Showing posts with label Zone SPM. Show all posts
Showing posts with label Zone SPM. Show all posts

Pendaftaran Sijil Pelajaran Malaysia Persendirian dan Ulangan 2014

March 3, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pengumuman buat mereka yang menanti-nantikan tarikh pendaftaran bagi peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia Persendirian dan Ulangan. Pendaftaran bagi tahun 2014 telah dibuka bermula 1 March 2014 sehingga 31 March 2014.
Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan 2014
Kementerian Pendidikan Malaysia
Anda boleh mula mendaftar sekarang. Sila daftar di mana-mana pusat tuisyen yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran SPM Persendirian dan Ulangan. Atau anda boleh mendaftar di Jabatan Pelajaran Negeri berhampiran anda.

Maklumat lanjut sila rujuk laman sesawang http://www.moe.gov.my/lp
{ 13 ♥ comment }

Rintihan Seorang OKU

May 22, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Hari ini saya bersemangat untuk berkongsi dengan anda semua berkaitan "Rintihan Seorang OKU", dimana seorang jejaka OKU berusia 20an telah meninggalkan komen yang amat menyentuh perasaan saya. Ikuti komen beliau...
Saya ni bekas pelajar OKU masalah pembelajaran. Jadi masalah saya malu dengan orang-orang normal mengata itu dan ini tapi dalam masa yang sama saya nak juga berjaya macam mereka yang normal. Tapi peluang saya makin menipis kerana usia 20 tahun, lagi-lagi yang terbaru saya dengar untuk tahun depan 2014 tidak ada lagi PMR. Jadi dari situlah saya putus asa sebab syarat-syarat untuk mengambil SPM perlu adanya PMR. Saya tidak ada UPSR, PMR dan SPM. Sebab tu la saya rasa terhina sangat dengan rakan-rakan sebaya. peluang perkejaan untuk saya tidak pernah ada. dari situ mereka mengelar saya mula jadi mamat ukur jalan, mamat tanam anggur dan sabagainya. ~ Khaziq
Ketika saya ingin melihat komen terkini di dashboard Intense Debate. Saya terlihat 1 "notification" yang menunjukkan ada komen terbaru. Lalu sayapun melihat, membaca, dan meng-approve komen tersebut. Selepas membaca komen tersebut. Saya cukup kagum dengan adik Khaziq, walaupun beliau adalah OKU. Tapi beliau mempunyai semangat, niat, dan azam untuk mengubah nasib beliau yang sering dihina oleh orang-orang normal disekeliling beliau.

Saya sendiri agak rasa kecewa dan malu dengan perangai dan perbuatan kawan-kawan adik Khaziq yang sering menghina dan merendah-rendahkan beliau. Hanya semata-mata kerana beliau adalah seorang OKU. Lagipun bukan dia meminta untuk dijadikan OKU. Berikut adalah jawapanku kepada Adik Khaziq..

Jawapanku buat adik Khaziq

Herm..dik ni abe nak nasihatkanlah ya. Kita ni hidup jangan asyik memikirkan apa yang orang nak katakan tentang diri kita. Adik mungkin seorang OKU, tapi pada abe mereka tu lebih OKU dari adik. Bahkan pada abe mereka tu sakit mental dik. Untuk pengetahuan adik, bukan semua orang yang normal berperangai sebegitu rupa. 

Adik kena keraskan hati dan tabahkan diri untuk berdepan dengan golongan seperti itu. Lagipun mulut orang ni bukannya kita boleh tutup dik, melainkan Allah yang menutup mulut mereka kelak. 

Bab SPM ni. SPM ada 3 jenis dik: 
  1. SPM Calon Sekolah
  2. SPM Calon Persendirian dan 
  3. SPM Ulangan. 
Jika adik tidak ada PMR adik masih boleh mengambil SPM Persendirian. Tapi syaratnya adik kena berumur 18 tahun bagi mereka yang tiada PMR. 

Tapi adik hanya boleh mendaftar dan menduduki SPM Persendirian pada tahun hadapan. Ini kerana pendaftaran untuk tahun ini sudah ditutup. 

Apa-apapun abe tabik hormat dengan adik. Walaupun adik OKU, tapi adik dah ada niat dan azam untuk mengubah masa depan adik. Abe harap adik kekalkan niat dan azam adik tu sampailah adik berjaya kelak. Adik tinggal tunggu untuk bertindak sahaja. Saranan abe buat adik adalah buat persediaan dari sekarang. Kemudian, tahun hadapan adik cuba daftarkan diri untuk SPM Persendirian. Bila tiba masanya adik buktikanlah pada mereka yang sering menghina adik tu. Walaupun adik OKU, adikpun boleh berjaya seperti orang normal. 

Jika adik ada masalah lain kelak. Jangan segan silu untuk bertanya dengan abe ya. In syaa Allah abe akan cuba sedaya upaya abe untuk membantu adik.

Akhir kata dariKu..

Saya berharap sangat kita sebagai orang normal ni berilah sedikit rasa hormat kepada mereka yang bergelar OKU ni. Mereka pun manusia biasa seperti kita yang memerlukan sokongan dan kasih sayang.

Janganlah hanya kerana mereka itu kurang sifatnya. Maka kita mendabik dada dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Sebagai orang yang normal sifatnya, kita harus ada sifat belas kasihan kepada mereka. Kita seharusnya membantu mereka meneruskan perjuangan dalam liku-liku kehidupan dan bukannya merendah-rendahkan serta menghina mereka yang kurang upaya.

Mungkin hari ini kita merasa bangga dengan kesempurnaan diri yang tiada cacat celanya. Tapi harus diingat, esok, lusa, tulat, dan akan datang. Mungkin kita yang normal ini pun boleh menjadi seperti mereka. Kerana bila Allah menunjukkan kekuasaannya, siapalah kita untuk menghalang apa dugaan dan cabaran yang akan diberi kelak kepada kita.

Setiap perbuatan kita dimuka Bumi ini pasti akan ada ganjarannya kelak. Cuma bezanya kita tidak tahu bila masanya kita akan menerima ganjaran tersebut dan kita juga tidak tahu apa jenis ganjaran yang bakal diterima. 

