Showing posts with label Zone Aktiviti Blogger. Show all posts
Showing posts with label Zone Aktiviti Blogger. Show all posts

Kontes Panduan Blogger by HasrulHassan.com (Promosi)

April 25, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kontes yang ditunggu-tunggu oleh M'Rie dan rakan-rakan selepas Bro +HASRUL HASSAN  merencanakannya di blog milik beliau beberapa hari yang lalu.

M'Rie join ni pun hanya sekadar untuk mencuba nasib dan selain dari itu penyertaan M'Rie juga bertujuan untuk menunjukkan tanda sokongan sebagai rakan perjuangan dalam arena blogging. Sambil-sambil tu boleh juga mengeratkan silaturrahim sesama bloggerkan.

HasrulhassanKontes ni dianjurkan bermula dari 15 April 2013 sehingga 30 April 2013 (15 hari jer ya). Sesiapa yang nak join dengan M'Rie, dipersilakan mengklik banner disebelah ni. Nanti anda akan diterbangkan ke laman blog dimana kontes dianjurkan.

Hadiah Kontes Panduan Blogger

  • 1 x Hadiah Pertama - RM200 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif.
  • 1 x Hadiah Kedua - RM150 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif.
  • 2 x Hadiah Ketiga - RM50 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif.

Syarat-Syarat Penyertaan dan Pemilihan Pemenang

  1. Khas buat blogger yang memegang taraf kewarganegaraan Malaysia dan bermaustatin di Malaysia, yang dok di luar negara tu tak layak kot (tanya sendiri sama penganjur ya).
  2. Telah mendaftar sebagai peserta. Kalau belum daftar tu maknanya anda tak layak ler tu.
  3. Jawab 3 soalan cepumas dengan betul dan tepat, bukan terpantas menjawab ya.
  4. Jawab dengan menghasilkan 1 karya khas bagi ketiga-tiga jawapan. Bukan 1 karya khas untuk setiap jawapan ya.
  5. Pastikan anda bukan penaja bagi kontest ni. Kalau menipu memang kena tendang la kamu nanti.

Cara nak Jawab Soalan Kontes Panduan Blogger

  1. 3 Soalan cepumas perlu dijawab oleh para peserta yang layak. Soalan cepumas akan disebarkan di Fan Page milik HasrulHassan.com terlebih dahulu sebelum ianya disebarkan di laman blog HasrulHassan.com.
  2. Jawapan kepada soalan cepumas adalah bersifat SUBJEKTIF tetapi berkait dengan karya nukilan di dalam blog HasrulHassan.com.
  3. Jawapan kepada soalan cepumas WAJIB dijawab dengan menghasilkan 1 karya khas dan bukannya 3 ya.
  4. Jawapan wajib dihantar selepas ketiga-tiga soalan diterbitkan di Fan Page facebook dan blog HasrulHassan.com.
  5. Link/pautan jawapan tersebut WAJIB disertakan didalam kotak komen karya khusus untuk penghantaran jawapan yang bakal diterbitkan kelak (bilo tu ontah ler, tunggu jer la ya).
  6. Setiap entry penyertaan WAJIB disertakan dengan link-link penaja yang disediakan. Tak perlu susah-susah, copy code HTML yang disediakan dan paste didalam entry khas tu jer.

Kontes Panduan Blogger, Kontes

{ 0 ♥ comment }

Kontes Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blog

April 22, 2013

Page RankGoogle PageRank (PR).

Apakah yang dimaksudkan dengan Google Pagerank (PR)?
  • PageRank is  a 0-10 score assigned by Google that rates the popularity of an indexed web page based on the number and type of external links pointing to that page.
Berikan pendapat anda mengapa ia penting untuk blog anda.
PageRank penting untuk Sembang Cyber.com kerana ianya umpama dimana letaknya taraf blog kita di dalam arena blogging. PageRank memperlihatkan kehebatan sesebuah blog dimata pengunjung dan juga pengiklan. Tapi malangnya sampai sekarang blog Sembang Cyber belum mempunyai (PR) yang mantap, mungkin sebab malas update dan buat backlink kot.

