Fenomena Oppa Gangnam Style yang sedang hangat melanda emosi dan jiwa raga rakyat Malaysia pada masa kini mendapat sokongan dan tentangan dari pelbagai pihak.
Ada yang menerimanya dengan pemikiran yang positif dan terbuka, tak kurang juga ada yang menolaknya hanya kerana terdapat desas desus yang mengatakan fenomena Oppa Gangnam Style ini dicipta untuk menyesatkan umat Islam. Sejauh mana kebenaran desas desus tersebut ?
Jawapan aku adalah entahlah. Pada aku fenomena Oppa Gangnam Style ni hanya sekadar kejutan budaya baru dikalangan rakyat Malaysia jer. Setahu aku, fenomena seperti ni biasanya sekejap jer. Bila muncul kejutan budaya yang baru, maka fenomena Oppa Gangnam Style ni akan berlalu pergi meninggalkan kita.
Apa yang menghairankan aku adalah kenapa dan mengapa orang-orang kita ni suka sangat mempertikaikan dan mempersoalkan sesuatu dengan agama walaupun mereka sebenarnya tahu bahawa ianya hanyalah satu fenomena yang terhasil dari kejutan budaya sahaja. Adakalanya aku melihat reaksi segelintir pihak yang menilai sesuatu secara berlebihan walaupun ianya tiada keperluan sangat.
Pada aku ianya tidak salah pun selagi ianya tidak memesongkan dan kita tidak terlalu taksub dengannya. Ada juga diantara kita yang berasa tidak senang dengan fenomena Oppa Gangnam Style, pada mereka ianya menyesatkan dan cuba memurtadkan kita.
Tapi pada akulahkan. Banyak jer budaya yang menyesatkan dan memurtadkan dilakukan oleh umat Islam dinegara kita. Cuma kita jer yang menidakkannya. Adakalanya yang mengatakan fenomena Oppa Gangnam Style ni menyesatkan dan memurtadkan pun ada melakukan perkara yang menyesat dan memurtadkan.
Aku bukanlah nak sokong sangat pasal fenomena Oppa Gangnam Style ni. Sebab aku pun bukan minat sangat dengan fenomena Oppa Gangnam Style ni. Tapi itu tidak bermakna kita perlu meminggirkannya hanya kerana kita tidak menyukainya. Apa yang kita tak suka, tak semestinya orang lain tak suka. Dan apa yang kita suka, tak semestinya orang lain pun menyukainyakan.
Jadi ia sebenarnya bergantung dan terpulang pada masing-masing. Bagaimana mahu menerima ataupun menolak sesuatu sesuai dengan selera dan citarasa masing-masing. Maklumlah citarasa setiap manusia kan berbeza.
Pada aku, kalau kita nak menilai, menegur, dan mempersoalkan sesuatu itu boleh. Tapi haruslah berpada-pada. Jangan menilai, menegur, dan mempersoalkan secara berlebihan. Kerana jika kita nak orang menerima apa yang kita nak sampaikan. Maka kita pun harus menerima setiap respon yang diberikan kembali kepada kita. Disitu barulah wujudnya win-win situation. Setiap apa yang kita nak sampaikan kepada orang sekeliling kita, haruslah mempunyai konsep win-win situation. Jangan kita pentingkan diri sendiri demi memenuhi kehendak diri kita semata-mata.
Berkaitan tarian di dalam klip video Oppa Gangnam Style, dimana ianya terlalu 18sx bagi kanak-kanak dan ianya juga kelihatan mengarut. Yezza..memang tarian Oppa Gangnam Style terdapat aksi 18sx dan mengarut. Tapi dah itu budaya rakyat Korea, takkan kita nak sekat pulakan. Jadi yang memegang pangkat mak bapa lah yang harus memerhatikan tindak tanduk anak mereka. Kita tak boleh nak halang fenomena Oppa Gangnam Style ni dengan menyatakan yang kita tak suka.
Senang cerita macam ni lah. Kalau kita tak suka. Tak payahlah kita menggatal tengok video Oppa Gangnam Style. Kalau kita tengok juga, itu bermakna kita tak membenci fenomena Oppa Gangnam Style. Cuma kita kurang suka jer. Fenomena Oppa Gangnam Style ni tak salah asalkan kita tahu limit..Sekian...
Post a Comment