Suka ataupun tidak, dalam kehidupan fana ini. Kita haruslah menerima apa sahaja tanpa mempertikaikannya.
{ 0 ♥ comment }

Special Coaching For SPMU Candidate

April 4, 2013

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca dan followers Sembang Cyber. Beberapa hari yang lalu. M'Rie telah mendapat info untuk "Kelas Khas SPMU untuk Kertas Matematik dan Bahasa Melayu" daripada Pusat Tuisyen Kesuma. Dibawah ni adalah info yang telah ditinggalkan oleh pihak Kesuma diruangan komen blog Sembang Cyber.
Bagi Calon yang perlukan bimbingan/coaching untuk BM/Math seeloknya dapatkan pusat-pusat tuisyen yang menawarkan kumpulan khas. Maknanya kelas tersebut terdiri daripada pelajar-pelajar yang akan mengambil SPM-U sahaja agar tumpuan adalah ditahap maksimum.

Kepada calon-calon di Lembah Klang atau berdekatan dengan Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, Setapak KL anda boleh la mendaftar untuk kelas “coaching” atau bimbingan khas di Pusat Tuisyen Kesuma (terhad kepada purata 25 orang/kelas – kami buka 2 kelas sahaj), No. 23& 23A, Jln 6/23E, Taman Danau Kota, Off Jln Genting Klang, Setapak 53300 KL. Sila hubungi 03-40221232 atau sms 012-2385662 (Cikgu Naza) atau www.ptkesuma.blogspot.com.

Kami sedia membantu anda dengan pengalaman yang kami ada. Kami telah beroperasi selama 16 tahun di pasaran. Kami juga adalah Pusat Tuisyen Bertauliah (JPWP 388) daripada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, KL (JPWP-KL)
Jadi kepada mana-mana individu yang sudah mendaftar untuk SPMU, M'Rie sarankan anda menyertai kelas khas tersebut. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu anda untuk tampil lebih yakin bila tiba masanya untuk menjawab kertas peperiksaan SPMU kelak.
{ 0 ♥ comment }

FAQ SPM(U) dan Persendirian (MAC01/2013)

March 2, 2013

4 Persoalan Yang Terpilih:

Q1: Saya ingin bertanya adakah selepas menduduki SPM Persendirian, saya boleh mohon untuk masuk universiti? Saya berumur 17 tahun tapi saya ada problem sikit dengan sekolah jadi saya ni mengambil science stream, jadi bolehkah saya mengambil subjek science dalam spm persendirian?

Q2: Saya ingin bertanya sesuatu kepada saudara. Kalau saya ambil SPM Ulangan bagi tahun 2013 bulan julai nanti, maksudnya, saya tak boleh masuk ke universiti? tak boleh masuk ke ipta? tak boleh masuk ke politeknik? Bilakah keputusan spm ulangan akan keluar? Jadi, saya kena menganggur setahun? Tak boleh masuk belajar ke mana-mana?

Q3: Result SPM Ulangan nih boleh guna time apply UITM ke?

Q4: Assalamualaikum, lagi satu. result subjek selain BM dan Math contoh macam prinsip perakaunan akan keluar bila? bulan March ke?

Jawapan Dari Kementerian Pelajaran Malaysia:

Ruj. Kami : KP.LP.001.03.01.2 Jld. 5 (1.2/     )
Tarikh : 28 Februari 2013

Tuan/Puan,

KES 28316.001217 : Persoalan berkaitan SPMU dan Persendirian

Saya dengan hormatnya diarah merujuk kepada kes tuan/puan.

2.    Secara umumnya, SPM Persendirian dan SPM(U) ditawarkan kepada calon yang ingin menambahbaik keputusan peperiksaan. Walau bagaimanapun, keputusan peperiksaan yang diulang tidak akan dicampur dalam keputusan peperiksaan yang terdahulu.

3.   Berikut ialah maklum balas kepada pertanyaan tuan/puan;
        
Pertanyaan 1:
Syarat kemasukan universiti perlu dirujuk kepada Kementerian Pengajian   Tinggi. Calon yang mengambil aliran sains yang mendaftar dua daripada kertas peperiksaan iaitu Physics, Chemistry dan Biology hendaklah menggugurkan kertas peperiksaan Science (1511). Sila rujuk guru sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri yang berhampiran.

Pertanyaan 2:
Keputusan peperiksaan diumumkan 3 bulan selepas peperiksaan. Tarikh keputusan akan dimaklumkan kepada awam melalui media.

Pertanyaan 3:
Keputusan SPM(U) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan adalah keputusan rasmi. Sila rujuk Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendaftar kemasukan universiti.

Pertanyaan 4:
Subjek yang ditawarkan untuk SPM(U) ialah Bahasa Melayu dan Matematik manakala SPM calon persendirian pula semua subjek SPM termasuk Bahasa Melayu dan Matematik. Sila rujuk www.moe.gov.my/lp untuk semakan senarai subjek yang ditawarkan. Keputusan SPM calon persendirian akan diumumkan kebiasaannya pada bulan Mac. Pemberitahuan tarikh keputusan peperiksaan secara rasmi akan dihebah melalui media.
 
Sekian, terima kasih. 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

Saya yang menurut perintah,

t.t
Hjh. Noriza binti Mohd Noor
Pegawai Penyelaras Aduan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia 
{ 2 ♥ comment }

Pendaftaran SPM dan SPM(U) 2013

March 1, 2013

SPM(U) 2013
MAKLUMAN PENDAFTARAN SPM DAN SPM(U) TAHUN 2013 | Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran SPM dan SPM Ulangan telah dibuka bermula 1 March 2013 sehingga 31 March 2013.

Pendaftaran hendaklah dibuat di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri yang berhampiran dengan anda. Permohonan dan maklumat lanjut boleh dimuat turun melalui laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia

Calon diingatkan untuk mendaftar mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Pendaftaran yang lewat tidak akan dilayan. Tiada sebarang pengecualian. Pendaftaran boleh dibuat dimana-mana Jabatan Pelajaran Negeri berhampiran.

Nota: Sebelum bertanya sebarang soalan. Sila baca artikel yang berkaitan terlebih dahulu DI SINI.
{ 0 ♥ comment }

FAQ SPM Ulangan dan Persendirian (FEB06/2013)

February 6, 2013

FAQ SPM Ulangan dan Persendirian (FEB06/2013) | Sejak kebelakangan ini blog Sembang Cyber.com telah menerima beberapa persoalan berkaitan SPMU (Ulangan) dan SPMP (Persendirian) diruangan komen beberapa artikel yang berkaitan. Tapi saya tiada jawapan kepada persoalan tersebut. Lantas saya mengajukan persoalan tersebut kepada pihak "Kementerian Pelajaran Malaysia", dan saya telahpun memperoleh jawapan kepada persoalan tersebut.

