1st time dalam seumur hidup ku membuat advertorial dan ianya merupakan pengalaman baru yang diperolehi sepanjang aku menceburkan diri di dalam dunia penulisan blog.
Dalam tempoh menghasilkan advertorial tu. Ada juga aku bertanya kepada rakan-rakan blogger di facebook. Ada lah seorang rakan mencadangkan kepada ku. Belajarlah dari blog JustKhai.
Herm...pada mulanya rasa sangsi juga dengan cadangan rakan blogger tu. Al maklumlah blog yang dicadangkan tu adalah blog berunsurkan hiburan. Tapi bila diselongkar, memang ada advertorial. So aku pun mulalah membaca advertorial yang dihasilkan oleh JustKhai.
Ternyata advertorial yang dihasilkan memang santai dan berinformasi. Kiranya konsep advertorial ni adalah gabungan review + informasi + promosi dan dari 3 elemen itu tadi, terhasillah sebuah advertorial. Walaupun konsep asalnya adalah advertisement + editorial = advertorial.
Tetapi pada aku formula yang sepatutnya bagi advertorial adalah gabungan elemen review + informasi + promosi = advertorial ataupun advertisement + editorial + promotion = advertorial.
Aku berterima kasih sangat kepada rakan blogger yang memberikan peluang dan kepercayaan kepada ku untuk menghasilkan advertorial. Walaupun aku sendiri tidak tahu sebab musabab si dia memberikan aku job ni.
Ini kerana aku bukanlah seorang yang rajin menulis. Apa entah lagi aku ni bukannya suka membuat karangan. Maklumlah karangan ni adalah salah satu subjek dalam Bahasa Melayu yang aku tidak minati selain matematik. Tapi apa-apa pun aku berani menerima job tu pun sebab aku nak mencuba sesuatu yang baru. Bahkan melalui job tu juga, sedikit sebanyak kemahiran blogging aku akan bertambah walaupun tak der ar sampai tahap seorang pakar.
Oleh kerana disebabkan advertorial tu adalah job yang diberikan oleh orang lain. Maka tak dapatlah aku nak tunjuk pada korang. Sebab advertorial tu bukan disiarkan di blog aku. so pandai-pandailah korang cari sendiri dekat mana advertorial tu akan dipaparkan. Sekian.....bubye...and As Salam..
Pict Source: Gawker.com
Pict Source: Gawker.com
Post a Comment