FAQ SPM Ulangan dan Persendirian (FEB06/2013)

February 6, 2013

FAQ SPM Ulangan dan Persendirian (FEB06/2013) | Sejak kebelakangan ini blog Sembang Cyber.com telah menerima beberapa persoalan berkaitan SPMU (Ulangan) dan SPMP (Persendirian) diruangan komen beberapa artikel yang berkaitan. Tapi saya tiada jawapan kepada persoalan tersebut. Lantas saya mengajukan persoalan tersebut kepada pihak "Kementerian Pelajaran Malaysia", dan saya telahpun memperoleh jawapan kepada persoalan tersebut.

Dibawah ini adalah 7 soalan yang terpilih dan saya ajukan kepada pihak "Kementerian Pelajaran Malaysia" yang bertarikh 5 Februari 2013.

7 Persoalan Yang Terpilih:

Q1: Bolehkah individu yang sudah pernah menduduki SPM. Menambah subjek lain seperti biologi, kimia, fizik dan lain-lain. Dan jika boleh, adakah individu tersebut tergolong dalam kategori persendirian ataupun ulangan?

Q2: Saya telah mengambil 7 subjek SPM pada bulan November. Apakah saya boleh menambah 2 subjek lagi pada bulan julai?

Q3: Saya nak tanya bolehkah saya mengambil SPM? umur saya 37 tahun. Saya pernah ambil SRP tapi dpt SAP dan surat SAP dah hilang. Saya pernah masuk sekolah vokasional di JB. Saya tak teruskan hanya bersekolah sampai tingkatan 4 aje. Bolehkah saya mengambil peperiksaan SPM? Kalau saya boleh ambil peperiksaan SPM, apa yang perlu saya buat untuk ambil peperiksaan SPM? 

Q4: Hi, saya sebenarnya telah berhenti sekolah pada tahun 2010, ketika itu saya berada di tingkatan 4 dan saya pernah mengambil SPM Calon Persendirian untuk pertama kali pada tahun 2011, tetapi malangnya saya tidak dapat menghadirkan diri atas masalah yang tidak dapat dielak. Pada tahun ini saya hendak mengambil SPM semula. Peperiksaan apa yang saya patut ikut. spm atau spm u? 

Q5: I am 51 years old. Sat for my SPM MCE during those days in 1979. Any chances of sitting for these 3 subjects Physics, Biology and Chemistry. For your information, i just want to improve my grades. 

Q6: Hello, saya sudah ada sijil spm tahun 2006 subjek akaun dan sastera... tahun 2013, saya berhasrat nak mengambil hanya 4 subjek sains bio,fizik,kimia,add math... bolehkah saya hanya mengambil paper itu sahaja dan macam mana saya nak apply? calon persendirian atau calon ulangan?

Jawapan Dari Kementerian Pelajaran Malaysia:

Tarikh: 6 Februari 2013

Tuan/Puan,

KES 28316.000951 : SPM Ulangan/Persendirian

Saya dengan hormatnya diarah merujuk kepada kes tuan/puan.

2.    Berikut adalah maklum balas kepada pertanyaan yang diajukan:

Pertanyaan 1 dan 2:

Tuan/Puan boleh mengambil peperiksaan SPM subjek biologi, kimia, fizik dan lain-lain subjek sebagai calon persendirian. 

Peperiksaan SPM (Ulangan) hanya menawarkan subjek Bahasa Melayu dan Matematik sahaja pada bulan Jun.

Pertanyaan 3, 4, 5 dan 6:

Tuan/Puan boleh mendaftar sebagai calon persendirian peperiksaan SPM dan berurusan terus dengan Jabatan Pelajaran Negeri. 

Tuan/puan diwajibkan mendaftar enam (6) mata pelajaran teras jika tuan/puan adalah pertama kali mendaftar untuk peperiksaan SPM. Jika tuan/puan pernah menduduki peperiksaan SPM, tuan/puan boleh memilih apa-apa mata pelajaran yang dikehendaki.

Permohonan pendaftaran peperiksaan SPM dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac 2013 di mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri.

Untuk maklumat lanjut sila layari portal Lembaga Peperiksaan.

Sekian, terima kasih. 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

Saya yang menurut perintah,

Hjh. Noriza binti Mohd Noor
Pegawai Penyelaras Aduan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia

PERHATIAN buat semua pembaca yang bakal mengajukan soalan berkaitan isu SPM Ulangan mahupun Persendirian. Di sini saya ingin maklumkan, bahawa saya bukanlah staff KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ataupun staff JABATAN PELAJARAN NEGERI ataupun staff LEMBAGA PEPERIKSAAN KPM. Artikel yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan rujukan daripada pihak yang berkaitan. Jadi saya minta maaf andai ada persoalan anda yang lambat dibalas. Ini kerana saya mengambil masa untuk mendapatkan maklumat dari pihak yang berkaitan.

Post a Comment

 

Artikel Terkini