Dibawah ini adalah 7 soalan yang terpilih dan saya ajukan kepada pihak "Kementerian Pelajaran Malaysia" yang bertarikh 5 Februari 2013.

7 Persoalan Yang Terpilih:

Q1: Bolehkah individu yang sudah pernah menduduki SPM. Menambah subjek lain seperti biologi, kimia, fizik dan lain-lain. Dan jika boleh, adakah individu tersebut tergolong dalam kategori persendirian ataupun ulangan?

Q2: Saya telah mengambil 7 subjek SPM pada bulan November. Apakah saya boleh menambah 2 subjek lagi pada bulan julai?

Q3: Saya nak tanya bolehkah saya mengambil SPM? umur saya 37 tahun. Saya pernah ambil SRP tapi dpt SAP dan surat SAP dah hilang. Saya pernah masuk sekolah vokasional di JB. Saya tak teruskan hanya bersekolah sampai tingkatan 4 aje. Bolehkah saya mengambil peperiksaan SPM? Kalau saya boleh ambil peperiksaan SPM, apa yang perlu saya buat untuk ambil peperiksaan SPM? 

Q4: Hi, saya sebenarnya telah berhenti sekolah pada tahun 2010, ketika itu saya berada di tingkatan 4 dan saya pernah mengambil SPM Calon Persendirian untuk pertama kali pada tahun 2011, tetapi malangnya saya tidak dapat menghadirkan diri atas masalah yang tidak dapat dielak. Pada tahun ini saya hendak mengambil SPM semula. Peperiksaan apa yang saya patut ikut. spm atau spm u? 

Q5: I am 51 years old. Sat for my SPM MCE during those days in 1979. Any chances of sitting for these 3 subjects Physics, Biology and Chemistry. For your information, i just want to improve my grades. 

Q6: Hello, saya sudah ada sijil spm tahun 2006 subjek akaun dan sastera... tahun 2013, saya berhasrat nak mengambil hanya 4 subjek sains bio,fizik,kimia,add math... bolehkah saya hanya mengambil paper itu sahaja dan macam mana saya nak apply? calon persendirian atau calon ulangan?

Jawapan Dari Kementerian Pelajaran Malaysia:

Tarikh: 6 Februari 2013

Tuan/Puan,

KES 28316.000951 : SPM Ulangan/Persendirian

Saya dengan hormatnya diarah merujuk kepada kes tuan/puan.

2.    Berikut adalah maklum balas kepada pertanyaan yang diajukan:

Pertanyaan 1 dan 2:

Tuan/Puan boleh mengambil peperiksaan SPM subjek biologi, kimia, fizik dan lain-lain subjek sebagai calon persendirian. 

Peperiksaan SPM (Ulangan) hanya menawarkan subjek Bahasa Melayu dan Matematik sahaja pada bulan Jun.

Pertanyaan 3, 4, 5 dan 6:

Tuan/Puan boleh mendaftar sebagai calon persendirian peperiksaan SPM dan berurusan terus dengan Jabatan Pelajaran Negeri. 

Tuan/puan diwajibkan mendaftar enam (6) mata pelajaran teras jika tuan/puan adalah pertama kali mendaftar untuk peperiksaan SPM. Jika tuan/puan pernah menduduki peperiksaan SPM, tuan/puan boleh memilih apa-apa mata pelajaran yang dikehendaki.

Permohonan pendaftaran peperiksaan SPM dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac 2013 di mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri.

Untuk maklumat lanjut sila layari portal Lembaga Peperiksaan.

Sekian, terima kasih. 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

Saya yang menurut perintah,

Hjh. Noriza binti Mohd Noor
Pegawai Penyelaras Aduan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia

PERHATIAN buat semua pembaca yang bakal mengajukan soalan berkaitan isu SPM Ulangan mahupun Persendirian. Di sini saya ingin maklumkan, bahawa saya bukanlah staff KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ataupun staff JABATAN PELAJARAN NEGERI ataupun staff LEMBAGA PEPERIKSAAN KPM. Artikel yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan rujukan daripada pihak yang berkaitan. Jadi saya minta maaf andai ada persoalan anda yang lambat dibalas. Ini kerana saya mengambil masa untuk mendapatkan maklumat dari pihak yang berkaitan.
{ 0 ♥ comment }

Lokasi Pilihan Untuk Mendaftar SPM Ulangan dan Persendirian

January 17, 2013

Hari ni aku nak kongsikan 3 lokasi yang aku tahu. Di mana para individu yang ingin mendaftar SPM Persendirian mahupun SPM Ulangan pada tahun 2013 yang mana pendaftarannya akan dibuka tidak lama lagi.

Buat masa ini aku hanya mampu kongsikan 3 sahaja. Ini kerana hanya 3 tempat ini sahaja yang aku tahu. Kalau ada yang tahu tempat-tempat lain yang menyediakan khidmat pendaftaran SPM Persendirian dan Ulangan. Bolehlah kongsikan diruangan komen dan In Syaa Allah saya akan update untuk artikel yang seterusnya.

Akademi Harapan, Banting, Selangor.

Ditubuhkan pada 24 Ogos 2009. Sebelum ini Akademi Harapan dikenali sebagai Institut Harapan dan bertukar nama (re-branding) kepada Akademi Harapan pada 24 Ogos 2009.

Antara khidmat yang disediakan adalah:
  • Kelas Tuisyen PMR dan SPM.
  • Kelas Komputer.
  • Kursus Bahasa.
  • Pendaftaran SPM Ulangan dan Persendirian.
Nama Institut: Akademi Harapan
Alamat: No.B-2-28, Jalan Bunga Pekan 9, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-3187 971 / 016-3328 190
Fax: 03-3181 4125
E-Mail: admin@akademiharapan.com / akademiharapan@gmail.com

Akademi Harapan adalah tempat dimana saya mendaftar SPM Persendirian 2006 dan Ulangan 2011. Bagi sesiapa yang hendak mendaftar di sini. Silalah berhubung melalui info yang diberikan diatas.

