Showing posts with label Zone Blog Hunterz. Show all posts
Showing posts with label Zone Blog Hunterz. Show all posts

2012 Top Blog Blogspot Pilihan Sembang Cyber

January 7, 2013

Hasrul Hassan (HH)

Blog yang menjadi kegemaran aku semenjak dua menjak ni. Selalu juga aku baca artikel dari blog ni. Owner dia boleh dikatakan seorang yang pemurah. Pemurah dari segi apa tu?

Kalau anda nak tahu. Owner blog ni memang pemurah dalam memberi ilmu berkaitan blogging. Dia tak kedekut pun memberi ilmu berkaitan blog. Saudara HH ni boleh dikategorikan OTAI BLOGGER yang tak kedekut ilmu berbanding segelintir blogger professional lain yang agak sukar nak berkongsi ilmu yang mereka ada.

Niche: Blog, Blogging, General

Hanif Bin Idrus Blog

Blog ni pun merupakan salah 1 blog yang selalu aku terjah sepanjang 2012. Ini kerana penulisan blog ini boleh dikatakan mampu menarik minat aku untuk membaca. Tapi biasanya penulisan yang ditulis sendiri oleh owner blog nilah yang selalu aku baca dan komen. Ini kerana blog ni terdiri dari 2 bahagian penulisan (ni aku sendiri yang kata bukan owner dia ya) iaitu personal/general & berita/copypaste.

Niche: Personal, General, Berita

Boni Kacak

Blog bro handsome ni selalu juga aku terjah. Tapi amat jarang sekali aku mengomen di blog ni. Pemilik blog ni friendly tau dan kacak juga (psst tu owner dia yang katalah..hehehe). Aku selalu terjah blog dia sebab dia selalu terjah blog aku. Dia juga merupakan salah seorang blogger yang sering mengomen di blog aku.

Aku kagum juga dengan Mr Boni ni. Sebab blog dia komen dahsyat woo. Setiap kali aku masuk blog dia, ruangan komen dia pasti meletup dengan komen yang banyak...hehehe..jealous i u.

Link: Boni Kacak
Niche: Personal, General, Berita

Danielde4

Owner blog ni aku baru kenal beberapa bulan yang lepas. Owner blog ni baru nak masuk 17 tahun dan tahun ni dia akan menduduki peperiksaan SPM. By the way aku memang tabik spring sama blogger ni. Walaupun blog dia tak sampai setahun, tapi PV blog dia boleh dikatakan top jugalah. Blog aku ni yang dah berusia setahun pun belum lepas 40k PV (hahaha..terukkan aku punya blog). Tapi PV blog dia tak lama lagi mampu melepasi PV aku.

Blog ni membawa NICHE BLOG/BLOGGING, kerana kebanyakkan artikel yang ada dalam blog ni banyak yang berkisar/berkait dengan dunia blog.

Link: Danielde4
Niche: Blog, Blogging, General

Nick Nashram

Owner blog ni hebat dalam BI (agaknyalah, kalau tak silap cikgu BI kot). Penulisan dia juga mampu menarik aku untuk membaca diblognya. Tapi biasanya aku jadi silence reader jer, bergantung kepada mood aku jugalah. Tapi kerap jugalah aku masuk blog dia. Adakalanya aku akan mengomen dan adakalanya just baca macam tu jer.

Niche: Personal, General

Namia Cinta - Bila Cinta Mula Berkasih Sayang

Blog ni pun salah satu blog yang kerap aku terjah dan komen. Blog ni lebih kepada blog personal. Penulisan dia pun boleh tahanlah. Sebenarnya aku ada buat deal Exchange RSS Feed dengan blog ni atas dasar suka sama suka, maksudnya ada win-win situation lah macam tu.

Niche: Personal

Sembang Cyber ~ All in One Blog

Hehehe..ni pun blog favorite aku juga. Walaupun ianya blog aku sendiri. Sebabnya aku kerap juga buka dan melawat blog aku. Biasalah tu, normal bagi para blogger suka tengok blog sendiri.

Niche: Personal, General, Tutorial, Blogging, Informasi
{ 0 ♥ comment }

Blog Ibu Berbicara

November 10, 2012

Cetusan Hati Luahan PerasaanOkay blog ke 3 yang bakal di review adalah blog milik "Kak Nor Salmi", beliau adalah pemilik blog "Ibu Berbicara".

