SPM Persendirian

May 22, 2012

SPM Persendirian merupakan peperiksaan awam yang lebih kurang sama sahaja dengan Sijil Pelajaran Malaysia (Calon Sekolah). Apa yang membezakan diantara keduanya adalah SPM Persendirian ini bukan untuk calon sekolah. Ianya lebih kepada "PRIVATE CANDIDATE".

Perlaksanaannya pun boleh dikatakan berbeza. Ini kerana calon SPM Persendirian tidak perlu menduduki SPM Percubaan. 

Apa itu SPM Persendirian?

SPM Persendirian merupakan peperiksaan yang di khususkan buat mereka-mereka yang tidak pernah menduduki peperiksaan SPM. Dalam erti kata lain, ianya lebih tertumpu kepada individu yang tercicir dari alam persekolahan atas sebab-sebab tertentu.

Kebiasaannya, peperiksaan SPM Persendirian dijalankan serentak dengan SPM bagi calon sekolah. Tetapi mereka akan diletakkan di dalam dewan peperiksaan yang berasingan dari calon sekolah.

Siapa calon SPM Persendirian?

Calon-calon SPM Persendirian kebiasaannya terdiri daripada:
  1. Individu yang tidak menamatkan persekolahan sehinggan Tingkatan 5. Kebiasaannya individu yang berhenti sekolah selepas PMR (Tingkatan 3).
  2. Individu yang tidak pernah bersekolah (Tercicir dari arus pendidikan). Kebiasaannya individu yang tergolong dalam golongan ini biasanya hidup dalam keluarga yang susah.
  3. Pelajar-pelajar sekolah swasta & Maahad Tahfiz.
  4. Individu yang dibuang sekolah dan tidak dapat menamatkan persekolah sehingga ke Tingkatan 5.

Bagaimana & di mana nak daftar?

Jika anda berminat untuk mengambil peperiksaan SPM Persendirian. Anda boleh mendaftar secara dalam talian (online) di laman sesawang Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selain dari itu. Anda juga boleh mendaftar di Jabatan Pelajaran Negeri di mana anda tinggal. Saya mengesyorkan anda mendaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri secara langsung. Ini kerana ianya dapat menjimatkan kos. Berbanding jika anda mendaftar dengan pihak ke 3 (Pusat Tuisyen / Institut Kemahiran), kerana kebiasaannya pihak ke 3 ini akan mengenakan bayaran tambahan.

Berapa perlu bayar?

Jumlah yuran peperiksaan bergantung kepada jumlah subjek yang anda ambil. Banyak subjek maka jumlah yang perlu dibayar pun besar. Tapi kebiasaannya calon Persendirian digalakkan mengambil 6 subjek utama. Kos Yuran adalah dalam RM200-RM300 (anggaran sahaja, sebab saya dah lupa).

Senarai Subjek:

Subjek Utama:
  1. Bahasa Melayu.
  2. Bahasa Inggeris.
  3. Pendidikan Islam.
  4. Sejarah.
  5. Matematik.
  6. Sains.
Subjek Tambahan:
  1. Ekonomi Asas.
  2. Perdagangan.
  3. Tassawur Islam.
  4. dll (dan lain-lain)

Syarat-syarat menduduki SPM Persendirian.

  1. Berumur 17 tahun pada tarikh peperiksaan bagi mereka yang mempunyai Sijil PMR/SRP.
  2. Berumur 18/19 tahun pada tarikh peperiksaan bagi mereka yang tiada Sijil PMR/SRP.
  3. Warganegara Malaysia yang sah.
Tiada had umur yang ditetapkan bagi menduduki peperiksaan SPM Persendirian.

Etika Pakaian ketika menduduki peperiksaan.

  1. Dilarang memakai Jeans.
  2. Baju hendaklah berkolar.
  3. Berkasut & bukannya sandle/selipar.
  4. Formal + Kasual.
  5. Menutup aurat.

Info Tambahan.

Jika anda mendapat pusat peperiksaan yang sukar untuk anda sampai ke sana. Sila buat permohonan untuk menukar pusat peperiksaan sebelum tarikh peperiksaan anda.

Anda boleh menambah & mengurangkan bilangan subjek yang diambil. Wajib mengambil 6 subjek utama seperti yang dinyatakan di atas.

Pastikan anda hadir 1 jam lebih awal sebelum peperiksaan bermula. Jangan lewat, ini bertujuan untuk mengelakkan anda daripada dilarang dari memasuki dewan peperiksaan.