Di Akademi Harapan, tiada kelas khas untuk calon SPM Persendirian mahupun Ulangan melainkan anda mengambil kelas tuisyen sebagai inisiatif (ini berdasarkan pengalaman saya semasa mendaftar SPM Persendirian 2006, tapi sekarang saya tidak pasti samada ada kelas khas ataupun tidak).

Maktab Adabi, Pahang.

Okay ni adalah maktab yang sering di promote di bahagian komen blog aku ni. Jadi aku pun kasihan pada tuan punya komen yang dah komen 3 kali tapi aku masih tak approve komennya tu. Bukan niat aku tak nak approve. Cuma pada aku, lebih baik aku buat artikel dan sebarkan sebagai info berbanding info tersebut terselit dibahagian komen sahaja.

Nama Institut: Maktab Adabi Pahang.
Alamat: Batu 4 Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
No. Tel Pejabat: +609-5366 413
Extra Phone Number: +6013-907 7600 (En.Ismail)
  • Kelas sepenuh masa disdiakan.
  • Tidak mengira umur dan kelayakan.
  • 17 tahun ke atas, mereka yang berumur 16 tahun boleh masuk kelas tingkatan 4 terlebih dahulu.
Setakat ini. Itu sahaja info yang boleh aku beri. Kerana itu sahaja info yang diberi di dalam komen oleh si tukang komen. Kalau nak info lanjut, sila rujuk maklumat yang diberikan.

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Aku recommend kepada sesiapa yang nak mendaftar sebagai calon SPM Persendirian mahupun SPM Ulangan, anda disarankan mendaftar di mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri yang berhampiran dengan anda. Kerana pada aku Jabatan Pelajaran Negeri adalah tempat yang paling sesuai untuk anda mendaftar SPM Persendirian / Ulangan.

Antara sebab musababnya adalah;
  1. Menjimatkan kos tanpa perlu menanggung kos tambahan yang dikenakan oleh pihak ke 3.
  2. Lebih menyakinkan dan mengelakkan kita dari tertipu/ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
  3. Memperoleh maklumat yang telus dan dipercayai.
Nota: Senarai diatas adalah berdasarkan maklumat yang saya tahu sahaja. Lokasi di Negeri lain mahupun daerah lain itu tiada dalam pengetahuan saya. Melainkan ada pihak yang sudi untuk berkongsi maklumat dengan saya.
{ 0 ♥ comment }

FAQ SPM Ulangan (Part 1)

November 20, 2012

Kali ini saya ingin berkongsikan 1001 persoalan berkaitan SPM Ulangan. Ini adalah rentetan maklum balas yang diterima di bahagian komen artikel berkaitan SPM Persendirian terdapat persoalan berkaitan SPM Ulangan. Jadi saya berbesar hati akan memberikan jawapan yang terbaik yang boleh saya berikan.

Tetapi jika jawapan yang diberi itu tidak dapat memuaskan hati si penanya. Itu saya tidak boleh buat apa lah kan. Ini kerana saya hanya menjawab berdasarkan pengalaman saya sahaja. Kerana saya bukan bekerja dengan JPN (Jab. Pelajaran Negeri).

Insyallah setiap persoalan yang dikemukakan di ruangan komen mahupun e-mail, akan saya jadikan artikel untuk dijadikan rujukan buat para si pencari maklumat yang berkaitan.

Hanya Ada Sijil SAP

Assalammualaikum... Nama saya Helmy. Pada tahun 1995, saya telah menduduki peperiksaan SPM. Saya gagal dalam exam tersebut, hanya mendapat sijil SAP saja. Kini, saya berusia 34 tahun, salah seorang kakitangan kerajaan gred rendah. Malangnya, dengan hanya sijil SAP yang saya ada, saya sukar untuk pergi ke jawatan atau gred yang lebih tinggi. Saya berhajat sangat untuk mengambil semula peperiksaan SPM tetapi saya tak tahu bagai mana... Paper Julai? SPM ulangan? calon persendirian? Saya tak tahu yang mana satu dan saya buntu? Carian di google masih tak dapat memberi jawapan yang tepat pada saya. Harap dapat beri saya nasihat dan tunjuk ajar....
Waalaikumussalam, Sijil SAP tu sijil apa ya ? 

By the way awak boleh mendaftar SPM Ulangan sesi November jika anda ingin mengulang kesemua subjek yang pernah awak ambil. Awak hanya perlu mendaftar secara online di laman web Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk itu anda boleh rujuk di sini:
  1. Manual Pengguna Portal Pendaftaran.
  2. Portal Pendaftaran.
Jika awak masih keliru dengan info di sini. Saya sarankan anda bertanya secara terus dengan mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri yang berdekatan dengan anda. Ini kerana saya tidak berapa pasti dengan prosedur pendaftaran SPM Ulangan secaran online. Ini kerana semasa saya mendaftar dulu, saya menggunakan khidmat pihak ke-3 iaitu Pusat Kemahiran MLVK di tempat saya.

Tidak Hadir Semasa Peperiksaan.

Saya pernah mendaftar spm ulangan pada tahun 2011, tapi saya tak hadir peperiksaan sebab pusat peperiksaan berbeza dengan pilihan saya, lagi pun pusat peperiksaan yang dibagi pada saya agak jauh dan susah nak pergi.. saya dah inform tapi pihak pelajaran negeri tak buat apa-apa pun.. so saya pun tak ambil exam...saya tak inform pun saya tak hadir, persoalannya... boleh ke saya ambil semula exam ulangan pada tahun hadapan ? tak ada tindakan apa-apa ker sebab saya tak hadir pada 2011?
Okay di sini apa yang saya lihat awak hanya sekadar memaklumkan kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri, tapi awak tidak menulis surat permohonan untuk menukar pusat peperiksaan awak. Di sini kesalahan tersebut bukan terletak pada Jabatan Pelajaran Negeri tetapi ianya adalah kesilapan anda sendiri. Sepatutnya anda menulis dan menghantar surat permohonan untuk menukar pusat peperiksaan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri.

Berkaitan awak diberi pusat peperiksaan bukan pilihan anda, kemungkinan besar pusat peperiksaan yang anda pilih telah penuh quotanya. Maka pihak JPN akan menempatkan anda mengikut kekosongan quota. Rasanya tiada masalah untuk awak mengulang pada tahun hadapan dan tiada tindakan yang akan dikenakan.

