Kontes Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blog

April 22, 2013

Page RankGoogle PageRank (PR).

Apakah yang dimaksudkan dengan Google Pagerank (PR)?
  • PageRank is  a 0-10 score assigned by Google that rates the popularity of an indexed web page based on the number and type of external links pointing to that page.
Berikan pendapat anda mengapa ia penting untuk blog anda.
PageRank penting untuk Sembang Cyber.com kerana ianya umpama dimana letaknya taraf blog kita di dalam arena blogging. PageRank memperlihatkan kehebatan sesebuah blog dimata pengunjung dan juga pengiklan. Tapi malangnya sampai sekarang blog Sembang Cyber belum mempunyai (PR) yang mantap, mungkin sebab malas update dan buat backlink kot.

Search Engine Optimization (SEO).

SEO atau Search Engine Optimization ialah satu cara untuk blog menerima trafik organik. Berikan satu (1) tips asas yang anda tahu untuk sebuah entri menepati cirian SEO ini.
SEO
  • Jika ingin menghasilkan sebuah artikel yang mesra SEO. Kita haruslah tahu jenis artikel yang ingin dihasilkan. Ini kerana artikel berbentuk SEO tergolong kepada 2 jenis iaitu Short Term SEO dan Long Term SEO.
  • Short Term SEO ini kebiasaannya adalah artikel ataupun isu semasa yang hangat diperkatakan. Tetapi trafik dari artikel ini hanyalah untuk jangka masa pendek sahaja.
  • Manakala Long Term SEO lebih tertumpu kepada trafik berulang, dimana trafik dari artikel tersebut akan sentiasa ada setiap tahun dan akan berulang untuk tahun-tahun yang seterusnya. Kebiasaannya ianya merupakan informasi yang akan dicari oleh para pengguna "Search Engine" saban tahun.
  • Tips SEO jenis ini menggunakan 3 gabungan elemen iaitu Keyword , Content, and Timing.

Design Design.

Adakah anda fikir penampilan blog penting untuk menarik pengunjung menjadi pembaca setia? 
  • Ya, penampilan sesebuah blog amat penting untuk menarik perhatian para pengunjung untuk menjadi pembaca setia. Ini kerana penampilan blog adalah elemen pertama yang dilihat oleh para pengunjung. Jika penampilan blog tidak kemas dan menarik. Pengunjung akan rasa bosan dan tiada perasaan keterujaan untuk "explore" blog yang mereka kunjungi.
Berikan pendapat anda penampilan bagaimana yang sesuai untuk tujuan yang dikatakan?
Penampilan sesebuah blog bergantung kepada "NICHE" yang dibawa oleh blog berkenaan, dan selain dari itu. Blog yang simple dan kemas juga mampu menarik pengunjung untuk berkunjung kembali ke blog kita.. 
Tips:
  • Elakkan menggunakan design yang keterlaluan, seperti hiasan sana sini yang tiada keperluan.
  • Elakkan juga meletakkan iklan secara berlebihan. Jika ingin meletakkan iklan dalam kuantiti yang banyak. Pastikan kita menyusun iklan mengikut saiz dan letakkan di satu bahagian yang bersesuaian agar ianya tidak mengganggu pemandangan pengunjung untuk membaca nukilan di blog kita.
  • Elakkan menggunakan widget secara berlebihan dan tiada keperluan. Jika boleh, pasang widget yang berkepentingan dan mempunyai "High Value" dan "High Profit" kepada blog sahaja seperti widget "Popular Posts", "Recent Posts", "Social Web Follower (Google+, Facebook, Tweeter, and many more)".
  • Header tidak perlu terlalu besar. Cukup sekadar padan dengan design keseluruhan blog.

Post a Comment

 

Artikel Terkini