Rintihan Seorang OKU

May 22, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Hari ini saya bersemangat untuk berkongsi dengan anda semua berkaitan "Rintihan Seorang OKU", dimana seorang jejaka OKU berusia 20an telah meninggalkan komen yang amat menyentuh perasaan saya. Ikuti komen beliau...
Saya ni bekas pelajar OKU masalah pembelajaran. Jadi masalah saya malu dengan orang-orang normal mengata itu dan ini tapi dalam masa yang sama saya nak juga berjaya macam mereka yang normal. Tapi peluang saya makin menipis kerana usia 20 tahun, lagi-lagi yang terbaru saya dengar untuk tahun depan 2014 tidak ada lagi PMR. Jadi dari situlah saya putus asa sebab syarat-syarat untuk mengambil SPM perlu adanya PMR. Saya tidak ada UPSR, PMR dan SPM. Sebab tu la saya rasa terhina sangat dengan rakan-rakan sebaya. peluang perkejaan untuk saya tidak pernah ada. dari situ mereka mengelar saya mula jadi mamat ukur jalan, mamat tanam anggur dan sabagainya. ~ Khaziq
Ketika saya ingin melihat komen terkini di dashboard Intense Debate. Saya terlihat 1 "notification" yang menunjukkan ada komen terbaru. Lalu sayapun melihat, membaca, dan meng-approve komen tersebut. Selepas membaca komen tersebut. Saya cukup kagum dengan adik Khaziq, walaupun beliau adalah OKU. Tapi beliau mempunyai semangat, niat, dan azam untuk mengubah nasib beliau yang sering dihina oleh orang-orang normal disekeliling beliau.

Saya sendiri agak rasa kecewa dan malu dengan perangai dan perbuatan kawan-kawan adik Khaziq yang sering menghina dan merendah-rendahkan beliau. Hanya semata-mata kerana beliau adalah seorang OKU. Lagipun bukan dia meminta untuk dijadikan OKU. Berikut adalah jawapanku kepada Adik Khaziq..

Jawapanku buat adik Khaziq

Herm..dik ni abe nak nasihatkanlah ya. Kita ni hidup jangan asyik memikirkan apa yang orang nak katakan tentang diri kita. Adik mungkin seorang OKU, tapi pada abe mereka tu lebih OKU dari adik. Bahkan pada abe mereka tu sakit mental dik. Untuk pengetahuan adik, bukan semua orang yang normal berperangai sebegitu rupa. 

Adik kena keraskan hati dan tabahkan diri untuk berdepan dengan golongan seperti itu. Lagipun mulut orang ni bukannya kita boleh tutup dik, melainkan Allah yang menutup mulut mereka kelak. 

Bab SPM ni. SPM ada 3 jenis dik: 
  1. SPM Calon Sekolah
  2. SPM Calon Persendirian dan 
  3. SPM Ulangan. 
Jika adik tidak ada PMR adik masih boleh mengambil SPM Persendirian. Tapi syaratnya adik kena berumur 18 tahun bagi mereka yang tiada PMR. 

Tapi adik hanya boleh mendaftar dan menduduki SPM Persendirian pada tahun hadapan. Ini kerana pendaftaran untuk tahun ini sudah ditutup. 

Apa-apapun abe tabik hormat dengan adik. Walaupun adik OKU, tapi adik dah ada niat dan azam untuk mengubah masa depan adik. Abe harap adik kekalkan niat dan azam adik tu sampailah adik berjaya kelak. Adik tinggal tunggu untuk bertindak sahaja. Saranan abe buat adik adalah buat persediaan dari sekarang. Kemudian, tahun hadapan adik cuba daftarkan diri untuk SPM Persendirian. Bila tiba masanya adik buktikanlah pada mereka yang sering menghina adik tu. Walaupun adik OKU, adikpun boleh berjaya seperti orang normal. 

Jika adik ada masalah lain kelak. Jangan segan silu untuk bertanya dengan abe ya. In syaa Allah abe akan cuba sedaya upaya abe untuk membantu adik.

Akhir kata dariKu..

Saya berharap sangat kita sebagai orang normal ni berilah sedikit rasa hormat kepada mereka yang bergelar OKU ni. Mereka pun manusia biasa seperti kita yang memerlukan sokongan dan kasih sayang.

Janganlah hanya kerana mereka itu kurang sifatnya. Maka kita mendabik dada dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Sebagai orang yang normal sifatnya, kita harus ada sifat belas kasihan kepada mereka. Kita seharusnya membantu mereka meneruskan perjuangan dalam liku-liku kehidupan dan bukannya merendah-rendahkan serta menghina mereka yang kurang upaya.

Mungkin hari ini kita merasa bangga dengan kesempurnaan diri yang tiada cacat celanya. Tapi harus diingat, esok, lusa, tulat, dan akan datang. Mungkin kita yang normal ini pun boleh menjadi seperti mereka. Kerana bila Allah menunjukkan kekuasaannya, siapalah kita untuk menghalang apa dugaan dan cabaran yang akan diberi kelak kepada kita.

Setiap perbuatan kita dimuka Bumi ini pasti akan ada ganjarannya kelak. Cuma bezanya kita tidak tahu bila masanya kita akan menerima ganjaran tersebut dan kita juga tidak tahu apa jenis ganjaran yang bakal diterima. 

Suka ataupun tidak, dalam kehidupan fana ini. Kita haruslah menerima apa sahaja tanpa mempertikaikannya.

Post a Comment

 

Artikel Terkini