Kontes Panduan Blogger by HasrulHassan.com (Promosi)

April 25, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kontes yang ditunggu-tunggu oleh M'Rie dan rakan-rakan selepas Bro +HASRUL HASSAN  merencanakannya di blog milik beliau beberapa hari yang lalu.

M'Rie join ni pun hanya sekadar untuk mencuba nasib dan selain dari itu penyertaan M'Rie juga bertujuan untuk menunjukkan tanda sokongan sebagai rakan perjuangan dalam arena blogging. Sambil-sambil tu boleh juga mengeratkan silaturrahim sesama bloggerkan.

HasrulhassanKontes ni dianjurkan bermula dari 15 April 2013 sehingga 30 April 2013 (15 hari jer ya). Sesiapa yang nak join dengan M'Rie, dipersilakan mengklik banner disebelah ni. Nanti anda akan diterbangkan ke laman blog dimana kontes dianjurkan.

Hadiah Kontes Panduan Blogger

  • 1 x Hadiah Pertama - RM200 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif.
  • 1 x Hadiah Kedua - RM150 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif.
  • 2 x Hadiah Ketiga - RM50 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif.

Syarat-Syarat Penyertaan dan Pemilihan Pemenang

  1. Khas buat blogger yang memegang taraf kewarganegaraan Malaysia dan bermaustatin di Malaysia, yang dok di luar negara tu tak layak kot (tanya sendiri sama penganjur ya).
  2. Telah mendaftar sebagai peserta. Kalau belum daftar tu maknanya anda tak layak ler tu.
  3. Jawab 3 soalan cepumas dengan betul dan tepat, bukan terpantas menjawab ya.
  4. Jawab dengan menghasilkan 1 karya khas bagi ketiga-tiga jawapan. Bukan 1 karya khas untuk setiap jawapan ya.
  5. Pastikan anda bukan penaja bagi kontest ni. Kalau menipu memang kena tendang la kamu nanti.

Cara nak Jawab Soalan Kontes Panduan Blogger

  1. 3 Soalan cepumas perlu dijawab oleh para peserta yang layak. Soalan cepumas akan disebarkan di Fan Page milik HasrulHassan.com terlebih dahulu sebelum ianya disebarkan di laman blog HasrulHassan.com.
  2. Jawapan kepada soalan cepumas adalah bersifat SUBJEKTIF tetapi berkait dengan karya nukilan di dalam blog HasrulHassan.com.
  3. Jawapan kepada soalan cepumas WAJIB dijawab dengan menghasilkan 1 karya khas dan bukannya 3 ya.
  4. Jawapan wajib dihantar selepas ketiga-tiga soalan diterbitkan di Fan Page facebook dan blog HasrulHassan.com.
  5. Link/pautan jawapan tersebut WAJIB disertakan didalam kotak komen karya khusus untuk penghantaran jawapan yang bakal diterbitkan kelak (bilo tu ontah ler, tunggu jer la ya).
  6. Setiap entry penyertaan WAJIB disertakan dengan link-link penaja yang disediakan. Tak perlu susah-susah, copy code HTML yang disediakan dan paste didalam entry khas tu jer.

Kontes Panduan Blogger, Kontes

Post a Comment

 

Artikel Terkini