Aku pelik dengan manusia pada hari ni, yang mana mereka acap kali menyalahkan facebook setiap kali berdepan dengan masalah dalam hidup. Tak kira samada masalah kerja ataupun masalah rumah tangga.
Bagi
aku, itu semua berpunca daripada diri pengguna itu sendiri. Tak ada masalah
buat masalah. Mana mungkin masalah yang timbul dalam hidup kita pada hari ni
berpunca daripada facebook, sedangkan kita tahu yang facebook itu adalah
ciptaan manusia & tanpa manusia mustahil facebook akan wujud.
Contoh,
masalah perceraian yang dikatakan berpunca daripada facebook. Pada aku kesemua
masalah yang timbul datangnya daripada diri kita sendiri, kerana kita yang
memulakan masalah & dalam pada masa yang sama kita juga yang menyelesaikan
masalah. Cuma yang membezakan hanyalah cara menghadapi masalah & bagaimana
kita menyelesaikannya.
Pada
masa kini, majoriti pengguna facebook menggunakan facebook sebagai platform
untuk membina jaringan persahabatan & mempromosikan perniagaan yang mereka
jalankan. Umpama facebook sebagai medium pengiklanan & perhubungan diantara
satu sama lain.
Kebanyakan
masalah yang timbul akibat dari penggunaan facebook adalah berpunca daripada
segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab dengan menyalahgunakan
kemudahan yang dicipta bagi memenuhi kepuasan diri tanpa mengambil kira
perasaan pengguna yang lain & mereka tidak memikirkan akibat dari perbuatan
khianat yang mereka lakukan.
Pokok
pangkalnya, kita harus menggunakan sesuatu laman sosial dengan berhemat &
menghormati hak privasi pengguna yang lain, tidak kira apa tujuan kita
menggunakan laman sosial.
Majoriti
masyarakat dunia menggunakan facebook untuk mencari kenalan baru serta
mengeratkan perhubungan silaturrahim sesama manusia tak kira bangsa, agama
mahupun kefahaman sesuatu bangsa. Janganlah kita sesekali menyalahgunakan
kemudahan yang tidak sepatutnya digunakan untuk melakukan khianat semata-mata
demi mengejar keuntungan & kepuasan diri sendiri.
Disebabkan
tak mahu mengaku yang sesuatu masalah itu berpunca daripada kelemahan diri
sendiri, kita sanggup menjadikan facebook sebagai kambing hitam hanya
semata-mata mahu menutup kelemahan diri sendiri. Renung-renungkan & selamat
beramal.
Picture Credit: N/A
Source: Sembang Cyber
Post a Comment