Showing posts with label Zone IT vs ICT. Show all posts
Showing posts with label Zone IT vs ICT. Show all posts

Eksperimen Melajukan Broadband

September 4, 2012

Selamat Hari Raya dan Salam Merdeka buat semua. Hari ni aku nak share dengan u all semua tentang satu cara bagaimana nak lajukan broadband u all. Sebenarnya ni sekadar bereksperimen jer. Sebab semalam aku ada ternampak satu status facebook rakan fb aku yang share satu eksperimen dia berkaitan broadband. 

Jadi aku pun cubalah sendiri aplikasikan eksperimen sahabat fb aku tu tadi. Tapi bezanya aku mengubah sedikit bahan-bahan yang digunakan.

maxis broadband
Tadaaa..inilah dia eksperimen yang aku katakan tu. Tapi aku tambah kepingan aluminium tin minuman dan juga arial TV mudah alih. Aku juga menggunakan penutup bekas CD dan juga sekeping CD.

Setakat ni okaylah kelajuan internet broadband Maxis aku. Sebelum ni kelajuan internet broadband aku memang lembab mengalahkan siput. Kadang-kadang tu, bila nak buka sesuatu laman web pun boleh jadi error. Gara-gara internet yang lembab.

Kalau u all tak percaya. Di bawah ni adalah "Print Screen" Dashboard broadband Maxis aku. Full Bar tu coverage internetnya. Rugi woo kalau tak cuba. Apa-apa pun tiada jaminan yang benda ni betul ataupun tidak. Pandai-pandailah u all mencubanya ya.

dashboard broadband

Kalau u all kreatif. Rasanya u all boleh hasilkan yang lebih baik dari aku punya tu. Kalau u all ada idea, jangan lupa share sekali dengan aku ya. Selamat mencuba.
{ 0 ♥ comment }

Tips Memformat Laptop Toshiba Satellite C640 (PSC2SL-01U006)

May 24, 2012

Kabare (apa khabar) semua ? Hari ni saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan pengalaman saya ketika memformat (re-format) laptop Toshiba Satellite C640. Baru-baru ni saya telah membeli sebuah laptop Toshiba Satellite C640. Harganya adalah dalam sekitar RM 1500.

Bila saya bawa balik rumah jer. Perkara pertama yang saya akan lihat adalah bahagian "My Computer" dan saya akan lihat "Partition" yang telah disetkan pada "Hard Disk". Sungguh tidak berkenan saya bila "Partition" pada "Hard Disk" hanyalah 1 sahaja. Itu bermakna, terpaksalah saya memformat kembali "Partition Hard Disk" pada laptop berkenaan.

Terus terang saya katakan. Bukan mudah untuk memformat laptop Toshiba jika hendak dibandingkan dengan laptop ACER, DELL, & HP/COMPAQ. Ini kerana base on my experience. Laptop Toshiba adalah laptop yang paling sukar untuk diformat. Part yang paling sukar adalah bila mana kita hendak "install driver" <--set arahan bagi komponen laptop ataupun komputer peribadi.

Mesti akan ada yang mengatakan, apa yang susahnya. Pergi jer lah ke laman web Toshiba. Lepas tu downloadlah drivernya disana. Ya, itu saya tahu. Part yang susah adalah part nak mendownload driver di laman sesawang Toshiba. Ini kerana setiap kali saya nak download driver dari laman sesawang Toshiba. Confirm download session failed. Kebiasaannya driver berkenaan hanya berjaya di muat turun selepas jam 1 pagi sahaja. Sebab saya pernah memformat laptop sahabat saya (model yang sama). Saya mengambil masa sehari suntuk (iaitu dari jam 4 petang hinggalah 5 pagi keesokkan harinya), semuanya gara-gara download session failed.

Driver laptop Toshiba juga bukannya kita boleh download sebarangan. Ini kerana kita kena merujuk pada kod yang terdapat pada bahagian bawah laptop. Ini kerana setiap laptop Toshiba mempunyaI siri kod yang berbeza. Contohnya seperti dibawah:
PSC2SL - 01U006

Tips Memformat Laptop Toshiba Satellite C640 (Win7 Pro 32bit).

Okay, tips ni khas buat mereka yang baru sahaja membeli laptop Toshiba Satellite C640. Buat mereka yang dah lama beli ataupun membeli laptop terpakai pun boleh juga memanfaatkan tips ni.
  1. Perkara pertama yang anda perlu buat sebelum memformat laptop adalah, sila godek/selongkar "Partition Local Disk (c:)".
  2. Pergi ke "My Computer" dan double klik pada Local Disk (c:). Lepas tu pilih file "Program Files".
  3. Kemudian cari & buka file yang diberi nama "Toshiba", lepas tu cari "Bluetooth Toshiba Stack". Di dalam file berkenaan mesti ada driver laptop Toshiba Satellite C640 (Ini kalau anda baru beli laptop dari kedai ya, yang beli 2nd hand tu memang takkan jumpa file ni. Kalau ada pun ianya bukan installer driver.).
  4. Lepas dah jumpa tu. Silalah copy kesemua file yang ada dalam tu ke dalam pendrive ataupun portable hard disk.
  5. Dah siap copy tu. Bolehlah anda meneruskan niat untuk memformat laptop anda.

Kenapa Pilih Laptop Toshiba ?

Saya memilih laptop ini adalah disebabkan oleh bajet + saya memang peminat laptop Toshiba dari dulu lagi. Ini kerana laptop saya yang pertama pun adalah Toshiba.

Kalau anda nak tahu. Laptop Toshiba mempunyai 1 fungsi unik yang saya rasa tiada pada laptop lain. Tapi tak sure lah sama ada ianya ada pada laptop lain ataupun tidak. Ciri yang dimaksudkan adalah:
Kita boleh kembali ke setting sebelum kita melakukan apa-apa perubahan. Maksudnya kita boleh restore setting ke point sebelum kita melakukan perubahan pada setting laptop.
Kalau anda hendak mendapatkan driver laptop TOSHIBA. Anda boleh dapatkannya DI SINI (Download Driver Laptop Toshiba). Kalau nak download, sila pastikan anda melihat kod siri laptop anda dibahagian belakang/bawah laptop. Ini bertujuan untuk mengelakkan anda dari mendownload driver yang salah ataupun tidak compatible dengan model laptop anda.

Note

Tips ni hanya digalakkan kepada mereka yang biasa memformat laptop sahaja ya. Yang tak tau tu, jangan mengatal nak buat pula. Nanti tak pasal-pasal laptop anda rosak. "Sendiri buat sendiri tanggung ya". Saya berani buat sebab saya ada pengalaman masa praktikal di kedai komputer dulu dan memang rutin saya memformat jer kerjanya.

Nasihat saya, kalau tak tau & tak berani nak format laptop sendiri. Sila hantar ke kedai yang berhampiran ya.
{ 0 ♥ comment }
 

Artikel Terkini