Showing posts with label Zone Personal. Show all posts
Showing posts with label Zone Personal. Show all posts

Kempunan Mandi Sungai Congkak

April 7, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Wah kempunan daku nak mandi manda di Sungai Congkak. Bukan mainlah si pasangan pengantin baru teruja nak berenang-renang di dasar Sungai Congkak. Tup-tup tak dapek nok mandi  noh.

Mau idaknya. Jalan nak menuju ke Sungai Congkak melalui Semenyih udah roboh ditelan raksasa. Hahaha..mengarut sudah. Tak percaya sila tonton gambar dibawah ya bapak-bapak, bibik-bibik, adik-adik dan yang seangkatan dengannya. Dipersilakan nonton gambarnya.
Jalan menghala ke Sungai Congkak via Semenyih yang udah ditelan Bumi since November 2012
Gambar yang ditengah-tengah tu. Kita orang tengah terkuciwa sebab tak dapat mandi Sungai Congkak. Adik ipar dan Abang ipar aku cakap, kalau nak pi mandi Sungai Congkak pun kena ikut laluan lagi satu iaitu melalui Rawang. Huwaa...nak pusing pi ikut Rawang tu yang malas. Sebabnya area Semenyih tengah "Traffic Jammed".

Nak tak nak, terpaksalah mendarat ke Sungai Tekala untuk bersantai selepas penat dengan Majlis kahwin adikku minggu lepas. Apa-apapun okaylah tu kan. Taklah kempunan sangat. Dapat juga mandi sungai.
{ 0 ♥ comment }

Selamat Tahun Baru 2013 dan Selamat Tinggal 2012.

December 31, 2012

Beberapa jam saja lagi tahun 2012 akan melabuhkan tirai dan meninggalkan kita pergi untuk selamanya, kemudian disusuli pula dengan persinggahan dan ketibaan 2013. Sudahkah anda semua menunaikan azam yang dibuat untuk 2012?

Kalau belum, alamatnya anda haruslah renew azam tersebut pada 2013.,,hehehe..boleh ke azam lama di renew?

Entahlah..rasanya boleh kot...

Tapi apa yang pasti dah ramai yang membuat senarai azam baru untuk tahun 2013. Ini termasuklah aku. Antara azam aku untuk 2013 adalah:
  • Merubah tahun yang membosankan 2012 kepada tahun yang penuh dengan pengalaman dan kenangan baru di tahun 2013.
  • Memiliki kamera DSLR Nikon D90/D7000/D3200, DSLR Canon 650D.
  • Memperoleh kerja tetap ataupun mempunyai business sendiri (sekarang aku kerja sendiri, so income pun tak tetap).
  • Bertemu dengan ISTERI...hahaha..yang ni tipu jer. Stabilkan dulu hidup barulah fikir pasal ni.
  • Memiliki kereta sendiri (Nampak mustahil, tapi boleh menjadi realiti andai ada usaha dan tindakan).
  • Memiliki Samsung Galaxy Note II ataupun Samsung Galaxy SIII.
Setakat ni itu sahajalah kot azam aku untuk tahun 2013. Orang kata jangan terlalu banyak sangat buat azam. Takut nanti semua azam yang dibuat tu tak dapat dilaksanakan. Nak buat azam pun biarlah berpada-pada dan lihat kepada kemampuan diri.

Penutup tirai bagi 2012 ni aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru, semoga dimurahkan rezeki dan ceria-ceria sokmo buat rakan-rakan komuniti G+ Sembang Cyber, Geng TFB (Facebook), Geng Rakan Blogger 2Dayblogger, Geng Seni Bina Blog, dan semua rakan-rakan blogger Sembang Cyber.
{ 0 ♥ comment }

Jom Kahwin Jom

December 3, 2012

JomKahwin.my
JomKahwin.my
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jom Kahwin Jom....

Hahaha..buang tebiat aku ni agaknya nak ajak orang kahwin. Well tak salahkan mengajak orang untuk berkahwin. By the way, last Saturday (1 December 2012) and Sunday (2 December 2012). Aku telah berjaya menamatkan "Kursus Pra Perkahwinan" di Alam Damai, Cheras dengan jayanya.

