Konsep sebenar copy and paste dalam dunia blogging.

December 24, 2011

“Wajarkah Blogger Copy Paste Itu Di Beri Gelaran Blogger ? Sedangkan mereka mencuri hasil karya orang lain.”.
“Blogger Copy Paste Itu Sampah.”
“Blog Copy Paste Itu Blog Sampah.”
“Bogger Copy Paste Itu Pencuri.”
Pernahkah anda membaca ayat-ayat di atas ataupun terdengar orang berkata-kata tentang isu di atas mahupun anda sendiri yang mempertikaikan tentang isu di atas ?

Sesungguhnya jika anda seorang penulis di alam maya ataupun anda seorang penulis blog yang bergelar BLOGGER, dan anda menentang habis habisan kerana anda bersetuju dengan ayat-ayat diatas. Anda sebenarnya tidak layak menjadi seorang penulis di alam maya/penulis blog.

Ini kerana anda sendiri tidak tahu akan konsep sebenar “Copy & Paste”, bagaimana pula anda boleh mempersoalkan tentangnya ?

Sebenarnya ramai yang telah menyalah tafsirkan konsep “Copy & Paste”, ini kerana untuk pengetahuan anda. Copy & Paste di dalam dunia blogging adalah bermaksud “Menyalin dan menyiarkan kembali hasil karya penulis lain di dalam laman web ataupun laman blog lain.”.

Jenis “Copy & Paste” di dalam arena blogging

  1. Copy & Paste Secara Beretika.
  2. Copy & Paste Secara Tidak Beretika (Plagiat).

Copy and Paste Beretika

  • Konsep Copy & Paste jenis ini sebenarnya adalah konsep sebenar dalam dunia blogging yang digunapakai oleh para blogger/penulis blog profesional. Ini kerana si tukang Copy & Paste akan memberikan kredit penghargaan ataupun backlink kepada penulis asal.
  • Maksudnya, setiap artikel yang disalin dan disiarkan semula akan di link-kan dengan artikel asal. Kebiasaannya si Tukang Copy & Paste ini akan menamakan si penulis asal sebagai sumber rujukan, dan ianya akan diletakkan di dalam artikel yang di copy ataupun diakhir artikel.

Copy & Paste Secara Tidak Beretika (Plagiat).

  • Copy & Paste jenis ini sebenarnya yang salah. Ini kerana si Tukang Copy & Paste telah menyalin dan menyiarkan kembali hasil penulisan orang lain di blog mereka sendiri tanpa memberikan sebarang backlink mahupun kredit penghargaan.
  • Kebiasaannya si Tukang Copy & Paste, sama sekali tidak akan menyatakan tentang sumber penulisan yang di curinya. Mereka tidak akan menge-link-kan artikel yang di copy dengan artikel asal. Kiranya mereka memperlihatkan yang artikel itu adalah hasil penulisan mereka sendiri.
Sebenarnya tidak menjadi satu kesalahan pun jika kita ingin mengambil hasil penulisan orang lain untuk di masukkan ke dalam blog kita tanpa kebenaran si penulis. Asalkan kita memberikan backlink & menyatakan sumber asal penulisan itu dari mana.

Nasihat saya di sini. Jika kita ingin mengambil sesuatu artikel itu untuk dijadikan sebagai penulisan kita di dalam laman blog sendiri. Seelok-eloknya, berikanlah tanda penghargaan dengan meletakkan link artikel asal di dalam artikel yang kita ambil. Ini kerana perkara seperti itu tetap akan berlaku kepada kita juga nanti. Cuma kita tidak tahu bila ianya akan berlaku ke atas kita. Kita juga pasti akan berasa marah bila hasil penulisan kita di ciplak oleh orang lain tanpa sebarang kredit penghargaan kepada kita. Jadi renung-renungkan, mari berblogging.


Picture Credit To: Korean Fanfict Zone.

Post a Comment

 

Artikel Terkini