Faktor-faktor yang mempengaruhi masa loading blog.

December 23, 2011

Pernahkah anda terfikir. Kenapa dan mengapa sesuatu blog itu, mengambil masa yang lama untuk memaparkan isi-isi di dalamnya ?

Jawapannya adalah kerana blog berkenaan mempunyai terlalu banyak plug-in, widget-widget, gambar yang besar, penggunaan code iframe tanpa kawalan, terlalu banyak hiasan semata-mata mahu menarik minat pengunjung untuk berkunjung ke dalam blog kita dan banyak lagi.

Okay, antara penyebab-penyebab utama loading blog menjadi berat dan mengambil masa yang lama untuk memaparkan isi kandungan sesuatu blog adalah:

Widget/Plug-in yang tidak mempunyai keutamaan.

  • Kebanyakkan blogger-blogger masa kini terlalu ghairah ketika berblogging. Maklumlah masih baru lagi dalam dunia blogging. Kebiasaannya tahap keobsesan seseorang blogger baru ni. Biasanya mereka excited untuk mencuba semua widget/plug-in yang mereka rasakan menarik tanpa menghiraukan kesan penggunaan widget/plug-in yang terlalu banyak.
  • Ya memang tidak dinafikan. Para blogger yang berpengalaman pun pernah melakukan apa yang blogger baru lakukan. Ini termasuklah saya sendiri. Namun kita kenalah alert dengan perkembangan dunia blogging jika kita ingin survive di dalamnya.

Iklan yang terlalu banyak.

  • Bab yang ini memang tidak dinafikan sama sekali. Memang ada segelintir blogger yang taksub menjana pendapatan dari blog. Sehinggakan mereka sanggup meletakkan pelbagai iklan ke dalam blog. Pada mereka, selagi ada ruang kosong. Selagi itulah mereka akan memasukkan iklan di dalam blog mereka.
  • Tahukah anda kebanyakkan code-code iklan di bina menggunakan code pengaturcaraan JavaScript dan iframe. Kebiasaannya code-code iklan berkenaan adalah penyebab utama selain widget/plug-in yang tidak berkepentingan yang menyebabkan loading blog menjadi berat.

Penggunaan gambar tanpa kawalan.

  • Penggunaan gambar yang bersaiz besar dan berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh kamera DSLR juga mempengaruhi masa loading blog.
  • Memasukkan gambar terlalu banyak ke dalam sesuatu artikel juga adalah penyebab mengapa loading blog menjadi berat dan lambat.

Penggunaan Slide Show ataupun Featured Post.

  • Penggunaan slide futured post didalam blog juga menyebabkan loading blog menjadi lambat. Ini kerana kebiasaannya terdapat banyak code JavaScript digunakan pada slide berkenaan. Termasuklah imej yang digunakan juga bersaiz besar.

Pemilihan template/theme yang salah.

  • Kesilapan ini sering dilakukan oleh para blogger yang baru berjinak-jinak dengan dunia pembloggeran. Mereka sering memilih template/theme yang mempunyai design yang cantik dan template/theme itu pula banyak menggunakan unsur image didalamnya.
  • Seelok-eloknya gunakanlah template/theme yang simple. Ini kerana template yang simple adalah lebih ringan berbanding template/theme yang mempunyai hiasan yang melampau-lampau.

Masalah pada sambungan rangkaian internet.

  • Sebenarnya tahap kelajuan sambungan internet di Malaysia ini tidak setanding dengan kelajuan sambungan internet di negara-negara maju. Tapi tiadalah sampai ketinggalan zaman. Cuma kelajuan sambungan internet di Malaysia ini, ada masa-masanya laju dan adakalanya perlahan.
  • Jadi tidak perlulah kita nak pertikaikan sangat kadar kelajuan loading sesebuah blog. Sedangkan kita sudah tahu kadar kelajuan internet di Malaysia ini.
  • Kalau ada pun penyedia internet yang laju di Malaysia ini. Kebanyakkannya mempunyai liputan yang tidak meluas. Ianya hanya meliputi bahagian-bahagian tertentu sahaja.

Post a Comment

 

Artikel Terkini