As Salam. Pada 30 November 2011 saya mendapat ilham untuk menulis artikel ini dan ilham itu datangnya semasa saya mendengar celoteh dari DJ radio Selangor fm iaitu Andy Hakim Ibrahim. Dimana saya tertarik dengan topik yang dibincangkan. Topik yang dibincangkan amat menarik dan ianya berkaitan:
“Berfikiran Positif vs Berfikiran Negatif, Dimanakah Anda di Antara Keduanya ?”.
Ramai yang mengatakan diri mereka itu adalah dari golongan ataupun kelompok yang berfikiran positif. Tiada seorang pun yang berani mengatakan mereka itu adalah dalam kelompok yang berfikiran negatif. Itulah realiti manusia dahulu kini dan selamanya. Tiada siapapun di muka bumi ini akan mengaku yang dirinya itu adalah dari kelompok yang berfikiran negatif.
Tapi dengan rendah diri saya berani mengaku yang saya berada diantara keduanya. Maksud saya, saya adakalanya akan berfikiran positif & ada masa-masanya saya akan berfikiran negatif. Tapi saya berfikiran negatif bergantung kepada keadaan semasa. Contoh seperti ketika saya dilanda stress & tekanan. Ini termasuklah ketika saya berada dalam keadaan marah. Ini kerana tiada manusia yang akan berfikiran positif ketika berada dalam situasi yang boleh memberikan tekanan perasaan seperti ketika marah, stress, kepenatan, dianiaya & teraniaya.
Sealim manapun seseorang itu. Mereka juga akan berfikiran negatif diwaktu-waktu tertentu. Cuma bezanya kita tidak akan sedar pun bahawa kita sedang berfikir secara negatif. Memang anda penipulah jika anda mengatakan yang anda tidak pernah sesekali berfikiran negatif. Ini kerana pada saya. Setiap yang positif itu akan wujud bahagian negatifnya. Kerana setiap benda ataupun perkara didunia ini berpasangan. Ianya takkan dapat dipisahkan. Umpama kembar siam. Ke mana pun mereka akan sentiasa bersama selamanya.
Mesti akan ada yang tidak bersetuju dengan penulisan ini. Tapi anda harus ingat. Positif dan Negatif itu adalah satu. Jika dipisahkan diantara mereka, maka akan hilanglah keseimbangan dalam kehidupan. Kira macam manusia jugalah. Lelaki pasangannya perempuan. Begitulah juga dengan positif pasangannya negatif. Renung-renungkan mari berfikir.
Tetapi di sini ingin saya nasihati kepada anda semua. Jangan sesekali melakukan sesuatu yang bodoh ataupun diluar batasan bila anda berada di bawah pengaruh pemikiran negatif. Ini kerana ianya kan mempengaruhi masa depan anda kelak. Seelok-eloknya cuba bermuhasabah diri ketika pemikiran anda berada di tahap negatif.
Picture Credit: Google.
Picture Credit: Google.
Post a Comment