Search Engine Optimization (SEO).

SEO atau Search Engine Optimization ialah satu cara untuk blog menerima trafik organik. Berikan satu (1) tips asas yang anda tahu untuk sebuah entri menepati cirian SEO ini.
SEO
  • Jika ingin menghasilkan sebuah artikel yang mesra SEO. Kita haruslah tahu jenis artikel yang ingin dihasilkan. Ini kerana artikel berbentuk SEO tergolong kepada 2 jenis iaitu Short Term SEO dan Long Term SEO.
  • Short Term SEO ini kebiasaannya adalah artikel ataupun isu semasa yang hangat diperkatakan. Tetapi trafik dari artikel ini hanyalah untuk jangka masa pendek sahaja.
  • Manakala Long Term SEO lebih tertumpu kepada trafik berulang, dimana trafik dari artikel tersebut akan sentiasa ada setiap tahun dan akan berulang untuk tahun-tahun yang seterusnya. Kebiasaannya ianya merupakan informasi yang akan dicari oleh para pengguna "Search Engine" saban tahun.
  • Tips SEO jenis ini menggunakan 3 gabungan elemen iaitu Keyword , Content, and Timing.

Design Design.

Adakah anda fikir penampilan blog penting untuk menarik pengunjung menjadi pembaca setia? 
  • Ya, penampilan sesebuah blog amat penting untuk menarik perhatian para pengunjung untuk menjadi pembaca setia. Ini kerana penampilan blog adalah elemen pertama yang dilihat oleh para pengunjung. Jika penampilan blog tidak kemas dan menarik. Pengunjung akan rasa bosan dan tiada perasaan keterujaan untuk "explore" blog yang mereka kunjungi.
Berikan pendapat anda penampilan bagaimana yang sesuai untuk tujuan yang dikatakan?
Penampilan sesebuah blog bergantung kepada "NICHE" yang dibawa oleh blog berkenaan, dan selain dari itu. Blog yang simple dan kemas juga mampu menarik pengunjung untuk berkunjung kembali ke blog kita.. 
Tips:
  • Elakkan menggunakan design yang keterlaluan, seperti hiasan sana sini yang tiada keperluan.
  • Elakkan juga meletakkan iklan secara berlebihan. Jika ingin meletakkan iklan dalam kuantiti yang banyak. Pastikan kita menyusun iklan mengikut saiz dan letakkan di satu bahagian yang bersesuaian agar ianya tidak mengganggu pemandangan pengunjung untuk membaca nukilan di blog kita.
  • Elakkan menggunakan widget secara berlebihan dan tiada keperluan. Jika boleh, pasang widget yang berkepentingan dan mempunyai "High Value" dan "High Profit" kepada blog sahaja seperti widget "Popular Posts", "Recent Posts", "Social Web Follower (Google+, Facebook, Tweeter, and many more)".
  • Header tidak perlu terlalu besar. Cukup sekadar padan dengan design keseluruhan blog.
{ 0 ♥ comment }

Blogger Belia Blogger Cool

February 7, 2013

BLOGGER BELIA, BLOGGER COOL | Dah lama rasanya tak join aktiviti blogger anjuran blogger lain. Hari ni terasa nak join pula. Kali ni aku akan join aktiviti blog yang dianjurkan oleh rakan blogger iaitu blogger Hasrul Hassan untuk kali yang ke 2.

Nama Blogger:

Nama blogger yang aku gunakan sekarang adalah M'Rie R'Nie. Ini bukan nama palsu tau, nama ni adalah singkatan kepada nama penuh aku. Al maklumlah dalam dunia maya ni, bukan semua orang akan guna nama sebenar merekakan.

