FireFox BM Contributor Meetup 2013

May 26, 2013

25 Mei 2013 telah berlangsungnya FireFox BM Contributor Meetup 2013 yang dianjurkan oleh Mozilla Malaysia di I-Train 1337, MSC Knowledge Worker Development, Cyberjaya. Majlis berlangsung dari jam 3:00 pm sehingga 6:00 pm.

Tetamu yang hadir adalah dalam 10-20 (anggaran jer), sebab akupun tak berapa nak pasti sangat berapa ramai yang hadir. Sebabnya aku tak terfikir pula nak mengira berapa ramai yang hadir. Aku join event tu pun   sebab lokasi berlangsungnya event tu tidak jauh dari tempat aku tinggal.

Lagipun itu adalah event pertama yang aku pernah join. Itupun dijemput oleh saudara Amirol Ahmad (my fb friend). Antara lain sebab aku join event tu adalah untuk merasai bagaimana rasanya menghadiri event seperti itu.

FireFox BM Contributor Meetup 2013

FireFox BM Contributor Meetup 2013 ni sebenarnya adalah event yang dianjurkan oleh komuniti Mozilla Malaysia. Dimana ahli-ahli mereka ni merupakan penterjemah browser FireFox kepada Bahasa Melayu, dan kebetulan salah seorang ahli komuniti tersebut adalah rakan facebook aku iaitu saudara Amirol Ahmad.

Siapa itu Amirol Ahmad?

Okay Amirol Ahmad ni adalah CEO OSEM NETWORK (Company Hosting / Hosting Provider). Kalau tak silap aku. Dia juga merupakan freelancer kepada Joomla, Mozilla dan banyak lagilah. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal dia. Silalah berkenalan dengan dia sendiri ya.

Sebenarnya aku join event tu sebagai seorang blogger dan bukannya contributor. Tapi selepas aku join event tu, rasa teringin pula nak jadi salah seorang contributor. Tapi segan pula, maklumlah ilmu IT aku pun sekadar biasa-biasa sahaja kalau nak dibandingkan dengan mereka-mereka yang ada dalam komuniti Mozilla Malaysia tu. Nak-nak lagi aku ni bukannya pandai sangat bab-bab coding. Tapi kalau setakat nak sumbangkan tenaga dalam aktiviti menterjemah tu bolehlah kot agaknya.

Kalau mereka anjurkan lagi event seperti ini. In syaa Allah aku akan join lagi. Tapi bergantung kepada lokasi jugalah. Kalau aku boleh sampai, In syaa Allah aku akan join. Kalau jauh tu tak dapek la den nak poie. Apa-apapun kepada sesiapa yang berminat nak join komuniti ni. Bolehlah like fanpage facebook Mozilla Malaysia.

Post a Comment

 

Artikel Terkini