2012 Top Blog Blogspot Pilihan Sembang Cyber

January 7, 2013

Hasrul Hassan (HH)

Blog yang menjadi kegemaran aku semenjak dua menjak ni. Selalu juga aku baca artikel dari blog ni. Owner dia boleh dikatakan seorang yang pemurah. Pemurah dari segi apa tu?

Kalau anda nak tahu. Owner blog ni memang pemurah dalam memberi ilmu berkaitan blogging. Dia tak kedekut pun memberi ilmu berkaitan blog. Saudara HH ni boleh dikategorikan OTAI BLOGGER yang tak kedekut ilmu berbanding segelintir blogger professional lain yang agak sukar nak berkongsi ilmu yang mereka ada.

Niche: Blog, Blogging, General

Hanif Bin Idrus Blog

Blog ni pun merupakan salah 1 blog yang selalu aku terjah sepanjang 2012. Ini kerana penulisan blog ini boleh dikatakan mampu menarik minat aku untuk membaca. Tapi biasanya penulisan yang ditulis sendiri oleh owner blog nilah yang selalu aku baca dan komen. Ini kerana blog ni terdiri dari 2 bahagian penulisan (ni aku sendiri yang kata bukan owner dia ya) iaitu personal/general & berita/copypaste.

Niche: Personal, General, Berita

Boni Kacak

Blog bro handsome ni selalu juga aku terjah. Tapi amat jarang sekali aku mengomen di blog ni. Pemilik blog ni friendly tau dan kacak juga (psst tu owner dia yang katalah..hehehe). Aku selalu terjah blog dia sebab dia selalu terjah blog aku. Dia juga merupakan salah seorang blogger yang sering mengomen di blog aku.

Aku kagum juga dengan Mr Boni ni. Sebab blog dia komen dahsyat woo. Setiap kali aku masuk blog dia, ruangan komen dia pasti meletup dengan komen yang banyak...hehehe..jealous i u.

Link: Boni Kacak
Niche: Personal, General, Berita

Danielde4

Owner blog ni aku baru kenal beberapa bulan yang lepas. Owner blog ni baru nak masuk 17 tahun dan tahun ni dia akan menduduki peperiksaan SPM. By the way aku memang tabik spring sama blogger ni. Walaupun blog dia tak sampai setahun, tapi PV blog dia boleh dikatakan top jugalah. Blog aku ni yang dah berusia setahun pun belum lepas 40k PV (hahaha..terukkan aku punya blog). Tapi PV blog dia tak lama lagi mampu melepasi PV aku.

Blog ni membawa NICHE BLOG/BLOGGING, kerana kebanyakkan artikel yang ada dalam blog ni banyak yang berkisar/berkait dengan dunia blog.

Link: Danielde4
Niche: Blog, Blogging, General

Nick Nashram

Owner blog ni hebat dalam BI (agaknyalah, kalau tak silap cikgu BI kot). Penulisan dia juga mampu menarik aku untuk membaca diblognya. Tapi biasanya aku jadi silence reader jer, bergantung kepada mood aku jugalah. Tapi kerap jugalah aku masuk blog dia. Adakalanya aku akan mengomen dan adakalanya just baca macam tu jer.

Niche: Personal, General

Namia Cinta - Bila Cinta Mula Berkasih Sayang

Blog ni pun salah satu blog yang kerap aku terjah dan komen. Blog ni lebih kepada blog personal. Penulisan dia pun boleh tahanlah. Sebenarnya aku ada buat deal Exchange RSS Feed dengan blog ni atas dasar suka sama suka, maksudnya ada win-win situation lah macam tu.

Niche: Personal

Sembang Cyber ~ All in One Blog

Hehehe..ni pun blog favorite aku juga. Walaupun ianya blog aku sendiri. Sebabnya aku kerap juga buka dan melawat blog aku. Biasalah tu, normal bagi para blogger suka tengok blog sendiri.

Niche: Personal, General, Tutorial, Blogging, Informasi

Post a Comment

 

Artikel Terkini