Apa-apapun diawal pembabitan aku didalam dunia blog ni. Aku pernah menggunakan beberapa nama samaran seperti:
  1. D'Rebornz.
  2. Budak Melayu Jawa.
  3. Ainoreiz.
  4. Ainoreiz87.
  5. Budak Jawa.
  6. Blogger Melayu Jawa.
  7. D'Rebornz Boyz.
  8. Sembang Cyber.
Di atas tu adalah antara nama yang aku ingatlah. Tapi aku tak pasti kalau ada nama lain yang pernah aku gunakan. Tapi sekarang aku guna nama M'Rie R'Nie.

My Blog Tag Line:

Tag Line blog aku adalah "All In One Blog", yang membawa maksud semuanya didalam 1 blog. Ini kerana niche blog yang aku mahu ketengahkan bagi blog "SembangCyber.com" adalah bersifat "GENERAL".

Blog aku bukanlah blog yang mengamalkan ataupun membawa niche tertentu (specific niche). Ini kerana sampai bila kita nak pinggirkan niche GENERAL? Siapa lagi yang nak bangunkan niche GENERAL kalau kita sendiri takut nak majukan blog berniche GENERAL.

Umur Aku:

Tepat 1:15pm pada 22 Februari 2013. Aku akan berumur 26 tahun dan aku masih bujang tarantangtang okay.

Sebab Kenapa Aku Cool?

Herm..aku pun tak tau aku ni cool ataupun tak. Dari apa yang Bro HH terangkan. Aku boleh katakan yang aku ni akan tolong mana-mana blogger yang minta tolong dengan aku. Terutamanya berkaitan permasalahan "BLOGSPOT". WordPress aku kurang sikit, sebab dulu aku ada juga blog WordPress. Tapi disebabkan komitmen terhadap dunia blogging yang tak berapa nak hado tu. Makanya hosting yang aku sewa dulu terbiar seperti rumah terbengkalai sampailah kena sita semula oleh tuan empunya hosting.

Aku suka berkawan tapi tak taulah orang suka berkawan dengan aku ataupun tidakkan. Sebab pada aku kawan itu penting jika nak survive dalam dunia blogging. Kalau tiada kawan, susah kot nak survive dalam dunia arena blog yang serba mencabar (mencabar ke?..hehehe).

Segmen HasrulHassan.comAku juga suka skodeng blog yang aku follow. Kadang-kadang aku sekadar membaca tanpa meninggalkan komen. Sebab adakalanya aku tak tahu nak komen apa lepas baca. Tetapi adakalanya aku ni gila sikit semasa mengomen blog orang. Ini kerana bila penyakit gila komen aku datang, aku akan komen panjang berjela. Antara blogger yang pernah mendapat komen panjang sepanjang jambatan Pulau Pinang adalah Bro +Hanif Idrus dan Bro +hasrul hassan .

Okaylah..kalau diikutkan sepatutnya aku kena buat artikel pendek-pendek jer. Tapi aku ni tak biasa buat artikel pendek-pendek. Jadi..ya enggak apa-apa sih. 

Kalau nak join Silalah klik gambar sebelah tu ya. Tapi jangan pula kau orang taip panjang berjela macam aku ya. Al maklumlah lain orang lain stylenya. So jadilah diri sendiri dan bina identiti blog anda sendiri.
AMARAN:
Jika ada blogger yang join segmen yang sama dan jika anda ingin meninggalkan komen di dalam blog ini berserta link artikel anda tu. Sila ikut format komen disini. Mana-mana komen dari peserta yang menyalahi etika komen blog ini, akan di delete serta merta dan tidak akan diapprove selama-lamanya.

Jika saya boleh menghormati anda. Mengapa anda tidak boleh menghormati saya. Saling hormat-meghormati itu bagus untuk mengeratkan silaturrahim sesama blogger. Sekian, Terima Kasih.
{ 0 ♥ comment }

Segmen | Semarakkan Rakan Blogger Google+

December 5, 2012

Kembali menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh rakan blogger yang bernama Hasrul Hasan (HH). Ini adalah merupakan aktiviti blogger yang dipanggil "SEGMEN". Aku rasa semua blogger tahu apa itu "SEGMEN" dalam konteks dunia pembloggeran.

