Showing posts with label Zone Social Media. Show all posts
Showing posts with label Zone Social Media. Show all posts

Siapa Nak Top Up RM5 FREE ?

January 10, 2013

spammer fb applicationYes , Akhir nya saya Dapat Top up Jugak RM 5 , sikit tapi yang penting FREE , HIHI , Nah web Ni Bagi Top up Free...www[.]facebook[.]com/121944511307963?sk=app_208195102528120 ....Haktuihh.

Haha..apa pasallah segelintir pengguna facebook ni terlebih bangang. Dah terang-terang benda alah tu spammed. Lagi mau klik ke?

Siapa klik link tu memang dia lah manusia terbijak dan terhebat di alam semesta. Bukan nak mengutuk, bukan nak memaki, malah bukan niat dihati nak mencaci. Tapi buat apalah nak percaya dengan promosi-promosi yang sah-sah mengarut.

Ingat senang-senang ke orang nak bagi Top Up RM5 hanya dengan klik benda alah tu. Nonsense la wei. Lainlah kalau jawab survey dapat Top Up RM5, yang ni aku percayalah sebab aku pernah buat dan betul-betul dapat Top Up RM5 tu.

Tapi kalau application FB memang jangan haraplah aku nak klik. Sebab aku dah tahu yang benda tu gerenti akan buat onar di "GROUP FB". Benda-benda macam tu buat semak dan buat sakit hati jer.

Apa yang menghairankan aku. Depa-depa yang dah pernah klik benda alah tu. Kenapa BODOH dan BANGANG sangat? Dah terkena KENCING TIKUS pun masih mau buat benda yang sama berulang kali ke...Itulah ada akal tak mau guna. Akhirnya orang lain juga yang jadi mangsa kepada mangsa dek angkara kebodohan segelintir pengguna facebook.
facebook spammed application
Gambar atas ni pun satu lagi trik bodoh yang digunapakai untuk upkan Like Fan Page oleh si Psychopet FB. Baca dari ayat yang digunakan pun kita dah boleh tahu yang application FB tu KAKI KENCING BERDIRI TEPI JALAN RAYA. Dah terang lagi bersuluh dengan "Torch Light" pun masih tak nampak lagi yang diri tu sudah "Tipah Tertipu Bang".

Orang lain pun ada akaun FB juga. Tapi tak der ar macam kamu..kamu...dan kamu yang mudah tertipu. Itulah mentaliti orang kita. Pantang dengar benda FREE/MURAH/SALE/DISKAUN, confirm mesti sangkut punyalah. Walaupun orang tu berpelajaran tinggi dan berilmu. Tapi dek dibutakan oleh ayat yang TERLEBIH LUAR BIASA tu, makanya..TIPAH TERKONO TIPU BANG.

Apa-apapun aku nak nasihat sikitlah kepada sesiapa sahaja yang sudi dengar dan patuh nasihat ni. Jangan sesekali klik link-link yang mencurigakan. Nak-nak lagi link-link seperti didalam gambar tu. Semua tu khayalan jer. Sudah cukup sudah lah kamu menyusahkan orang lain dengan kebijaksanaan kamu tu.. Kamu yang buat hal, orang lain yang terkena tempiasnya.

Memang tak dinafikan aku dulu pun pernah buat aksi bodoh macam kamu semua. Tapi tu dululah, time masih NOOB dengan benda alah tu. Tapi sekarang Alhamdulillah dah tobat. Aku berharap kalian pun bertobat sama ya....
{ 0 ♥ comment }

Bila Fan Page Facebook Ku Di Kebas

January 16, 2012

Baru-baru ni di facebook kecoh dengan isu fan page kena kebas oleh sipolan yang memang terkenal dengan sandiwara dan suka merampas/mengebas fan page orang lain. Paling menggelikan hati M'Rie. Bila mana si pengadu mengatakan yang fan page nya kena hack.

Kena hack ke or admin and owner fan page kena kick dengan sipolan tu ?. Apa yang M'Rie nampak, masalah ni sebenarnya bukan salah sipolan 100%. Sebabnya, setiap kali ditanya macam mana fan page tu kena hack. 