Nasihat saya.. selepas ini pergi sahaja menduduki peperiksaan seandainya awak tidak ditempatkan di pusat peperiksaan yang anda pilih. Kerana agak membazir bila anda sudah membayar yuran peperiksan, tetapi awak tidak hadir.

Mengulang Subjek Tertentu Sahaja.

salam , saya izan .. nak tanya , bole tak kita amik kertas ulangan untuk subjek yg kita gagal sahaja ? contohnya kimia dan fizik SAHAJA ?
Ya anda boleh memilih untuk mengulang hanya subjek yang gagal sahaja. Tapi bergantung kepada subjek apa yang anda nak mengulang.

Seandainya awak ingin mengulang subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Awak boleh pilih untuk mengulang pada sesi Julai ataupun sesi November. Tetapi jika awak ingin mengulang selain dari 2 subjek berkenaan, awak hanya boleh mengulang pada sesi November sahaja.

Keputusan Kurang Cemerlang Nak Ulang Boleh Ke?

Saya berumur 34 tahun. Saya pernah menduduki peperiksaan SPM, tapi keputusan sangat2 kurang cemerlang. Bolehkah saya menduduki peperiksaan sekali lagi ? Apa yang harus saya lakukan ? Perlukah Tuition untuk semua subjek ? Berapa lama tempoh dari study hingga SPM Persendirian? .harap membantu.kasih
Ya anda boleh menduduki peperiksaan SPM sebagai Calon Ulangan dan anda perlu mendaftar secara online di laman sesawang Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia

Perlu mengambil kelas tuisyen atau tidak itu bergantung kepada anda sendiri. Jika anda mampu mengulangkaji sendiri, tak perlu pergi tuisyen pun. Tapi kalau awak dah lama tak bersekolah, rasanya elok awak mengambil inisiatif yang sepatutnya dengan pergi menghadiri kelas tuisyen.

Berapa lama tempoh study adalah bergantung kepada pilihan sesi peperiksaan anda. Jika anda mengulang pada sesi Julai maka tempoh yang anda ada hanyalah sekitar 5-6 bulan sahaja dan jika awak mengulang pada sesi November, tempoh study anda lebih kurang 10 bulan (dalam erti kata lain sama seperti calon sekolah, ini kerana anda akan menduduki peperiksaan sama seperti calon sekolah).

By the way awak bukan calon persendirian, tetapi awak adalah calon ulangan.

Daftar Dulu Atau Study Dulu.

Apa perlu saya lakukan untuk spm ulangan...Daftar dulu atau study/tuition dulu ? Sebab saya tak confident untuk exam.. Kalau exam adakah diletakkan bersama-sama pelajar yang lain ?
Untuk SPM Ulangan 2013. Pendaftaran belum dibuka. Pendaftaran hanya akan dibuka sekitar Februari - March 2013. Jadi awak boleh sahaja membuat persediaan dari sekarang dengan mengambil kelas tuisyen, tetapi ianya adalah keputusan anda sendiri. Jika subjek yang anda ingin ulang tidak susah, tak perlu ambil tuisyen pun tak per.

Kalau awak tak confident untuk ambil exam. Saya sarankan awak mengulang pada sesi November, ini bertujuan untuk memberikan anda lebih masa untuk mengulangkaji. Elakkan mengambil exam sesi Julai.

Tidak, awak akan ditempatkan bersama calon SPM Persendirian dan Ulangan sahaja. Awak tidak akan dicampurkan dengan calon sekolah.
{ 13 ♥ comment }

Nenek 55 Tahun Menduduki Peperiksaan SPM Persendirian

November 7, 2012

Wow mesti anda semua terperanjatkan. Nenek bercucu 3 dan berumur 55 tahun menduduki peperiksaan SPM 2012. Dahsyatkan nenek tu...
YAN: "Selepas hampir 40 tahun menunggu, akhirnya saya berpeluang merasai detik yang lama diimpikan itu." Kata Hasanah Abdullah, 55, seorang calon persendirian SPM 2012. via story: 40 Tahun Bersabar - Harian Metro 6 Nov 2012.
Sebenarnya aku tak pelik pun dengan berita yang aku baca semalam di akhbar Harian Metro bertarikh 6 November 2012. Ini kerana semasa aku mengambil SPM Persendirian pada tahun 2006. Ada juga nenek berusia 50 tahun mengambil SPM Persendirian bersama cucunya.

Nenek Power Tengah Jawab Paper
SPM 2012
Pada aku fenomena seperti itu bagus. Terutamanya kepada masyarakat Malaysia yang sudah mula sedar bertapa pentingnya pelajaran itu. Nak-nak lagi mereka yang tergolong didalam "Golongan Yang Tercicir Dalam Pelajaran".

Aku dulu pun masa ambil SPM Persendirian. Umur aku 19 tahun. Jangan ditanya kenapa, kerana aku ada sebab yang tersendiri dan rasanya tak perlulah aku ceritakan pada kamu semuakan. Cukuplah sekadar aku memberikan info berkaitan SPM Persendirian dimana masih ramai lagi di luar sana yang tidak tahu bahawa mereka masih boleh merubah kehidupan mereka dengan mengambil peperiksaan SPM sebagai "Calon Persendirian".

Sebenarnya tiada had umur pun kalau nak ambil SPM sebagai Calon Persendirian. Asalkan anda ada niat untuk mengambilnya. Ramai di luar sana yang takut nak ambil SPM Persendirian disebabkan faktor umur. Sedangkan umur bukanlah penghalang kepada apa yang kita mahukan. Tetapi penghalang utama adalah "PERASAAN TAKUT ataupun MALU".

Buat apa nak takut dan malu ?

Bukannya kita buat salah dan kita tak menyusahkan orang sekeliling kita pun. Lagipun tindakan yang kita ambil itu akan mempengaruhi kehidupan kita kelak. Jangan dah terlambat baru nak menyesal. Waktu tu nak menyesal pun dah tak berguna lagi. Nasihat aku:
Jangan terlalu memikirkan apa yang orang lain fikir tentang apa yang kita mahu lakukan demi merubah kehidupan di masa hadapan. Kerana apa yang dilakukan itu adalah keputusan yang melibatkan masa depan kita sendiri dan bukannya masa depan orang lain.
Apa yang membuatkan aku pelik adalah kenapa budak-budak sekarang malas nak sekolah dan mereka tak kisah pun kalau tak habis sekolah ?