Kalau dulu di awal penglibatan aku dalam dunia blogging ni. Aku pun blur juga pasal segmen ni. Tapi sekarang aku dah faham apa fungsi aktiviti blogger yang dipanggil "SEGMEN". 

Tujuan Aktiviti Blogger (SEGMEN).

Tujuan sebenar SEGMEN ni sebenarnya adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama blogger. Bahkan ianya boleh dijadikan sebagai satu platform untuk kita mengembangkan rangkaian sahabat di dalam dunia blog.

SEGMEN | Semarakkan Rakan Blogger Google+

Google+ Follower adalah widget yang sudah sekian lama ditunggu-tunggu oleh para blogger seluruh dunia termasuklah aku. Bahkan widget ini begitu ringan loadingnya jika nak dibandingkan dengan Google Friends Connect/Followers Widget. Google+ Follower juga memberikan kita peluang untuk meluaskan rangkaian G+ kita, dimana hanya dengan 1 klik (G+) pada artikel. Ianya akan tersebar kepada semua rakan yang berada di dalam Circle G+ kita. Ianya sama seperti bila mana kita klik Facebook LIKE di entri blog. Jom Semarakkan Rakan Blogger G+.
Okay kalau ikut syarat yang ditetapkan. Para peserta perlu membina ayat seperti diatas dengan dimulakan dengan...
Google+ <-- Buat ayat sendiri di sini --> LIKE dalam entri blog.
Lepas dah done dengan syarat diatas. Wajiblah ada widget Google+ Followers di dalam blog u all tu, ianya bertujuan untuk memudahkan visitor mahupun peserta lain memfollow G+ u all. Ya lah..kalau tak dak benda alah tu. Gimana rakan-rakan lain nak follow G+ u all kan.

Last sekali. U all kenalah follow G+ para peserta yang join segmen tersebut. Segmen ni mengamalkan "Win-win concept" ya sahabat-sahabat sekalian.. So tamat sudah....
{ 0 ♥ comment }

Segmen Miz Ruha | Lesen

October 10, 2012

As Salam...hari ni aku teringin pula nak join segmen yang dianjurkan oleh Blog Miz Ruha. Aku dapat tahu pasal segmen ni dari rakan blogger ku yang bernama Abe Hanif Bin Idrus.

miz-ruhaAku join pun sebab syarat dia tak der lah ketat mana pun. Just tepek banner yang dibagi lepas tu buat story pasal pengalaman berkaitan LESEN.

My License Story...

Okay aku start buat Lesen memandu pada tahun 2004 kalau tak silap akulah. Time tu aku buat lesen memandu motor bersama abang aku, dan motor pertama aku adalah skuter keluaran modenas. Tak ingat dah apa model dia. Beberapa bulan lepas tu aku tukar kepada Yamaha 125zR (hehehe motor favorite aku time tu).

Lepas tu aku buat Lesen Memandu kereta pada tahun 2005 (dalam bulan Jun kalau tak silap aku) sebab time tu aku buat lesen lepas mak aku meninggal dalam kemalangan dengan abang aku (tapi abang aku hidup lagi ya).

Disebabkan trauma punya pasal. Aku jual motor Yamaha 125zR dan lepas tu aku buatlah lesen memandu kereta. Sejak dari hari tulah aku dah tak minat nak bawa motor. Aku cuma bawa motor bila dah tiada pilihan jer. Tapi seboleh-bolehnya aku memang takkan bawa motor. Sebabnya masa mak aku kemalangan kena langgar lori yang dipandu oleh Macha tu, aku ada sekali time tu. Waktu tu aku dekat belakang motor abang aku. Kalau ikutkan hati aku nak hempuk jer macha tu dengan helmet. Tapi aku utamakan keadaan mak aku dulu.