Buang tebiat ke apa aku pi Kursus Pra Perkahwinan. Sedangkan calon pun tak dak. Well, tak dak calon tak semestinya tak boleh pi kursus tu kan. Lagipun dah ada orang sponsor, so aku pergi jerlah. Lagipun aku ada lah juga dengar khabar berita bahawa next year kursus pra perkahwinan ni bakal menjadi 5 hari tempoh berkursus + para peserta kena berkampung sekali + yuran pun bertambah (part ni aku tak berapa pasti akan kesahihannya).

Siapa si Sponsor yang baik hati tu erk ?

Actually yang sponsor aku tu adik perempuan aku and bakal adik ipar aku. Depa sponsor aku pun sebabnya aku jadi supir depa untuk pi kursus tu. Maklumlah adik aku tu tak tau drive kereta and bakal adik ipar aku tu ada masalah nak drive waktu malam. So depa dengan terpaksa relanya, wajiblah mensponsor penyertaan aku dalam kursus tu.

Di Mana Aku Berkursus ?

Okay aku pi kursus pra perkahwinan di Alam Damai, Cheras. By the way aku bukan pi kursus di Jabatan Agama Islam Negeri ya. Aku pi kursus di Pusat Kursus Pra Perkahwinan under JAWI, Wilayah Persekutuan. Kalau u all tanya kenapa aku pi berkursus di situ. Jawapannya: sebab adik aku yang nak pi ke situ. Aku pun tak tau kenapa dia nak pi situ. Sedangkan di Putrajaya and Nilai ada.

Tapi so far pada aku. Pusat Kursus tu okay and tak rugipun kalau u all berkursus di situ. Sebabnya:
  1. Para penceramah yang sporting + kelakar + have humor sense + santai.
  2. Pakaian pun tak dak lah terlalu formal.
  3. Suasana kursus yang kurang stress (tapi stress tu tetap ada).

Maklumat Pusat Kursus Pra Perkahwinan.

Maps JomKahwin
Pusat Kursus Pra Perkahwinan Darussalam Management, 46-1, Jalan Alam Damai 1, Damai 23, Alam Damai, Cheras, 56000 Federal Teritory of Kuala Lumpur. Tel: 013- 246 4333 E-Mail: info@jomkahwin.my

Best Ke Berkursus Di Situ ?

of coz la best. Sebabnya para penceramah kursus tu semuanya mempunyai latar belakang yang hebat-hebat and cara mereka menyampaikan ceramah pun tak dak lah membosankan. Bahkan suasana kursus memang happening dan santai jer.

Pada aku semua penceramah bagus. Antara penceramah masa aku berkursus tu adalah Sabtu, Slot 1: Dr Fatin Nadia KKM , slot 2: Ustaz Mohd Radhi JAWI , Ahad Slot 3: Ustaz Mohd Zulrushdi JAKIM, Slot 4: Ustaz Mohd Ramzi JAIS, Slot 5: Ustaz Zakaria JAWI, Slot 6: Ustaz Suhaimi JAIS. Apa-apapun ustaz-ustaz and penceramah memang superb best and cool.

Cuma 1 jer yang tak best. Aku stress bila mana terlalu lama menunggu untuk sesi ceramah. Sebabnya ada ceramah yang habis awal dan ada ceramah yang lambat mula. Pada akulahkan, depa sepatutnya menepati masa untuk memulakan ceramah. Janganlah buat para peserta menunggu lama. Terutama peserta macam aku ni yang datang beratus KM semata-mata nak menimba ilmu berkaitan perkahwinan.

Mengantuk tau time kursus. Sebabnya aku keluar rumah awal kerna jarak pusat kursus dengan rumah aku tu jauh. Takut lewat, terpaksalah keluar awal. So lepas ni aku harap pihak pentadbiran Darussalam Management dapat memperbaiki mana-mana yang patut.

Okaylah sampai sini jer aku bercerita k. Next Saturday aku akan tuntut Sijil Kursus Pra Perkahwinan di Darussalam Management.