Adakah ianya disebabkan oleh corak pembelajaran disekolah yang tidak pernah berubah (maksud aku cara cikgu mengajar di sekolah) ?

Maklumlah dulu masa aku sekolah dari form 1 - form 3, corak pengajaran cikgu sama jer. Sebab tu aku tiada semangat nak belajar. Aku rasa corak pengajaran cikgu-cikgu di sekolah sepatutnya diubah dengan trend kehidupan masa kini. Ianya tak bolehlah sama saban tahun.

Aku rasa itulah puncanya kenapa budak-budak sekarang ni malas nak belajar dan malas nak menamatkan persekolahan mereka. Sebab mereka jemu dengan corak pengajaran disekolah yang sama setiap tahun walaupun berbeza tingkatan dan sukatan mata pelajaran.

Ataupun ianya disebabkan oleh Mak dan Ayah yang tak kisah pun dengan apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka ?

Anda ada jawapannya ? meh lah kongsikan bersama saya diruangan komen. Mana tau apa yang dikongsikan oleh anda itu bakal dikongsikan di dalam blog ni. Siapa tau kan....
{ 0 ♥ comment }

FAQ SPM Persendirian (Part 2)

October 16, 2012

FAQ 1: Ada Sijil PMR.

Salam saya berumur 18 tahun, mempunyai Sijil PMR. Boleh ke saya menduduki SPM Calon Persendirian pada tahun hadapan 2013 ? Harap dapat membantu saya kerana saya tidak menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2011.
D'Answer Is : Waalaikumussalam.. Yes, anda boleh mendaftar untuk mengambil peperiksaan SPM Persendirian pada tahun 2013.
Saya berumur 26 tahun dan hanya menamatkan pelajaran ditingkatan 4 pada tahun 2002, saya ingin bertanya. Bagaimana jika saya ingin mengambil SPM ? adakah saya masih boleh mengambil semula peperiksaan SPM ?
D'Answer Is : Yes, anda boleh mengambil peperiksaan SPM dengan mendaftar sebagai "CALON PERSENDIRIAN" di mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri yang berdekatan dengan anda.

FAQ 2: Tiada Sijil PMR.

Hi saya mempunyai seorang kawan yang berhenti sekolah pada umur 15 kerana masalah kewangan. Dia tidak menduduki PMR, sekarang dia berumur 24 tahun, boleh dia ambil SPM persendirian 2013? macam mana prosedurnya?
D'Answer Is : Okay..kawan awak boleh mendaftar untuk mengambil peperiksaan SPM Calon Persendirian 2013. Tapi kawan awak kena make sure dia alert dengan tarikh pendaftaran dan Tarikh tutup pendaftaran SPM Calon Persendirian 2013, iaitu sekitar Jan-March 2013.

Prosedur yang paling mudah adalah, kawan anda perlu pergi ke mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri yang berhampiran dengan beliau. Dan kawan awak boleh mendapatkan maklumat lanjut disana. 

Syarat untuk calon yang tidak pernah menduduki PMR adalah berumur 18/19 tahun kalau tak silap saya. Apa-apa pun saya nasihatkan..pergi sahaja direct ke Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan kepastian & detail yang diperlukan.
Salam, saya mempunyai kawan yang nak mengambil peperiksaan SPM. Umur dia sekarang 27 tahun. Dia juga tiada sijil PMR.. Soalan saya, kalau dia nak start belajar tahun ini, perlukah dia ambil exam pada tahun ini, 2012 ? Peperiksaan ini tiap-tiap tahun ke ada ? Ada tak guru khas yang dapat mengajar mereka ini ?
D'Answer Is : Waalaikumussalam, Kawan awak tu boleh jer start belajar dari sekarang. Tapi EXAMnya bukan pada tahun ni lah. Tapi tahun depan. Melainkan dia telah daftar untuk menduduki exam SPM untuk 2012.

Berkenaan Guru Khas tu pula. Kawan awak boleh jer mengambil kelas tuisyen SPM seperti mana calon SPM sekolah lakukan. Tapi kawan awak tu akan berasa kekok lah sedikit dengan calon sekolah. Ataupun kawan awak tu boleh jer mengambil "HOME TUITION CLASS" di mana guru tuisyen datang ke rumah. Bagi jenis tuisyen yang macam tu. kalau tak silap saya kawan awak boleh cuba dapatkan khidmat "HOME TUITION TEACHER" di laman web mudah.my.

Selain dari itu, kawan awak boleh juga belajar sendiri jika dia berkemampuan untuk study sendiri. sebab macam saya pun. saya cuma mengambil kelas tuisyen selama 6 bulan jer. lepas tu saya study sendiri. Alhamdulillah saya cuma gagal 1 subjek sahaja...iaitu subjek matematik. Pada saya seelok-eloknya kawan awak menggunakan khidmat guru tuisyen ataupun pusat tuisyen untuk study. dan digalakkan untuk subjek-subjek yang sukar. seperti Matematik dan mana-mana subjek yang rakan awak rasakan sukar untuk dia lulus.

Peperiksaan SPM Persendirian ada setiap tahun, kerana ianya dijalan sama masa dengan SPM Calon Sekolah. Yang membezakannya adalah dewan peperiksaan sahaja berasingan dari calon sekolah.
Assalamualaikum..saya berumur 29 tahun dan saya bercadang nak ambil SPM Persendirian pada tahun 2013. Masalahnya saya tak pernah menduduki exam PMR di sebabkan kesempitan hidup masa dulu. So bolehkah saya ambil SPM Persendirian kalau tak pernah exam PMR ?
D'Answer Is : Waalaikumussalam, Ya anda boleh jer mengambil SPM Persendirian dengan mendaftar di mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri yang berdekatan dengan anda.

FAQ 3: Subjek Tambahan.

Saya berusia 23 tahun. Tahun depan saya akan memohon untuk SPM Persendirian. Saya nak pastikan, boleh tak kalau saya ambil 1 sahaja subjek tambahan (Prinsip Perakaunan). Jadi semua subjek yang saya ambik ialah 7 termasuk yang wajib. macam mane ye?
D'Answer Is : Yes, anda boleh jer memilih untuk mendaftar 1 sahaja subjek tambahan. Ini kerana bilangan subjek yang wajib anda ambil adalah 6. Subjek tambahan itu hanya sekadar pilihan sahaja.

