Berdakwah di facebook, di antara keegoan dan kelembutan budi bicara.

December 19, 2011

Pernah tak anda melihat orang berdakwah di facebook ?. Mesti pernahkan. Sebab ramai pengguna facebook masa kini suka berdakwah di facebook. Cuma perbezaannya adalah dari segi penyampaian & penerimaan.

Pada saya dakwah di facebook ini terbahagi kepada 2. Iaitu dakwah dengan keegoan & dakwah dengan kelembutan budi bicara. Apa beza diantara kedua-dua jenis dakwah ini ?. Jawapannya memang berbeza sekali, Cuma tujuannya sahaja yang sama.

Dakwah dengan keegoan ini memang banyak sekali & mudah dijumpai di facebook. Di mana mereka-mereka yg suka berdakwah melalui facebook ini akan berdakwah tanpa mempedulikan penerimaan orang yang ingin didakwahi. 

Sehinggakan adakalanya mereka sanggup berbalah jika ada yang menentang dakwah mereka itu. Kiranya mereka ini jenis pendakwah yang kuat melenting. Mereka hanya ingin orang sekeliling mendengar dakwah mereka. 

Tapi dalam pada masa yang sama mereka tidak mahu mendengar apa yang ingin dikatakan oleh orang sekeliling. Bagaimana orang sekeliling mahu menerima dakwah mereka, jika mereka sendiri tidak boleh menerima kembali kritikan dari orang lain. Ini bukanlah sekadar omongan kosong sahaja. 

Ianya realiti sikap majoriti pekdakwah tidak bertauliah yang suka berdakwah melalui facebook. Kebanyakkannya suka memaksa orang lain menerima dakwah mereka tanpa sedar sambil mereka berdakwah, mereka telah mengaibkan serta memalukan orang yang ingin mereka dakwahi.

Berbeza pula jika kita berdakwah dengan kelembutan budi bicara. Pendakwah yang mengamalkan dakwah jenis ini memang kurang & agak sukar untuk kita jumpa di facebook. 

Adalah 2-3 orang saya jumpa di facebook yang berdakwah menggunakan kaedah ini. Cara mereka memang sempoi & bersahaja. Mereka tidak mudah melenting, bahkan mereka mampu menjawab setiap persoalan dengan tenang & bersahaja berbanding pendakwah dengan keegoan. 

Kebiasaannya pendakwah yang menggunakan kaedah ini lebih bersifat toleransi, bertolak ansur, mampu menerima kritikan, & yang paling penting adalah mereka ini memang jenis yang mempunyai sifat kesabaran yang tinggi.

Tidak salah kalau kita ingin menyebarkan dakwah di facebook. Tapi kita haruslah tahu akan batasan bagi setiap perbuatan kita. Jika kita ingin berdakwah, jangan sesekali memaksa orang menerima dakwah kita. 

Ini kerana kita perlu sedar bahawa Nabi Muhammad S.A.W pun sewaktu baginda menyebarkan dakwah Islam. Baginda pun pernah menerima tentangan oleh kaum-kaum Yahudi, Quraish, & yang sewaktu dengannya. 

Tapi baginda tetap berdakwah dengan cara “Kelembutan Budi Bicara”, baginda tidak pernah sesekali memaksa seseorang untuk menerima dakwah baginda. Itu yang harus kita amalkan dalam dakwah kita. Berdakwahlah dengan kelembutan budi bicara sesungguhnya pasti akan ada yang menyukainya.

Post a Comment

 

Artikel Terkini