JomKahwin.my |
Hahaha..buang tebiat aku ni agaknya nak ajak orang kahwin. Well tak salahkan mengajak orang untuk berkahwin. By the way, last Saturday (1 December 2012) and Sunday (2 December 2012). Aku telah berjaya menamatkan "Kursus Pra Perkahwinan" di Alam Damai, Cheras dengan jayanya.
Buang tebiat ke apa aku pi Kursus Pra Perkahwinan. Sedangkan calon pun tak dak. Well, tak dak calon tak semestinya tak boleh pi kursus tu kan. Lagipun dah ada orang sponsor, so aku pergi jerlah. Lagipun aku ada lah juga dengar khabar berita bahawa next year kursus pra perkahwinan ni bakal menjadi 5 hari tempoh berkursus + para peserta kena berkampung sekali + yuran pun bertambah (part ni aku tak berapa pasti akan kesahihannya).
Siapa si Sponsor yang baik hati tu erk ?
Actually yang sponsor aku tu adik perempuan aku and bakal adik ipar aku. Depa sponsor aku pun sebabnya aku jadi supir depa untuk pi kursus tu. Maklumlah adik aku tu tak tau drive kereta and bakal adik ipar aku tu ada masalah nak drive waktu malam. So depa dengan terpaksa relanya, wajiblah mensponsor penyertaan aku dalam kursus tu.
Di Mana Aku Berkursus ?
Okay aku pi kursus pra perkahwinan di Alam Damai, Cheras. By the way aku bukan pi kursus di Jabatan Agama Islam Negeri ya. Aku pi kursus di Pusat Kursus Pra Perkahwinan under JAWI, Wilayah Persekutuan. Kalau u all tanya kenapa aku pi berkursus di situ. Jawapannya: sebab adik aku yang nak pi ke situ. Aku pun tak tau kenapa dia nak pi situ. Sedangkan di Putrajaya and Nilai ada.
Tapi so far pada aku. Pusat Kursus tu okay and tak rugipun kalau u all berkursus di situ. Sebabnya:
- Para penceramah yang sporting + kelakar + have humor sense + santai.
- Pakaian pun tak dak lah terlalu formal.
- Suasana kursus yang kurang stress (tapi stress tu tetap ada).
Maklumat Pusat Kursus Pra Perkahwinan.
Pusat Kursus Pra Perkahwinan Darussalam Management, 46-1, Jalan Alam Damai 1, Damai 23, Alam Damai, Cheras, 56000 Federal Teritory of Kuala Lumpur. Tel: 013- 246 4333 E-Mail: info@jomkahwin.my
Best Ke Berkursus Di Situ ?
of coz la best. Sebabnya para penceramah kursus tu semuanya mempunyai latar belakang yang hebat-hebat and cara mereka menyampaikan ceramah pun tak dak lah membosankan. Bahkan suasana kursus memang happening dan santai jer.
Pada aku semua penceramah bagus. Antara penceramah masa aku berkursus tu adalah Sabtu, Slot 1: Dr Fatin Nadia KKM , slot 2: Ustaz Mohd Radhi JAWI , Ahad Slot 3: Ustaz Mohd Zulrushdi JAKIM, Slot 4: Ustaz Mohd Ramzi JAIS, Slot 5: Ustaz Zakaria JAWI, Slot 6: Ustaz Suhaimi JAIS. Apa-apapun ustaz-ustaz and penceramah memang superb best and cool.
Cuma 1 jer yang tak best. Aku stress bila mana terlalu lama menunggu untuk sesi ceramah. Sebabnya ada ceramah yang habis awal dan ada ceramah yang lambat mula. Pada akulahkan, depa sepatutnya menepati masa untuk memulakan ceramah. Janganlah buat para peserta menunggu lama. Terutama peserta macam aku ni yang datang beratus KM semata-mata nak menimba ilmu berkaitan perkahwinan.
Mengantuk tau time kursus. Sebabnya aku keluar rumah awal kerna jarak pusat kursus dengan rumah aku tu jauh. Takut lewat, terpaksalah keluar awal. So lepas ni aku harap pihak pentadbiran Darussalam Management dapat memperbaiki mana-mana yang patut.
Okaylah sampai sini jer aku bercerita k. Next Saturday aku akan tuntut Sijil Kursus Pra Perkahwinan di Darussalam Management.
Eh lupa pula aku. Pada aku, pihak pengurusan Darussalam Management seharusnya datang awal dan buka pusat kursus awal. Seelok-eloknya 1 jam awal. Sekurang-kurangnya peserta kursus yang datang awal. Bolehlah berehat di dalam pusat kursus (terutamanya yang datang awal disebabkan jarak yang jauh seperti aku). Aku harap depa dapat pertimbangkan cadangan aku tu.
Post a Comment