Paling aku terkilan adalah..time tu aku, abang aku dengan arwah mak aku baru balik dari keluarkan duit gaji. Dan time tu arwah mak aku baru jer lepas shopping beli barang nak buat kuih untuk 2 orang cucunya. Tapi apakan daya. Ajal datang menjemput...tak sempat arwah mak aku nak buatkan kuih untuk cucunya. Dah tak boleh nak buat apa dah. Allah lebih menyanyangi arwah mak aku. So kena terima jer lah pemergian arwah mak ku.

Huwaaa..I Miss My Mom....rindu dengan masakan arwah mak ku....sekian

Ehhh..lupa pula. Kalau u all nak join. Sila klik banner tu erk. Nanti u all akan ditorobangkan ke blog Tuan/Puan empunya segmen.
{ 0 ♥ comment }

Segmen: Bloglist Ogos Permata Perjuangan

August 5, 2012

Bloglist Ogos Permata PerjuanganAlhamdulillah, sudah masuk hari yang ke 16 di Bulan Ramadan kita berpuasa. Mesti ramai yang tengah sibuk membuat persiapan untuk menyambut lebaran yang bakal menjelang 14 hari lagi. 

Al maklumlah, semalam aku menemani ayahku pergi ke Up Town Banting. Memang meriah suasana di sana. Ramai juga yang bershopping untuk beraya. Maklumlah dah gaji, maka bershopping sakanlah kitakan. Permulaan Ramadan yang ke 16 aku nak mulakan dengan menyertai segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger iaitu "Blog Permata Perjuangan".

Apa tujuan aku menyertai segmen yang dianjurkan oleh blog Permata Perjuangan ni ?

Jawapannya adalah sekadar nak merapatkan silaturrahim sesama insan di dalam dunia blogging, dan dalam pada masa yang sama bertujuan untuk meluaskan rangkaian sahabat blogger Sembang Cyber.

Kalau u all nak join. Silalah klik pada gambar di atas tu. Insyallah, nanti u all akan diterbangkan ke Blog Permata Perjuangan menaiki pesawat AirAsia...he..he..he
{ 0 ♥ comment }

Segmen Promote Blog By Jal

July 17, 2012

Ini adalah merupakan penyertaan pertama aku dalam tahun 2012. Kira 1st time join segmen anjuran penulis blog lain.

Dulu aku rajin juga join segmen, contest, and giveaway. Tapi lepas 1 tahun lebih berblogging, aku dah stop join benda-benda macam ni. Kalau tak silap aku. Lepas aku jahanamkan blog pertama aku pada bulan November 2011.

Lepas tu barulah aku lahirkan blog baru aku yang diberi nama "Sembang Cyber". Blog tu blog ni ar. Blog ni baru jer berusia 7 bulan & 2 hari pada hari ni (Blog ni start 15/19 Dec 2011, kalau tak silap ar. Aku pon ingat-ingat lupa). Tapi aku dah berblogging around 1 Year & 10 Month + 17 Days (Start blogging Ogos 2010).

Okay dah stop talking nonsense. Kalau diikutkan kena buat artikel simple-simple jer. Tapi aku ni jenis suka taip panjang-panjang. He3....dah jom kita teruskan dengan segmen anjuran Blog Jal.

Segmen Promote BlogSegmen Promote Blog By Jal

Aku join ni pun sebab saja jer suka-suka + Jal ni pun pengguna template yang sama macam aku juga. Iaitu TFB by forblogger.

Kalau ada yang sudi join or nak join sekaki tu. Boleh ar klik gambar "BOSAN" tu ya...Segmen ni tarikh luput dia 24 Julai 2012 (katanya sempena 6 bulan dia berblogging).

Setiap blog yang join akan di promote 6 jam sekali (PROMOTE + REVIEW). Bukan senang beb blog kita nak di promote + review by d'other blog writer secara percuma, tak perlu keluar modal pun. Just tepek gambar yang disuruh. Buat ayat sikit-sikit, lepas tu tinggalkan link artikel yang dibuat di blog penganjur segmen. End of Story.
{ 0 ♥ comment }
 

Artikel Terkini