Jawapan yang diberikan oleh si pengadu adalah: sipolan tu minta jadi admin. Lepas sipolan tu dilantik jadi admin, maka bermulalah sandiwara sipolan berkenaan. Sandiwara sipolan tu sebenarnya sama jer dengan kes-kes sebelum ni.

Sipolan akan buat baik dengan owner FP. Lepas owner FP dah memberikan kepercayaan kepada sipolan tu. Maka sipolan pula akan melancarkan kerja kotornya tu. Kira sipolan tu suka main bola kot. Sebab dia suka kick admin-admin di dalam FP yang dia nak kebas tu.

Tapi ada juga yang mengatakan sipolan tu dah guna cara baru untuk hack FP. Dimana sipolan tu akan hack password dan email si mangsa. Rasa-rasanya betullah kot. Maklumlah zaman sekarang ni kan teknologi makin canggih. Macam-macam boleh buat.

Apa yang menghairankan M'Rie adalah kenapa sesebuah FP tu kena ada ramai admin ? walaupun adakalanya FP yang dibina tu sebenarnya tidak memerlukan admin yang ramai pun. Kecualilah FP/Group tu lebih memfokuskan kepada komuniti ataupun organisasi yang memang memerlukan admin lebih dari seorang.

Nasihat M'Rie. Sentiasalah berwaspada dengan permintaan untuk menjadi admin di FP anda. Kalau nak lantik admin pun. Pastikan anda melantik mereka-mereka yang anda percayai dan anda kenal hati budi mereka. Jangan mudah menerima permintaan dari orang yang baru anda kenali.
{ 0 ♥ comment }

Facebook sebagai kambing hitam

December 20, 2011

Aku pelik dengan manusia pada hari ni, yang mana mereka acap kali menyalahkan facebook setiap kali berdepan dengan masalah dalam hidup. Tak kira samada masalah kerja ataupun masalah rumah tangga.

Bagi aku, itu semua berpunca daripada diri pengguna itu sendiri. Tak ada masalah buat masalah. Mana mungkin masalah yang timbul dalam hidup kita pada hari ni berpunca daripada facebook, sedangkan kita tahu yang facebook itu adalah ciptaan manusia & tanpa manusia mustahil facebook akan wujud.

Contoh, masalah perceraian yang dikatakan berpunca daripada facebook. Pada aku kesemua masalah yang timbul datangnya daripada diri kita sendiri, kerana kita yang memulakan masalah & dalam pada masa yang sama kita juga yang menyelesaikan masalah. Cuma yang membezakan hanyalah cara menghadapi masalah & bagaimana kita menyelesaikannya.

Pada masa kini, majoriti pengguna facebook menggunakan facebook sebagai platform untuk membina jaringan persahabatan & mempromosikan perniagaan yang mereka jalankan. Umpama facebook sebagai medium pengiklanan & perhubungan diantara satu sama lain.

Kebanyakan masalah yang timbul akibat dari penggunaan facebook adalah berpunca daripada segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab dengan menyalahgunakan kemudahan yang dicipta bagi memenuhi kepuasan diri tanpa mengambil kira perasaan pengguna yang lain & mereka tidak memikirkan akibat dari perbuatan khianat yang mereka lakukan.

Pokok pangkalnya, kita harus menggunakan sesuatu laman sosial dengan berhemat & menghormati hak privasi pengguna yang lain, tidak kira apa tujuan kita menggunakan laman sosial.

Majoriti masyarakat dunia menggunakan facebook untuk mencari kenalan baru serta mengeratkan perhubungan silaturrahim sesama manusia tak kira bangsa, agama mahupun kefahaman sesuatu bangsa. Janganlah kita sesekali menyalahgunakan kemudahan yang tidak sepatutnya digunakan untuk melakukan khianat semata-mata demi mengejar keuntungan & kepuasan diri sendiri.

Disebabkan tak mahu mengaku yang sesuatu masalah itu berpunca daripada kelemahan diri sendiri, kita sanggup menjadikan facebook sebagai kambing hitam hanya semata-mata mahu menutup kelemahan diri sendiri. Renung-renungkan & selamat beramal.



Picture Credit: N/A 
Source: Sembang Cyber
{ 0 ♥ comment }
 

Artikel Terkini