Semak Status Permohonan BR1M 2.0

February 7, 2013

Mesti ramai yang tertunggu-tunggu jawapan kepada permohonan BR1M 2.0 yang sudah mula diberikan kepada pemohon yang layak. Ini termasuklah aku sendiri (BR1M 2.0, Golongan Bujang taratantang).

Semakan Melalui Email:

Melakukan semakan permohonan BR1M 2.0 melalui Email adalah cara yang mudah dan tak perlu nak memaki hamun seperti bila mana kita menggunakan talian hotline. Ini kerana aku sendiri menggunakan cara ini dan sedang menunggu maklumbalas dari pihak yang berkaitan. Caranya adalah:
  • Compose New Email.
  • Subject : Semakan Permohonan BR1M 2.0
  • Isi Kandungan : Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  • Hantar ke alamat email: br1m2@treasury.gov.my
Lepas tu send lah email tu dan tunggu 2 hari (ni orang yang dah pernah buat yang bagi tahu ya, aku tak pasti betul ataupun tidak).

Semakan Melalui Talian Hotline:

Cara yang ni aku rasa ramai yang akan memaki hamun sebab susah nak menembusi talian hotline tersebut. Maklumlah yang mohon BR1M 2.0 ni bukannya seorang dua. Apa-apapun anda boleh mencuba kalau anda suka. Caranya adalah dengan mendail 1-800-222-500 @ 1-300-88-3010. Talian akan dibuka bermula 11 Februari 2013 dan beroperasi dari jam 9:00 pagi/am sehingga 5:00 petang/pm setiap hari.

Kalau permohonan anda tak layak. Jangan pula buat status memaki hamun di laman sosial dan blog. Seelok-eloknya buatlah rayuan terlebih dahulu. Manalah tahu anda ada tersilap isi borang ke kan. Kalau dah buat rayuan pun status permohonan masih gagal, ikut suka hati anda lah nak buat apapun. Asalkan tidak hilang kewarasan sudah. Selamat mencuba ya semua.

Post a Comment

 

Artikel Terkini