Kempunan Mandi Sungai Congkak

April 7, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Wah kempunan daku nak mandi manda di Sungai Congkak. Bukan mainlah si pasangan pengantin baru teruja nak berenang-renang di dasar Sungai Congkak. Tup-tup tak dapek nok mandi  noh.

Mau idaknya. Jalan nak menuju ke Sungai Congkak melalui Semenyih udah roboh ditelan raksasa. Hahaha..mengarut sudah. Tak percaya sila tonton gambar dibawah ya bapak-bapak, bibik-bibik, adik-adik dan yang seangkatan dengannya. Dipersilakan nonton gambarnya.
Jalan menghala ke Sungai Congkak via Semenyih yang udah ditelan Bumi since November 2012
Gambar yang ditengah-tengah tu. Kita orang tengah terkuciwa sebab tak dapat mandi Sungai Congkak. Adik ipar dan Abang ipar aku cakap, kalau nak pi mandi Sungai Congkak pun kena ikut laluan lagi satu iaitu melalui Rawang. Huwaa...nak pusing pi ikut Rawang tu yang malas. Sebabnya area Semenyih tengah "Traffic Jammed".

Nak tak nak, terpaksalah mendarat ke Sungai Tekala untuk bersantai selepas penat dengan Majlis kahwin adikku minggu lepas. Apa-apapun okaylah tu kan. Taklah kempunan sangat. Dapat juga mandi sungai.

Post a Comment

 

Artikel Terkini