My Review:

Blogger Name : Nor Salmi.
Blog Title : Ibu Berbicara.
Blog Platform : Blogspot.

Dari apa yang aku nampak. Blog tersebut memang simple, kemas, dan sedap mata memandang. Warna tema yang digunakan sudah tentulah bersesuaian dengan naluri seorang wanita. Blog yang macam nilah aku suka follow.

Widget-widget yang diletakkan disidebar boleh dikatakan okay. Kemas dan tersusun rapi gitu. Tak macam sesetengah blog gugurl yang aku pernah masuk sebelum ni. Kebanyakkannya meletakkan widget dan item-item yang tidak berkepentingan.

Niche blog ni aku rasa adalah "GENERAL BLOG & PERSONAL". Sebabnya artikel yang ada dalam blog tu bercampur niche. Ada artikel berbentuk info dan personal.

Sistem komen blog ni masih lagi menggunakan sistem lama. Di mana tiadanya fungsi "Reply Comment", dalam erti kata lain blog tersebut tidak menggunakan fungsi threaded comment. Rasanya kalau owner dia kasi pasang fungsi threaded comment, confirm bertambah cunlah blog tu (ni cadangan jer).

Blog Ibu Berbicara menggunakan linkwithin untuk memaparkan artikel yang berkaitan. Pada aku dah tak ramai yang menggunakan linkwithin ni. Rasanya ada widget yang lagi cun. Kalau tak silap aku nama widget tu nrelate kot. Not sure about that.

Wah baru aku perasanlah yang dalam blog Ibu Berbicara ada juga resipi. Salah satu artikel kesukaan aku. Apa-apa pun overall blog ni pada aku okay dan sangat cantik penampilannya. Nak tau macam mana rupa blog tu...silalah terjah ke sana ya.
{ 0 ♥ comment }

Miz Ruha Punya Blog

November 4, 2012

Miz RuhaBlog ke 2 yang akan di review dalam segmen "Zone Blog Hunterz" adalah blog milik Miz Ruha. Beliau adalah blogger wanita berasal dari Kuantan (ni aku tengok kat blog dia ya). Dia pangkat adiklah kot. Sebab umur dia baru 24 tahun (ni pun aku tengok kat blog dia juga). Tapi tak taulahkan info tu betul or tak. Kita tunggu jelah empunya blog komen nanti ya.

Review Time:

Blog Title: Miz Ruha.
Blog Platform: Blogspot.
Review Date: 4 November 2012.
  • Blog milik Miz Ruha ni simple, kemas, tersusun, dan enaklah mataku memandang.
  • Beliau menggunakan warna tema hijau. (sebenarnya blog aku jadi hijau pun ilhamnya datang dari blog Miz Ruha lah...jeng2 dah kantoi).
  • Header tu terlalu besar tapi menariklah. Cuma header tu akan mengganggu loading blog, terutama time internet aku macam kura-kura.
  • Blog ni tak menggunakan "Read More". Tapi okaylah sebab artikel dia tak der lah panjang sangat kalau nak dibandingkan dengan blog aku ni. Aku pun guna read more sebab aku suka taip panjang-panjang...hehehe.
  • Widget penting ada dan kemas.
  • Kalau ada site map aku lagi suka. Sebab senang sikit aku nak explore blog.
So far aku suka dengan penampilan blog Miz Ruha. Rasanya tak der apa sangatlah kot yang aku nak kritik pedas like Paul Mos tu kan. By the way aku perasanlah juga yang blog Miz Ruha ni tak der "Related Post". Tapi tak per ar kot. Sebab ada widget "Archive" di sidebar blog beliau.

Blog milik siapakah yang bakal di review next time....???

Tungguuuuu...

Please Take Note: Penampilan blog yang di review tidak semestinya sama seperti dalam gambar di atas. Ianya tertakluk kepada perubahan yang dilakukan oleh pemilik blog dari semasa ke semasa. Review dilakukan mengikut tarikh yang tertera pada artikel.
{ 0 ♥ comment }

Hanif Bin Idrus Punya Blog

October 25, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua dan salam Aidil Adha bagi semua umat Islam yang bakal meraikannya pada hari esok.

