegur seperti orang yang tidak berakhlak.

Bukanlah saya nak menafikan hak seseorang itu untuk menegur. Tapi jika hendak menegur pun. Pastikanlah menggunakan kebijaksanaan dan bukannya kebodohan dan keegoan. Kebiasaannya reaksi bagi setiap teguran adalah dalam nisbah infiniti (50:50). Di mana adakalanya respon bagi setiap teguran itu sama ada positif ataupun negatif.

Kebiasaannya si penerima teguran akan melihat keperibadian si penegur. Jika si penerima melihat keperibadian si penegur itu berkeperibadian tinggi, berhemah dalam menegur, bersopan santun ketika menegur dan menggunakan budi bicara bila menegur. Maka sudah tentu si penerima akan menerima teguran itu dengan hati yang terbuka.

Tetapi pada masa kini. Ramai yang suka menegur ingin dirinya dihormati, akan tetapi mereka sendiri tidak tahu apa itu erti hormat. Sebenarnya jika kita ingin diri kita dihormati. Kita seharusnya belajar untuk menghormati orang lain terlebih dahulu. Bukannya mengharapkan untuk orang lain menghormati kita terlebih dahulu.

Sesungguhnya pada hari ini ramai si penegur yang suka menafikan hak setiap penerima. Di mana si penegur menafikan ataupun menyekat hak si penerima untuk bersuara. Bahkan ramai dikalangan penegur akan melakukan taktik serangan "Psikologi" ke atas si penerima teguran tanpa memikirkan kesan negatif di atas perlakuan mereka itu. Itulah masalah utama si penegur.

Tapi bukan semua golongan kaki tegur ni berperangai sebegitu rupa. Ada juga penegur yang menegur dengan kiasan ataupun bahasa berbunga (bermadah). Bahkan penegur dari golongan ini adalah penegur yang berkeperibadian tinggi, berakhlak tinggi, mempunyai sifat sabar yang tinggi dan banyak lagi sifat terpuji yang dimiliki.

Pernah juga saya jumpa sipolan yang suka menegur orang lain dengan menodai hak si penerima. Bahkan sipolan itu tadi telah menegur tidak serupa bikin. Di mana sipolan itu menegur tentang isu halal haram, dosa pahala, dan juga isu berkaitan aurat. Tapi dalam pada masa yang sama. Sipolan yang menegur tadi telah menunjukkan kebodohannya sendiri dalam menegur perkara yang dia kata haram tapi dia buat juga. Bagaimana dia boleh selamba menegur orang tentang sesuatu yang haram tapi dalam pada masa yang sama bukannya sipolan itu melakukan apa yang ditegur. Maksudnya, dia hanya tahu menegur orang lain tapi tidak mempraktikkannya.

Ada juga sesetengah penegur yang selamba badak dia. Menggelar orang yang tidak mahu menerima teguran itu JAHIL. Seolah-olah dia merasakan yang dirinya itu sudah sempurna dan tiada cacat cela amalannya. Sedangkan pada hakikatnya. Dia hanya memperlihatkan kejahilannya sendiri kepada orang sekeliling. Tidak kiralah sama ada benar atau tidak yang seseorang itu jahil. Janganlah sesekali kita menggelarkan mereka itu jahil. Sesungguhnya jika kita menggelar mereka jahil. Kita telah mendabik dada seolah-olah kesempurnaan dalam amalan itu adalah hak mutlak kita. Sedangkan ianya hanyalah pinjaman yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Picture Source: Google.
{ 0 ♥ comment }

Berdakwah di facebook, di antara keegoan dan kelembutan budi bicara.

December 19, 2011

Pernah tak anda melihat orang berdakwah di facebook ?. Mesti pernahkan. Sebab ramai pengguna facebook masa kini suka berdakwah di facebook. Cuma perbezaannya adalah dari segi penyampaian & penerimaan.

Pada saya dakwah di facebook ini terbahagi kepada 2. Iaitu dakwah dengan keegoan & dakwah dengan kelembutan budi bicara. Apa beza diantara kedua-dua jenis dakwah ini ?. Jawapannya memang berbeza sekali, Cuma tujuannya sahaja yang sama.

Dakwah dengan keegoan ini memang banyak sekali & mudah dijumpai di facebook. Di mana mereka-mereka yg suka berdakwah melalui facebook ini akan berdakwah tanpa mempedulikan penerimaan orang yang ingin didakwahi. 

Sehinggakan adakalanya mereka sanggup berbalah jika ada yang menentang dakwah mereka itu. Kiranya mereka ini jenis pendakwah yang kuat melenting. Mereka hanya ingin orang sekeliling mendengar dakwah mereka. 

Tapi dalam pada masa yang sama mereka tidak mahu mendengar apa yang ingin dikatakan oleh orang sekeliling. Bagaimana orang sekeliling mahu menerima dakwah mereka, jika mereka sendiri tidak boleh menerima kembali kritikan dari orang lain. Ini bukanlah sekadar omongan kosong sahaja. 

