Segmen Miz Ruha | Lesen

October 10, 2012

As Salam...hari ni aku teringin pula nak join segmen yang dianjurkan oleh Blog Miz Ruha. Aku dapat tahu pasal segmen ni dari rakan blogger ku yang bernama Abe Hanif Bin Idrus.

miz-ruhaAku join pun sebab syarat dia tak der lah ketat mana pun. Just tepek banner yang dibagi lepas tu buat story pasal pengalaman berkaitan LESEN.

My License Story...

Okay aku start buat Lesen memandu pada tahun 2004 kalau tak silap akulah. Time tu aku buat lesen memandu motor bersama abang aku, dan motor pertama aku adalah skuter keluaran modenas. Tak ingat dah apa model dia. Beberapa bulan lepas tu aku tukar kepada Yamaha 125zR (hehehe motor favorite aku time tu).

Lepas tu aku buat Lesen Memandu kereta pada tahun 2005 (dalam bulan Jun kalau tak silap aku) sebab time tu aku buat lesen lepas mak aku meninggal dalam kemalangan dengan abang aku (tapi abang aku hidup lagi ya).

Disebabkan trauma punya pasal. Aku jual motor Yamaha 125zR dan lepas tu aku buatlah lesen memandu kereta. Sejak dari hari tulah aku dah tak minat nak bawa motor. Aku cuma bawa motor bila dah tiada pilihan jer. Tapi seboleh-bolehnya aku memang takkan bawa motor. Sebabnya masa mak aku kemalangan kena langgar lori yang dipandu oleh Macha tu, aku ada sekali time tu. Waktu tu aku dekat belakang motor abang aku. Kalau ikutkan hati aku nak hempuk jer macha tu dengan helmet. Tapi aku utamakan keadaan mak aku dulu.

Paling aku terkilan adalah..time tu aku, abang aku dengan arwah mak aku baru balik dari keluarkan duit gaji. Dan time tu arwah mak aku baru jer lepas shopping beli barang nak buat kuih untuk 2 orang cucunya. Tapi apakan daya. Ajal datang menjemput...tak sempat arwah mak aku nak buatkan kuih untuk cucunya. Dah tak boleh nak buat apa dah. Allah lebih menyanyangi arwah mak aku. So kena terima jer lah pemergian arwah mak ku.

Huwaaa..I Miss My Mom....rindu dengan masakan arwah mak ku....sekian

Ehhh..lupa pula. Kalau u all nak join. Sila klik banner tu erk. Nanti u all akan ditorobangkan ke blog Tuan/Puan empunya segmen.

Post a Comment

 

Artikel Terkini