Baru-baru ni di facebook kecoh dengan isu fan page kena kebas oleh sipolan yang memang terkenal dengan sandiwara dan suka merampas/mengebas fan page orang lain. Paling menggelikan hati M'Rie. Bila mana si pengadu mengatakan yang fan page nya kena hack.
Kena hack ke or admin and owner fan page kena kick dengan sipolan tu ?. Apa yang M'Rie nampak, masalah ni sebenarnya bukan salah sipolan 100%. Sebabnya, setiap kali ditanya macam mana fan page tu kena hack.
Jawapan yang diberikan oleh si pengadu adalah: sipolan tu minta jadi admin. Lepas sipolan tu dilantik jadi admin, maka bermulalah sandiwara sipolan berkenaan. Sandiwara sipolan tu sebenarnya sama jer dengan kes-kes sebelum ni.
Sipolan akan buat baik dengan owner FP. Lepas owner FP dah memberikan kepercayaan kepada sipolan tu. Maka sipolan pula akan melancarkan kerja kotornya tu. Kira sipolan tu suka main bola kot. Sebab dia suka kick admin-admin di dalam FP yang dia nak kebas tu.
Tapi ada juga yang mengatakan sipolan tu dah guna cara baru untuk hack FP. Dimana sipolan tu akan hack password dan email si mangsa. Rasa-rasanya betullah kot. Maklumlah zaman sekarang ni kan teknologi makin canggih. Macam-macam boleh buat.
Apa yang menghairankan M'Rie adalah kenapa sesebuah FP tu kena ada ramai admin ? walaupun adakalanya FP yang dibina tu sebenarnya tidak memerlukan admin yang ramai pun. Kecualilah FP/Group tu lebih memfokuskan kepada komuniti ataupun organisasi yang memang memerlukan admin lebih dari seorang.
Nasihat M'Rie. Sentiasalah berwaspada dengan permintaan untuk menjadi admin di FP anda. Kalau nak lantik admin pun. Pastikan anda melantik mereka-mereka yang anda percayai dan anda kenal hati budi mereka. Jangan mudah menerima permintaan dari orang yang baru anda kenali.
Post a Comment