Pastikan anda menge"OFF"kan handphone anda bila memasuki dewan peperiksaan. Bertujuan untuk mengelakkan handphone anda dirampas. Ianya juga bertujuan untuk mengelakkan gangguan kepada calon lain.

Pastikan anda berpakaian kemas & tidak menjolok mata. Anda datang untuk peperiksaan, bukan datang untuk tayang "BODY".

Note:

Sila rujuk artikel yang berkaitan jika terdapat soalan/persoalan.
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan artikel ini. Sila tinggalkan komen anda dibawah dan jika anda ingin mendapat maklum balas melalui email. Sila hantar kemusykilan / persoalan anda menggunakan borang "EMAIL-US" yang terletak dibahagian menu blog. Insyallah saya akan membalasnya secepat yang mungkin.

Sila baca artikel yang berkaitan (Related Post) dan komen-komen dibawah seandainya terdapat sebarang kemusykilan berkaitan isu ini terlebih dahulu sebelum bertanya. Jika tiada, barulah kemukakan soalan mahupun pertanyaan.

33 comments

05 February, 2014 17:23

Saya menyimpan hasrat untuk menjadi seorang pendidik,Dan berusia 35 tahun,masih belum terlambatkah untuk saya mengambil semula SPM?

13 February, 2014 19:57

@Anna Yahya belum terlambat. Masih ada masa lagi.

18 February, 2014 01:54

Adakah spmu dan spm persendirian berbeza ?
Adakah sy layak untuk memohon maktab perguruan sekiranya sy lulus dlm peperiksaan persendirian ini ?

18 February, 2014 22:21

@Noor ShamimyYa spmu dan spm persendirian adalah berbeza.

Spmu lebih kepada mengulang subjek yang gagal ataupun jika ingat memperbaiki keputusan spm yang lalu.

Manakala spm persendirian adalah untuk mereka yg tidak pernah mengambil peperiksaan spm mahupun mereka yang bermasalah untuk bersekolah.

Ya. Jika anda lulus dan result anda menepati syarat kemasukan. Anda boleh sambung belajar tak kira dimana ipt sekalipun.

21 February, 2014 09:46

asalamualaikum....saya nak tanya macam mana nak daftar spmu....

26 February, 2014 23:02

@nurul ariffin waalaikumussalam. Anda boleh daftar dimana2 jabatan pelajaran negeri yg berhampiran dengan anda. Sekian terima kasih.

04 March, 2014 04:17

Assalamualaikum. saya nak daftar spm persendirian boleh ke saya nak belajar ke sekolah seperti biasa. Maksud saya ? saya tak nak ambil tution atau belajar sendiri saya nak belajar di sekolah? boleh ke tak ? terima kasih

05 March, 2014 17:47

kenapa subjek bi bagi spmu sesi julai tiada?.

11 March, 2014 19:52


assalamualaikum, nk tnya.. kalau jadi calon persendirian ni boleh pilih subjek pilihan yg kita nk ke? walaupun di sekolah sy di kelas sains dan mengambil sains stream.. sy nk jadi personal candidate sbb dkt sekolah peraturannya kna ambil subjek pilihan mengikut klas.. sy mmg tk suka sains dan akaun.. so, sy ingt kalau boleh, SPM, sy nk ambil semua subjek teras, dan nk tambah bahasa cina&perdagangan.. boleh ke mcm tu? sy masih bersekolah lagi
Translate

14 March, 2014 04:18

@Keychikk Ah Chikk Waalaikumussalam, kalau sekolah swasta bolehlah kot. Tapi kalau sekolah kerajaan saya tak pasti.

14 March, 2014 04:20

@zukilie lie Maaf, bukan saya yang tentukan subjek apa yang boleh dan tidak diambil pada SPMU Julai. Itu semua telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan. Harap maklum.

14 March, 2014 04:22

@wawa itzela Waalaikumussalam, untuk yang masih bersekolah. saya tak pasti. Tapi bagi mereka yang mendaftar sebagai calon persendirian. mereka boleh memilih untuk mengambil 6 subjek teras yang wajib dan menambah subjek mengikut minat. Tapi untuk kes anda, saya sarankan anda rujuk dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri. Kerana saya tiada jawapan kepada persoalan anda itu. Harap maklum

21 March, 2014 10:35

Sya plajar lepasan spm2013..so da result kurang memuaskan BM,FIZIK,KIMIA,N ADD MATH..Apa yg perlu sya buat???daftar sebagai SPMU @ SPMP??? Hope answer secepat mungkin...terima kasih!!!