Eh lupa pula aku. Pada aku, pihak pengurusan Darussalam Management seharusnya datang awal dan buka pusat kursus awal. Seelok-eloknya 1 jam awal. Sekurang-kurangnya peserta kursus yang datang awal. Bolehlah berehat di dalam pusat kursus (terutamanya yang datang awal disebabkan jarak yang jauh seperti aku). Aku harap depa dapat pertimbangkan cadangan aku tu.
{ 0 ♥ comment }

Perancang Perkahwinan

October 8, 2012

perancang-perkahwinanPerancang Perkahwinan atau lebih dikenali sebagai Wedding Planner. Itulah yang terjadi pada aku sekarang ni. Dalam tempoh 7-8 bulan kehadapan aku akan jadi "Perancang Perkahwinan" untuk majlis perkahwinan adik perempuan aku.

Kalau diikutkan adik aku ni sepatutnya kahwin bulan 12/2013. Tetapi disebabkan pihak lelaki nak mempercepatkan majlis. Pihak lelaki telah memberi kata putus, bahawa mereka nak buat majlis pada bulan 6/2013. So dah kelam kabut nak buat persediaan. Maklumlah adik aku ni kalau tak dipaksa untuk buat apa yang sepatutnya. Memang dia tak buat. Kerjanya asyik tunggu orang-orang tertentu free baru nak buat.

Tapi style kerja aku lain. Kalau aku suruh buat, memang kau kena buatlah. Sebab kalau kau nak tunggu orang yang sepatutnya (orang yang dah pernah kahwin) alamatnya kebaboom ar majlis tu nanti. Kebaboom bukan pasal meriah. Tapi majlis jadi huru hara, gara-gara sikap suka bertangguh.

Nak-nak lagi bab berurusan dengan "Butik Pengantin" dan "Wedding Photographer". 2 kerja ni memang nak kena settle dengan teliti dan berhati-hati. Maklumlah kedua-duanya kena booking awal. Takut lambat booking nanti melepaslah pulakan.

Sebenarnya semalam aku dengan adik aku pergi buat survey butik pengantin. Ada ar dalam 3 butik kita orang pergi. Antara ketiga-tiga butik tu. Hanya 1 jer yang pada aku berbaloi pakej andamannya. Harga lebih kurang sama jer. Tapi bezanya isi pakej jer. 

Bab photographer pula, memang kita orang pilih dari butik yang pertama kita orang survey. Sebab skil photographer butik 1st tu memang kita orang dah tahu kualiti hasil kerja dia. Pakej dia memang mahal jika nak bandingkan dengan pakej photographer butik ke 2. Pada aku pakej dia mahal sebab kualiti kerja dia bagus, kalau tak bagus. Takkan dia berani letak harga tinggi kan. Apa-apa pun bab pemilihan butik dan photographer dah settle. Tinggal confirmkan dan booking jer pada minggu ni.

Lepas ni insyallah kita orang akan buat survey untuk set bilik tidur pengantin pula. Maklumlah semuanya kena buat survey dulu. Semuanya gara-gara bajet. Hehehe..biasalah tu bajet adalah masalah dalam urusan perkahwinan.

Hahaha..aku ni bajet jer macam pro sebagai Perancang Perkahwinan. Walhal diri sendiri masih bujang. Tapi pada aku tak per. Sebab bila aku buat benda ni. Sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman, dan dari pengalaman menguruskan majlis kahwin adik aku ni. Sekurang-kurangnya aku tahu setakat mana kemampuan aku untuk membuat persiapan majlis perkahwinan untuk aku pada masa hadapan nanti. Lepas ni dah tak payah nak susahkan orang lain. Sebabnya dah tahu apa yang perlu dibuat.

Apa-apa pun memang pening nak buat persiapan majlis kahwin ni. Semuanya bergantung kepada BAJET. Kalau ada bajet yang mencukupi, memang takkan pening punya nak uruskan majlis kahwin. Tapi kalau bajet limited. Memang kena teliti dan berhati-hati serta bijak berkira-kira. So nasihat aku buat sesiapa yang nak kahwin tu. Sila kumpulkan bajet yang secukupnya. Jangan hanya tahu nak kahwin jer, tapi bajet ke laut.
{ 0 ♥ comment }
 

Artikel Terkini