Okay, hari ni aku akan wujudkan 1 lagi kategori dalam blog SembanGCyber.com, dan kategori tu diberi nama "Zone Blog Hunterz".

Apa ke benda "Zone Blog Hunterz" tu ?

Okay.."Zone Blog Hunterz" ni aku akan buat review untuk blog-blog tertentu yang aku nak review. Untuk "Zone Blog Hunterz" ni aku tak review berdasarkan permintaan, tapi aku lebih prefer kepada blog pilihan aku jer.

Blog pertama yang aku nak review adalah blog "Hanif Bin Idrus". Dia ni adalah salah seorang pengomen dalam blog aku dan blog dia juga adalah salah sebuah blog yang aku follow.

Rupa Blog Hanif Bin Idrus.

Disebelah kiri nilah rupa blog abe Hanif sekarang. Sebab kalau tak silap aku. Dia baru tukar template.

Tapi pada pendapat akulahkan. Template tu kurang menarik. Aku pun tak taulah apa yang membuatkan ianya kelihatan tidak menarik. Tapi pada aku pemilihan template kurang bersesuaian + template tu kelihatan seperti "Old Fashion". (Jangan marah ya abe Hanif..ni pandangan ikhlas dari saya jer. Bukan mengutuk ya.)

Warna yang digunakan pada blog juga cam suram gitu. Tapi pendapat orang lain tu aku tak tau ar kan. Tapi combination warna tu cam tak berapa nak ada chemistry kot. By the way..ada something yang aku nak tanya dengan abe Hanif ni. Soalan cepumas gitu. "Kenapa erk abe Hanif tak nak guna Custom Template ?".

Apa Yang Aku Suka Dengan Blog Ni ?

Okay sebenarnya aku suka denga cara dan corak penulisan abe Hanif. Biasanya aku akan baca dan komen mana-mana artikel yang dia tulis sendiri + artikel abe Hanif juga mampu menarik perhatian aku untuk membaca blog beliau.

Sebab dalam blog abe Hanif ni ada artikel berkaitan berita. Sebenarnya aku tak berapa suka baca blog berita. Kalau u all tanya kenapa, aku pun tak tau kenapa aku tak suka baca blog berita.

Aku lebih suka blog yang menulis dengan idea dia sendiri, santai, not a copycat article, artikel yang berbentuk pelajaran seperti TUTORIAL, dan macam-macam lagilah.

Penggunaan Widget.

So far widget-widget penting ada. Cuma kedudukannya kurang bersesuaian. Sepatutnya widget "Post Terbaru" dan "Popular Post" harus diletakkan paling atas di sidebar.

Erm...kekurangan 1 widget yang boleh dikatakan penting juga. Widget yang dimaksudkan adalah widget "Related Post" yang seharusnya diletakkan di akhir artikel. Sebenarnya penggunaan "Related Post" ni penting untuk membuatkan para visitor blog menjelajah artikel-artikel lama kita dan penggunaanya juga mampu meningkatkan "Page View & Post View" dan mengurangkan "Bounce Rate" blog.

Okay..so far tu jer lah kot review aku buat blog abe Hanif. Aku minta maaf andai abe Hanif terasa dengan apa yang aku ulas. Tapi percayalah, apa yang aku katakan adalah untuk kebaikan abe Hanif juga. Bukan niat nak memburukkan. Tapi ianya hanyalah sekadar perkongsian bersama sahaja. Dalam dunia blogging ni tak salah kalau kita menegur untuk kebaikan. Kalau rasa tak nak kena tegur. Elok berhenti jadi blog writer.

Oops..terlupa pula aku. Penggunaan "Read More" a.k.a "JumpLink" juga boleh dikatakan berguna untuk mengurangkan loading blog semasa pelawat membuka homepage blog. Dan ianya juga mampu membuat pelawat untuk meneruskan pembacaan andai sesuatu artikel itu menarik perhatian pelawat untuk membaca.

Blog Title : Hanif Bin Idrus.
Blog Platform : Blogspot.
Review Date : 24 Oktober 2012.

Please Take Note: Penampilan blog yang di review tidak semestinya sama seperti dalam gambar di atas. Ianya tertakluk kepada perubahan yang dilakukan oleh pemilik blog dari semasa ke semasa. Review dilakukan mengikut tarikh yang tertera pada artikel.
{ 0 ♥ comment }
 

Artikel Terkini