Masak Sendiri Atau Khidmat Katering?

April 5, 2013

rewang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Minggu lepas adik perempuan M'Rie telah melangsungkan majlis perkahwinan, dan majlis tersebut boleh dikatakan adalah majlis pertama yang terbesar pernah dibuat oleh keluarga M'Rie. Majlis tersebut telah menelan belanja sekitar RM20k++ (anggaran kasar, sebab tak pasti berapa kos sebenar. Tapi memang lebih dari RM20k).

Jadi hari ni M'Rie tergerak hati untuk berkongsikan pengalaman yang diperolehi semasa majlis perkahwinan tersebut berlangsung.

Majlis perkahwinan ni berlangsung dengan menggunakan khidmat katering (Ayah punya keputusan) dan khidmat katering ni menelan belanja RM14k++ (Penanggah 10-11 orang, makanan untuk 1500 tetamu, pinggan dan cawan, tray makanan, makan beradab, tempat basuh tangan dan lain-lain). Tapi itu adalah keputusan muktamad ayah M'Rie yang nak guna khidmat katering. Tapi bagi M'Rie dan adik beradik yang lain. Kami lebih kepada nak masak sendiri, maksudnya memasak bersama saudara-mara dan orang kampung. Tapi nak buat macam mana, ayah dah buat keputusan macam tu. Jadi kami kena terimalah.

Tapi pada saya tak berbaloi menggunakan khidmat katering ni. Sebabnya kos yang terlalu tinggi. Bayangkanlah untuk katering sahaja dah memakan kos RM14k++. Itu belum lagi kos lain-lain persiapan.

Kos khemah sahaja dah RM2,000, Tapi dapat diskaun RM200 sebab ambil khidmat khemah dengan saudara sendiri. Nasib baiklah bayaran khemah bukan dikira hari. Kalau kira hari. Confirm bankrap der.

Antara kos lain bagi majlis ni adalah:

RELA: RM260
Kompang: RM160
Karaoke (Sedara punya) : Not Sure, tapi rasanya adalah dalam RM400-600 macam tu
Door Gift: RM3,000
Barang Dapur (untuk majlis nikah punya jamuan): RM3,000 (anggaran sahaja)

wedding-cateringSetakat ni itu sahaja kos yang M'Rie dapat kesan. Lain-lain kos yang tidak dikira adalah kos mengubahsuai rumah (maklumlah rumah dah lama, rumah kampung pula tu).

Apa-apapun di sini M'Rie nak nasihatkan kepada bakal-bakal pengantin. Sebelum nak memilih sama ada nak menggunakan khidmat katering ataupun masak sendiri. Sila lihat pada bajet anda. Jika bajet anda terhad. M'Rie sarankan anda masak sendiri hidangan untuk tetamu majlis. Kalau nak gunakan khidmat katering pun boleh. Tapi ambil khidmat menyediakan makanan untuk tetamu, pinggan dan cawan, dan tray makanan sahaja. Tak perlu upah penanggah dan sewa tempat membasuh tangan. Tempat membasuh tangan seelok-eloknya pinjamlah dengan sedara-mara ataupun jiran tetangga. Penanggah tu mintalah bantuan sedara-mara ataupun sahabat handai yang rapat.

Di sini juga M'Rie nak berpesan. Kita kalau nak melangsungkan sesuatu majlis perkahwinan itu biarlah kena dengan bajet yang dimiliki. Janganlan buat majlis secara besar-besaran andai tiada bajet. Sebelum kita membuat keputusan, kita kena pertimbangkan kesan (effect) kepada diri sendiri dan keluarga selepas majlis tamat nanti. Biasanya sebelum majlis memang kita tak rasapun kesannya. Tapi lepas majlis dah habis baru kita akan rasa bebenan yang sebenar kita perlu tanggung (kos majlis).

Mungkin majlis kahwin M'Rie nanti akan dilangsungkan secara sederhana sahaja. Sebab pada M'Rie tak perlulah nak membazir untuk majlis kahwin. Ya, memang akan ada suara-suara yang mengatakan kahwin ni sekali seumur hidup. Tapi pada M'Rie ayat tu tak relevan dah. Sebabnya kita tak pasti pun sama ada kita kahwin sekali seumur hidup. Sebabnya tiada jaminan pun yang perkahwinan kita tu akan kekal lama. Lihat sahaja trend sekarang. Ramai yang kahwin lebih dari sekali. Jadi tak perlulah membazir duit buat majlis yang besar-besar andai tiada bajet yang mencukupi. Membazir itu amalan syaitan.

psst: kalau masak sendiri. Mana-mana barang yang belum digunakan. Boleh tolak semula kepada pemborong. Tu kalau beli barang di kedai boronglah.

Post a Comment

 

Artikel Terkini