Perancang Perkahwinan atau lebih dikenali sebagai Wedding Planner. Itulah yang terjadi pada aku sekarang ni. Dalam tempoh 7-8 bulan kehadapan aku akan jadi "Perancang Perkahwinan" untuk majlis perkahwinan adik perempuan aku.
Kalau diikutkan adik aku ni sepatutnya kahwin bulan 12/2013. Tetapi disebabkan pihak lelaki nak mempercepatkan majlis. Pihak lelaki telah memberi kata putus, bahawa mereka nak buat majlis pada bulan 6/2013. So dah kelam kabut nak buat persediaan. Maklumlah adik aku ni kalau tak dipaksa untuk buat apa yang sepatutnya. Memang dia tak buat. Kerjanya asyik tunggu orang-orang tertentu free baru nak buat.
Tapi style kerja aku lain. Kalau aku suruh buat, memang kau kena buatlah. Sebab kalau kau nak tunggu orang yang sepatutnya (orang yang dah pernah kahwin) alamatnya kebaboom ar majlis tu nanti. Kebaboom bukan pasal meriah. Tapi majlis jadi huru hara, gara-gara sikap suka bertangguh.
Nak-nak lagi bab berurusan dengan "Butik Pengantin" dan "Wedding Photographer". 2 kerja ni memang nak kena settle dengan teliti dan berhati-hati. Maklumlah kedua-duanya kena booking awal. Takut lambat booking nanti melepaslah pulakan.
Sebenarnya semalam aku dengan adik aku pergi buat survey butik pengantin. Ada ar dalam 3 butik kita orang pergi. Antara ketiga-tiga butik tu. Hanya 1 jer yang pada aku berbaloi pakej andamannya. Harga lebih kurang sama jer. Tapi bezanya isi pakej jer.
Bab photographer pula, memang kita orang pilih dari butik yang pertama kita orang survey. Sebab skil photographer butik 1st tu memang kita orang dah tahu kualiti hasil kerja dia. Pakej dia memang mahal jika nak bandingkan dengan pakej photographer butik ke 2. Pada aku pakej dia mahal sebab kualiti kerja dia bagus, kalau tak bagus. Takkan dia berani letak harga tinggi kan. Apa-apa pun bab pemilihan butik dan photographer dah settle. Tinggal confirmkan dan booking jer pada minggu ni.
Lepas ni insyallah kita orang akan buat survey untuk set bilik tidur pengantin pula. Maklumlah semuanya kena buat survey dulu. Semuanya gara-gara bajet. Hehehe..biasalah tu bajet adalah masalah dalam urusan perkahwinan.
Hahaha..aku ni bajet jer macam pro sebagai Perancang Perkahwinan. Walhal diri sendiri masih bujang. Tapi pada aku tak per. Sebab bila aku buat benda ni. Sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman, dan dari pengalaman menguruskan majlis kahwin adik aku ni. Sekurang-kurangnya aku tahu setakat mana kemampuan aku untuk membuat persiapan majlis perkahwinan untuk aku pada masa hadapan nanti. Lepas ni dah tak payah nak susahkan orang lain. Sebabnya dah tahu apa yang perlu dibuat.
Apa-apa pun memang pening nak buat persiapan majlis kahwin ni. Semuanya bergantung kepada BAJET. Kalau ada bajet yang mencukupi, memang takkan pening punya nak uruskan majlis kahwin. Tapi kalau bajet limited. Memang kena teliti dan berhati-hati serta bijak berkira-kira. So nasihat aku buat sesiapa yang nak kahwin tu. Sila kumpulkan bajet yang secukupnya. Jangan hanya tahu nak kahwin jer, tapi bajet ke laut.
Post a Comment