FAQ 4: Kelayakan Untuk Memperoleh Sijil SPM.

As Salam..untuk layak dapat sijil SPM, adakah wajib semua lulus? saya tak yakin boleh jawab Matematik dan BI dengan baik. Saya akan menduduki exam SPM bulan 11 nanti..umur dah 28 tahun. last sekolah sampai darjah 6 je.
D'Answer Is : Waalaikumussalam, Untuk memperoleh Sijil SPM. Jika tidak silap saya. Anda harus LULUS subjek Bahasa Melayu. Tapi tak tahulahkan kalau Kementerian Pelajaran dah tukar syarat ataupun masih lagi sama.
Please Take Note : Sila rujuk kepada artikel yang berkaitan jika terdapat soalan/persoalan. Jika terdapat sebarang kemusykilan. Sila hantar e-mail melalui "E-MAIL US".
{ 14 ♥ comment }

Kelayakan Memperoleh Sijil SPM

October 15, 2012

Hari ni aku nak menjawab soalan yang di ajukan oleh salah seorang pengunjung blog SembangCyber berkaitan "Kelayakan Untuk Memperoleh Sijil SPM" bagi calon persendirian. Soalan ini diajukan oleh saudara Destinyruzz.
Assalamualaikum..untuk layak mendapat sijil spm adakah wajib lulus semua subjek? saya tak yakin boleh jawab matematik dan Bahasa Inggeris dengan baik. saya akan menduduki exam spm bulan 11 nanti..umur dah 28 tahun. last sekolah sampai darjah 6 je.
Tahniah saya ucapkan buat saudara destinyruzz kerana berani bertanya soalan seperti di atas. Bukan semua orang mahu bertanya bila mereka ada persoalan yang berkaitan dengan SPM Calon Persendirian ni. 

Cuma kebelakangan ni sahaja. Artikel berkaitan SPM Persendirian mendapat sambutan diruangan komen. Kebanyakkannya ragu-ragu hendak bertanya.

Okay, berbalik kepada jwapan yang dikehendaki. Untuk memperoleh Sijil SPM. Kalau tidak silap saya, anda harus lulus subjek Bahasa Melayu. Barulah anda layak untuk memperoleh Sijil SPM. Tapi saya tak pastilah sama ada syarat kelayakan untuk memperoleh Sijil SPM itu telah diubah oleh Kementerian Pelajaran ataupun masih sama.

Untuk pengetahuan anda semua. Saya pun tak lulus subjek Matematik tu. Saya dapat 9G, kira failed la tu. Tapi saya layak memperoleh Sijil SPM. Bahkan saya dah sambung belajar ke Kolej Komuniti dengan menggunakan Sijil SPM yang saya perolehi tu.
{ 0 ♥ comment }

FAQ SPM Persendirian (Part 1)

July 8, 2012

Perlu ke mengambil kelas tuisyen?

Persoalan ini sering bermain di minda para calon SPM Persendirian. Di mana mereka sering tertanya-tanya, perlu ke ambil kelas tuisyen?

Sebenarnya ianya adalah pilihan sahaja. Ianya tidak wajib pun. Terpulang kepada calon, sama ada mereka ingin mengambil kelas tuisyen atau pun tak.

Ini kerana bukan semua mampu belajar sendiri. Tapi dinasihatkan buat mereka yang dah lama meninggalkan alam persekolahan. Anda dinasihatkan untuk mengambil kelas tuisyen. Ini adalah untuk mengelakkan anda "Blurr" ketika anda ingin menjawab kertas peperiksaan. Al maklumlah peperiksaan zaman sekarang tak sama dengan peperiksaan zaman dulu.

Bagaimana & Di mana nak mendapatkan Sijil SPM Persendirian?

Sijil SPM Persendirian yang "ORIGINAL" boleh dituntut di Jabatan Pelajaran Negeri pada akhir tahun keputusan SPM dikeluarkan.

Contoh: Jika anda mengambil peperiksaan pada November 2011. Maka keputusan peperiksaan akan dikeluarkan pada Januari - March tahun berikutnya iaitu 2012. Tapi pada waktu itu anda hanya akan memperolehi Slip Keputusan SPM sahaja.

Sijil ORIGINAL hanya boleh dituntut pada penghujung tahun 2012.

Apa jadi jika saya tidak menghadiri peperiksaan?

Ianya mudah sahaja. Anda tidak hadir pada hari peperiksaan. Maka anda dikira "GAGAL" bagi keseluruhan peperiksaan. Bila dah gagal, maka anda perlu mengucapkan TAHNIAH pada diri anda diri sendiri kerana anda telah pun "KERUGIAN".

Maksudnya anda telah rugi dari segi:
  • Wang ringgit yang telah anda laburkan (yuran peperiksaan, yuran tuisyen, buku-buku rujukan, & lain-lain kos lagi).
  • Masa - yalah anda telah membuang masa dengan pergi kelas tuisyen. Lepas tu anda tidak hadirkan diri pada hari peperiksaan. Jadi anda telah membuang masa membuat sesuatu yang sepatutnya anda buat.

Apa jadi kalau saya tidak hadir pada Ujian Lisan?

Sama sahaja seperti persoalan diatas. Anda akan dikira "GAGAL" bagi subjek yang berkaitan dengan Ujian Lisan.

Kebiasaannya calon yang tidak hadir pada sesi Ujian Lisan adalah disebabkan Pusat Peperikssaan yang jauh dari tempat tinggal. Tapi sebenarnya calon boleh menukar Pusat Peperiksaan yang berdekatan dengan mereka sebelum tarikh peperiksaan. Jangan tunggu disaat-saat akhir, kerana Jabatan Pelajaran Negeri tidak akan membenarkannya.

Pastikan anda "alert" dengan tarikh Ujian Lisan.

Etika pakaian.