Anonymous
21 March, 2014 18:18

Salam. Can take just 2subject?

22 March, 2014 19:57

Spmu hanya sejarah, bm, n math je ke? Subjek laen xblh untuk ulang balek??

Anonymous
25 March, 2014 03:12

Salam saye nak tanya saya mrngambil spm 2014 di sekolah kerajaan.tapi waktu peperiksaan saye x hadir.jika saya ingin mrngambil spm tahun 2015.adakah saye perlu mengambil spmu atau mrndaftar sebagai calon spm persendirian dan adakah kita kena buat kerja khusus seperti disekolah atau pon calon persendirian hanya perlu menjawab kertas soalan tanpa kerja khusus?mohon pencerahan.

Anonymous
25 March, 2014 14:24

Assalamualaikum.. sya nak ambil spm persendirian dan x tahu nak beli buku ape untk pembelajaran sendiri.. untk pengetahuan, sya nak ambil subjek teras je.. boleh x tlong carikn senarai buku yg diperlukn.. tq..

25 March, 2014 21:28

boleh ke kalau kita hanya mengulang subject english spm sahaja?

Anonymous
26 March, 2014 11:06

saya nak tanya ni,klau jadi calon persendirian ni,macam status dh jd status married boleh ke jadi calon persendirian?exam sya sampai pmr jer..jadi sya nak ambik spm..memang tak kira umur lah.

26 March, 2014 11:28

klau dah married boleh kah?jadi calon spm ni,sbab saya kat sekolah dapat ambil pmr jer..tak kira umur lah..

27 March, 2014 01:16

@redwan meio-je awak hanya perlu daftar SPMU

27 March, 2014 01:18

@Anonymous wassalam. If for spmu..yes. if sspm persendirian..no

27 March, 2014 01:19

@=] spmu semua subjek boleh diulang. Terpulang kepada anda.

27 March, 2014 01:22

@Anonymous calon persendirian tiada kerja kursus. Pendaftaran untuk 2014 exam 2014 dan bukan 2015. Saya tak pasti apa status awak if awak ambil exam 2014 tapi tak hadir dan awak nak ambil semula pada 2015. Anda boleh kemukakan soalan ini kepada pihak jabatan pelajaran malaysia. Harap maklum.

27 March, 2014 01:24

@Anonymous anda cuma perlu beli buku rujukan mengikut subjek teras seperti math, bahasa melayu, bahasa inggeris, sejarah, sains, pendidikan islam sahaja. Awak boleh minta jurujual di kedai buku untuk mendapatkan buku yg berkaitan.

27 March, 2014 01:25

@suzella demieya boleh. Tapi exam hanya pada bulan november sahaja.

27 March, 2014 01:26

@Anonymous status perkahwinan bukan 1 masalah. Yang penting anda mahu daftar.

27 March, 2014 01:26

@tina dynaboleh saja. Tiada masalah.

27 March, 2014 01:26

@tina dynaboleh saja. Tiada masalah.

28 March, 2014 09:51

Salam .. sy behenti sekolah pada tingkatan dua ..
Dan sekarang boleh kah sy mengambil spm ? Mohon penjelasan
Terima kasih

28 March, 2014 22:15

@mejang12 mejang wassalam. Jika anda berumur 18 tahun keatas. Ya anda boleh mendaftar. Tarikh pendaftaran akan ditutup pada 31 March 2014. Harap maklum.

29 March, 2014 22:48

Assalammualaikum , Saya pernah menduduki Spm 2013 , Tapi keputusan saya kurang baik , jadi saya hanya nak mengambil 3 subjek sahaja , math , bi, dan pengetahuan sains sukan , Saya telah mendaftar d Spm Persendirian , kerana SpmU tidak mempunyai subjek yang saya nak ambil . adakah keputusan yang saya akan terima nnti akan d tukar dengan Kuputusan Spm saya yg 2013 punya ?

30 March, 2014 19:38

@mohammad ashrul Jika tidak silap saya persoalan ini pernah dijawab didalam blog saya. Jika tidak silap saya, result 2014 takkam dimasukkan ke dalam result 2013. Ianya akan diberi secara berasingan. Tapi saya tidak berapa pastilah sama ada ianya betul atau sebaliknya. Jika ingin maklumat yang sahih. Saudara/I boleh berhubung dengan Jabatan Pelajaran Negeri berhampiran saudara/i.

Post a Comment

 

Artikel Terkini