Ianya realiti sikap majoriti pekdakwah tidak bertauliah yang suka berdakwah melalui facebook. Kebanyakkannya suka memaksa orang lain menerima dakwah mereka tanpa sedar sambil mereka berdakwah, mereka telah mengaibkan serta memalukan orang yang ingin mereka dakwahi.

Berbeza pula jika kita berdakwah dengan kelembutan budi bicara. Pendakwah yang mengamalkan dakwah jenis ini memang kurang & agak sukar untuk kita jumpa di facebook. 

Adalah 2-3 orang saya jumpa di facebook yang berdakwah menggunakan kaedah ini. Cara mereka memang sempoi & bersahaja. Mereka tidak mudah melenting, bahkan mereka mampu menjawab setiap persoalan dengan tenang & bersahaja berbanding pendakwah dengan keegoan. 

Kebiasaannya pendakwah yang menggunakan kaedah ini lebih bersifat toleransi, bertolak ansur, mampu menerima kritikan, & yang paling penting adalah mereka ini memang jenis yang mempunyai sifat kesabaran yang tinggi.

Tidak salah kalau kita ingin menyebarkan dakwah di facebook. Tapi kita haruslah tahu akan batasan bagi setiap perbuatan kita. Jika kita ingin berdakwah, jangan sesekali memaksa orang menerima dakwah kita. 

Ini kerana kita perlu sedar bahawa Nabi Muhammad S.A.W pun sewaktu baginda menyebarkan dakwah Islam. Baginda pun pernah menerima tentangan oleh kaum-kaum Yahudi, Quraish, & yang sewaktu dengannya. 

Tapi baginda tetap berdakwah dengan cara “Kelembutan Budi Bicara”, baginda tidak pernah sesekali memaksa seseorang untuk menerima dakwah baginda. Itu yang harus kita amalkan dalam dakwah kita. Berdakwahlah dengan kelembutan budi bicara sesungguhnya pasti akan ada yang menyukainya.
{ 0 ♥ comment }

Berfikiran Positif vs Berfikiran Negatif, Dimanakah Anda di Antara Keduanya ?

December 1, 2011

As Salam. Pada 30 November 2011 saya mendapat ilham untuk menulis artikel ini dan ilham itu datangnya semasa saya mendengar celoteh dari DJ radio Selangor fm iaitu Andy Hakim Ibrahim. Dimana saya tertarik dengan topik yang dibincangkan. Topik yang dibincangkan amat menarik dan ianya berkaitan: 

“Berfikiran Positif vs Berfikiran Negatif, Dimanakah Anda di Antara Keduanya ?”.
Ramai yang mengatakan diri mereka itu adalah dari golongan ataupun kelompok yang berfikiran positif. Tiada seorang pun yang berani mengatakan mereka itu adalah dalam kelompok yang berfikiran negatif. Itulah realiti manusia dahulu kini dan selamanya. Tiada siapapun di muka bumi ini akan mengaku yang dirinya itu adalah dari kelompok yang berfikiran negatif.

Tapi dengan rendah diri saya berani mengaku yang saya berada diantara keduanya. Maksud saya, saya adakalanya akan berfikiran positif & ada masa-masanya saya akan berfikiran negatif. Tapi saya berfikiran negatif bergantung kepada keadaan semasa. Contoh seperti ketika saya dilanda stress & tekanan. Ini termasuklah ketika saya berada dalam keadaan marah. Ini kerana tiada manusia yang akan berfikiran positif ketika berada dalam situasi yang boleh memberikan tekanan perasaan seperti ketika marah, stress, kepenatan, dianiaya & teraniaya.

Sealim manapun seseorang itu. Mereka juga akan berfikiran negatif diwaktu-waktu tertentu. Cuma bezanya kita tidak akan sedar pun bahawa kita sedang berfikir secara negatif. Memang anda penipulah jika anda mengatakan yang anda tidak pernah sesekali berfikiran negatif. Ini kerana pada saya. Setiap yang positif itu akan wujud bahagian negatifnya. Kerana setiap benda ataupun perkara didunia ini berpasangan. Ianya takkan dapat dipisahkan. Umpama kembar siam. Ke mana pun mereka akan sentiasa bersama selamanya.

Mesti akan ada yang tidak bersetuju dengan penulisan ini. Tapi anda harus ingat. Positif dan Negatif itu adalah satu. Jika dipisahkan diantara mereka, maka akan hilanglah keseimbangan dalam kehidupan. Kira macam manusia jugalah. Lelaki pasangannya perempuan. Begitulah juga dengan positif pasangannya negatif. Renung-renungkan mari berfikir.

Tetapi di sini ingin saya nasihati kepada anda semua. Jangan sesekali melakukan sesuatu yang bodoh ataupun diluar batasan bila anda berada di bawah pengaruh pemikiran negatif. Ini kerana ianya kan mempengaruhi masa depan anda kelak. Seelok-eloknya cuba bermuhasabah diri ketika pemikiran anda berada di tahap negatif.

Picture Credit: Google.
{ 0 ♥ comment }
 

Artikel Terkini