Pakaian ketika menghadiri peperiksaan adalah FORMAL. Kebiasaannya calon lelaki memakai baju kemeja ataupun T-Shirt berkolar dan berseluar slack. Manakala calon wanita pula digalakkan memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan.
Anda harus ingat. Anda datang untuk menjawab kertas peperiksaan. Bukan datang untuk tayang "BODY".
Wajib memakai kasut tidak kira lelaki mahupun wanita. Dilarang memakai selipar/sandal. Pakain "JEANS TYPE" juga dilarang sama sekali.

Senarai sekolah SPM Persendirian.

Sebenarnya tiada sekolah khusus buat calon SPM Persendirian. Ini kerana calon akan ditempatkan di mana-mana sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal calon (tempat tinggal terkini).

Namun ianya bukan mandatori. Di mana calon masih boleh memohon untuk menukar Pusat Peperiksaan dengan mengemukakan "Surat Tunjuk Sebab" kepada "Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri" masing-masing.
{ 0 ♥ comment }

SPM Persendirian

May 22, 2012

SPM Persendirian merupakan peperiksaan awam yang lebih kurang sama sahaja dengan Sijil Pelajaran Malaysia (Calon Sekolah). Apa yang membezakan diantara keduanya adalah SPM Persendirian ini bukan untuk calon sekolah. Ianya lebih kepada "PRIVATE CANDIDATE".

Perlaksanaannya pun boleh dikatakan berbeza. Ini kerana calon SPM Persendirian tidak perlu menduduki SPM Percubaan. 

Apa itu SPM Persendirian?

SPM Persendirian merupakan peperiksaan yang di khususkan buat mereka-mereka yang tidak pernah menduduki peperiksaan SPM. Dalam erti kata lain, ianya lebih tertumpu kepada individu yang tercicir dari alam persekolahan atas sebab-sebab tertentu.

Kebiasaannya, peperiksaan SPM Persendirian dijalankan serentak dengan SPM bagi calon sekolah. Tetapi mereka akan diletakkan di dalam dewan peperiksaan yang berasingan dari calon sekolah.

Siapa calon SPM Persendirian?

Calon-calon SPM Persendirian kebiasaannya terdiri daripada:
  1. Individu yang tidak menamatkan persekolahan sehinggan Tingkatan 5. Kebiasaannya individu yang berhenti sekolah selepas PMR (Tingkatan 3).
  2. Individu yang tidak pernah bersekolah (Tercicir dari arus pendidikan). Kebiasaannya individu yang tergolong dalam golongan ini biasanya hidup dalam keluarga yang susah.
  3. Pelajar-pelajar sekolah swasta & Maahad Tahfiz.
  4. Individu yang dibuang sekolah dan tidak dapat menamatkan persekolah sehingga ke Tingkatan 5.

Bagaimana & di mana nak daftar?

Jika anda berminat untuk mengambil peperiksaan SPM Persendirian. Anda boleh mendaftar secara dalam talian (online) di laman sesawang Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selain dari itu. Anda juga boleh mendaftar di Jabatan Pelajaran Negeri di mana anda tinggal. Saya mengesyorkan anda mendaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri secara langsung. Ini kerana ianya dapat menjimatkan kos. Berbanding jika anda mendaftar dengan pihak ke 3 (Pusat Tuisyen / Institut Kemahiran), kerana kebiasaannya pihak ke 3 ini akan mengenakan bayaran tambahan.

Berapa perlu bayar?

Jumlah yuran peperiksaan bergantung kepada jumlah subjek yang anda ambil. Banyak subjek maka jumlah yang perlu dibayar pun besar. Tapi kebiasaannya calon Persendirian digalakkan mengambil 6 subjek utama. Kos Yuran adalah dalam RM200-RM300 (anggaran sahaja, sebab saya dah lupa).

Senarai Subjek:

Subjek Utama:
  1. Bahasa Melayu.
  2. Bahasa Inggeris.
  3. Pendidikan Islam.
  4. Sejarah.
  5. Matematik.
  6. Sains.
Subjek Tambahan:
  1. Ekonomi Asas.
  2. Perdagangan.
  3. Tassawur Islam.
  4. dll (dan lain-lain)

Syarat-syarat menduduki SPM Persendirian.

  1. Berumur 17 tahun pada tarikh peperiksaan bagi mereka yang mempunyai Sijil PMR/SRP.
  2. Berumur 18/19 tahun pada tarikh peperiksaan bagi mereka yang tiada Sijil PMR/SRP.
  3. Warganegara Malaysia yang sah.
Tiada had umur yang ditetapkan bagi menduduki peperiksaan SPM Persendirian.

Etika Pakaian ketika menduduki peperiksaan.

  1. Dilarang memakai Jeans.
  2. Baju hendaklah berkolar.
  3. Berkasut & bukannya sandle/selipar.
  4. Formal + Kasual.
  5. Menutup aurat.

Info Tambahan.

Jika anda mendapat pusat peperiksaan yang sukar untuk anda sampai ke sana. Sila buat permohonan untuk menukar pusat peperiksaan sebelum tarikh peperiksaan anda.

Anda boleh menambah & mengurangkan bilangan subjek yang diambil. Wajib mengambil 6 subjek utama seperti yang dinyatakan di atas.

Pastikan anda hadir 1 jam lebih awal sebelum peperiksaan bermula. Jangan lewat, ini bertujuan untuk mengelakkan anda daripada dilarang dari memasuki dewan peperiksaan.

Pastikan anda menge"OFF"kan handphone anda bila memasuki dewan peperiksaan. Bertujuan untuk mengelakkan handphone anda dirampas. Ianya juga bertujuan untuk mengelakkan gangguan kepada calon lain.

Pastikan anda berpakaian kemas & tidak menjolok mata. Anda datang untuk peperiksaan, bukan datang untuk tayang "BODY".

Note:

Sila rujuk artikel yang berkaitan jika terdapat soalan/persoalan.
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan artikel ini. Sila tinggalkan komen anda dibawah dan jika anda ingin mendapat maklum balas melalui email. Sila hantar kemusykilan / persoalan anda menggunakan borang "EMAIL-US" yang terletak dibahagian menu blog. Insyallah saya akan membalasnya secepat yang mungkin.

Sila baca artikel yang berkaitan (Related Post) dan komen-komen dibawah seandainya terdapat sebarang kemusykilan berkaitan isu ini terlebih dahulu sebelum bertanya. Jika tiada, barulah kemukakan soalan mahupun pertanyaan.
{ 33 ♥ comment }
 

Artikel Terkini