Wah dah lama rasanya M'Rie tak update blog kerana dek kemalasan dalam diri ini. Tapi hari ini tetiba pula teringin nak update blog. Kali ini M'rie nak mengupas isu berkaitan "Bila Seorang Penulis Blog, Berperangai Diva".
Mesti anda semua tertanya-tanya macam mana seorang penulis blog itu boleh dikategorikan dalam golongan yang berperangai DIVA. Sebenarnya penulis blog berperangai diva ni lebih kurang sama sahaja dengan penulis blog yang digelar "Blogger Retis" tapi bezanya depa ni up sikit dari blogger retis. Up yang macam mana tu erk ?
Okay depa ni sebenarnya digelar Blogger Diva. Adalah kerana depa ni suka sangat menagih simpati serta suka memaksa orang lain untuk buat sesuatu untuk mereka.
Apa yang mereka suruh buat tu ?
Kebiasaannya Blogger Diva ni akan meminta rakan-rakan facebook mereka supaya mengundi, mengelike, mengeshare dan sebagainya. Kira depa ni minta tolong untuk bagi depa menang dalam sesuatu pertandinganlah senang citer.
M'Rie menulis artikel ni bukanlah nak memalukan depa tu. Tapi penulisan ini hanyalah sekadar luahan perasan hati M'Rie sahaja. Mana taknya, bila depa buat macam tu dan kita pun tak memberi respon yang positif. Mulalah Blogger Diva tadi buat status di facebook dengan ayat-ayat sinis. Gara-gara permintaan mereka itu tidak ditunaikan oleh rakan blogger yang lain.
Sebenarnya rakan-rakan blogger bukanlah tak mahu menolong. Tapi ianya adalah disebabkan oleh blogger yang meminta pertolongan itu sendiri. Sebab utama mengapa rakan-rakan blogger tidak mahu memberikan kerjasama adalah disebabkan tiadanya konsep "Win win situation".
Kesilapan Yang Sering Dilakukan Bila Meminta Pertolongan Dari Rakan Blogger.
Kesilapan blogger yang meminta pertolongan dari rakan blogger lain adalah dimana mereka ini sering mementingkan diri sendiri. Di mana mereka ingin memenangi pertandingan yang disertai, akan tetapi mereka hanya membalas pertolongan dengan hanya mengucapkan ucapan "Terima Kasih" sahaja.
Di sini sahaja sudah menampakkan tiadanya konsep "Win win situation". Yang kelihatan hanya keuntungan kepada sebelah pihak sahaja. Iaitu si peminta tolong tadi sahaja yang mendapat manfaat. Manakala yang menolong cuma mendapat ucapan "Terima Kasih" sahaja.
Inilah kesilapan yang sering dipandang remeh oleh blogger-blogger yang selalu mengharapkan pertolongan dari rakan blogger mereka. Mereka terlupa ataupun terlepas pandang akan perkara kecil ini.
Ya, ianya memang nampak kecil sahaja. Tetapi impaknya besar di masa akan datang. Sebab itulah anda tidak mendapat maklum balas yang positif bila anda meminta bantuan dari rakan blogger anda.
Anda menyalahkan rakan blogger anda disebabkan oleh kesilapan yang dilakukan oleh anda sendiri sama ada anda sedar ataupun tidak akan kesilapan itu. Sebab itu tanpa segan silu anda menyalahkan rakan blogger anda sebab mereka memberikan respon yang dingin terhadap permintaan anda itu.
Apa yang perlu dilakukan ?
Jawapannya ada pada diri anda sendiri. Anda sepatutnya tahu apa yang patut dilakukan sebelum anda ingin meminta sesuatu dari rakan blogger anda.
Mungkin mereka-mereka yang telah menghulurkan bantuan itu tidak meminta sebarang balasan. Tapi kita kenalah berfikir di luar ruang pemikiran. Janganlah bila mereka kata tak perlukan apa-apa balasan, kita pun ikutkan sahaja.
Seboleh-bolehnya balaslah pertolongan itu tadi dengan mempromosikan blog mereka, mengklik iklan-iklan di blog mereka, ataupun bantulah mereka semula dengan mengklik iklan-iklan yang mereka publish di wall facebook mereka.
Lagipun jika anda berbuat demikian. Barulah wujudnya "Win win situation" diantara kedua-dua belah pihak. Bahkan ianya tidak merugikan pun. Dua-dua pihak mendapat manfaat dari kerjasama yang dilakukan.
Post a Comment