Tips mendapatkan dan mengekalkan CGPA 3.0 - 4.0

December 20, 2011


Jika anda seorang pelajar ataupun Mahasiswa/Mahasiswi. Pernahkah anda menginginkan pencapaian CGPA yang tinggi iaitu CGPA 3.0 - 4.00 ?

Jawapannya: Sudah pastilah kita ingin mendapatkan keputusan yang cemerlang bagi setiap semester. Siapalah yang tidak mahu keputusan pengajian yang cemerlang setelah bersusah payah berhempas pulas study bagaikan nak pecah kepala otak kita mengulangkaji pelajaran siang dan malam. Di sini saya ingin berkongsikan beberapa tips untuk mendapatkan ataupun mengekalkan CGPA setiap semester pengajian.
  1. Jangan kerap ponteng kelas / kuliah.
  2. Siapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah.
  3. Jangan bertangguh untuk melaksanakan setiap tugasan yang diberi oleh pensyarah.
  4. Sentiasa menjaga hubungan baik diantara pelajar & pensyarah. Supaya kelak kita mudah mendapat markah bonus.
  5. Hantar tugasan yang diberi mengikut "due date" yang diberikan oleh pensyarah.
  6. Jika tidak faham dengan apa yang diajar oleh pensyarah. Sila bertanya, jangan sesekali segan untuk bertanya.
  7. Berikan hasil yang terbaik bagi setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
  8. Jangan sesekali menciplak hasil tugasan orang lain.
  9. Jangan membuat tugasan yang diberikan secara ala kadar. Ini kerana apa yang anda beri, itulah yang anda akan dapat kembali.
  10. Sentiasa menggunakan "Align: Justify" bagi setiap tugasan bercetak yang menggunakan Microsoft Office Word. Ianya akan menampakkan kekemasan bagi setiap dokumen tugasan.
  11. Sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi, awal dari masa yang diberikan. Ini kerana ianya akan memudahkan kita membetulkan kembali hasil kerja kita jika ada yang tidak kena pada hasil kerja kita.
  12. Sentiasa datang awal ke kelas/kuliah.
  13. Jangan kerap meminta bantuan dari rakan anda untuk menyiapkan tugasan anda. Ini kerana ianya hanya akan merugikan diri anda sendiri. Sebab melalui proses menyiapkan tugasan akan mengajar kita & meningkatkan pengetahuan kita dalam apa yang kita buat.
  14. Dahulukan/utamakan sesuatu yang mempunyai keutamaan yang tinggi. Seperti jika anda terpaksa memilih mengikut rakan-rakan anda bersiar-siar dengan menyiapkan tugasan. Anda harus mengutamakan tugasan. Ini kerana bersiar-siar bersama rakan-rakan itu boleh dilakukan di lain masa.
  15. Jangan mudah berputus asa bila anda berdepan dengan kegagalan. Kerana jika anda gagal sekali, tidak bermakna anda akan gagal selama-lamanya. Anda harus ingat "Kegagalan itu adalah pintu kepada kejayaan. Kerana kegagalan adalah tangga untuk mencapai kejayaan.".
  16. Pastikan anda mementingkan kualiti hasil kerja tugasan yang diberikan. Ini kerana hasil kerja yang berkualiti akan memberikan kelebihan dari segi penilaian pensyarah.
Picture Credit: MEME Generator
Source: Sembang Cyber

Post a Comment

 

Artikel Terkini