KMS atau lebih dikenali dengan nama Kolej Matrikulasi Selangor. Mula beroperasi sekitar Mei 2010 (Kalau tak silaplah, sebab masa tu ada iklan 1st intake untuk KMS). Terletak berhampiran dengan pekan Banting dan berada di daerah Kuala Langat.
Kalau tak silap akulahkan. KMS ni adalah Kolej Matrikulasi terbaru dari kalangan KM yang lain (betulkan saya kalau silap ya), dan seperti biasalah. Kolej Matrikulasi ni biasanya terletak nun jauh ke pedalaman. Tapi aku rasa KMS ni tak adalah terceruk kat pedalaman sangat.
Sebabnya disekitar kawasan KMS tu ada juga :
- Kolej Komuniti Kuala Langat.
- Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat.
- Politeknik Banting (Masih dalam pembinaan, tak pasti dah siap ke belum. Buat masa ini, Politeknik Banting berada di Bandar Sungai Emas berhampiran SMK Banting (Sekolah budak-budak pandai)).
- SJK Tamil.
- SMK Jugra.
- SK Jugra.
- Bandar Banting Baru (Taman Perumahan & deretan Kedai).
- IKBN Banting/Kuala Langat.
- Kem Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).
- Pantai Kelanang & Pantai Morib.
- Dan macam-macam lagi.
Okay tak jauh dari KMS juga terdapat pekan untuk u all membeli-belah. Pekan tu bernama Banting. Macam-macam ada kat pekan Banting tu. Cuma pekan Banting tu taklah semewah dan sehebat KL, jadi janganlah demand melebih tahap dewa dewi kan. Setakat nak shopping keperluan harian, pakaian, kasut, dan lain-lain tu boleh jer.
Kalau u all nak tengok wayang. Biasanya kita orang akan pergi menonton di JJ Bukit Tinggi Klang ataupun kalau u all rasa nak pergi lagi jauh. Boleh jer tengok wayang kat Alamanda, Putrajaya. Ada jer bas pergi ke sana.
Kalau u all nak merayau dan tak nak naik bas. U all boleh jer cari kereta sewa. Kalau tak silap aku, ada jer orang buat servis kereta sewa disekitar kawasan KMS (Orang area Bandar Banting Baru). Terminal bas terletak di pekan Banting, termasuklah terminal teksi.
Kalau u all nak balik kampung nun jauh entah dimana. U all boleh naik bas ekspress di Klang Sentral ataupun Terminal 1 Seremban. Kalau nak naik kat area KL pun boleh, ikut suka citarasa u all lahkan. Yang nak balik ke Sabah & Sarawak, u all boleh naik Kapal Terbang di KLIA ataupun LCCT. Jangan risaulah, ada jer bas ke tempat-tempat yang dinyatakan.
Apa yang ada di Pekan Banting dan sekitarnya?
Ada apa yang sepatutnya ada di sesuatu pekanlah. Tapi tak der lah sehebat Bandar Klang, Kuala Lumpur, dan Putrajaya. Tapi bolehlah kalau nak hidup. Di Pekan Banting ada jer...
- MacDonald.
- Kentucky Fried Chicken (KFC) (ada 2, 1 di dalam The Store dan satu lagi bersebelahan Pizza Hut).
- Pizza Hut.
- Domino Pizza (Baru buka September 2012, sebelah Guardian).
- Farmasi Watson dan Guardian.
- Pasaraya The Store.
- Pasaraya Megah.
- Pasaraya Econcave.
- Pasaraya Giant (berada di Sungai Manggis).
- Terminal Bas & Teksi.
- Pasaraya MU (Jual pakaian).
- Bank Islam, Maybank, CIMB, Hong Leong Bank, Bank Rakyat, BSN, Agro Bank, Ambank, dan Public Bank.
- Secret Recipe.
- Al Ikhsan.
- Restoran Steambot.
- Hospital Daerah Banting.
- Balai Polis Banting (yang rupa macam resort).
- Uptown (bersebelahan dengan terminal bas).
- Dan macam-macam lagilah.
Kalau u all lapar. u all boleh jer melantak makanan laut (seafood) di area Kanchong Darat, kat situ melambak restoran seafood. Pilih jer mana yang u all nak. Rumah Haji Sidek pun berada di situ. Di pekan Banting pun melambak Kopitiam dan kedai makan termasuklah kedai mamak 24 hours (ada wifi). Kalau u all terasa nak makan sate, u all boleh makan di kedai Angah Sate.
Aku nak nasihat sikitlah pada u all yang bakal or masih belajar di KMS. Sila jaga tingkahlaku dan sentiasalah berhati-hati ketika or bakal berada di KMS. Jangan terlalu ikutkan nafsu sangat ya. Buat kaum hawa, jangan keluar malam tanpa ditemani rakan-rakan. Kalau boleh, sentiasalah berjalan dalam kumpulan. Kaum Adam pun sama juga. Pokok pangkalnya silalah beringat bila berada di tempat orang. Jangan nak buat yang bukan-bukan. Kerna tindak tanduk anda sentiasa diperhatikan. Sekian....
Post a Comment