Salam 21 Ramadan buat semua sahabat. Hari ni masih lagi nak mengupas isu berkaitan dengan "I follow You, You Follow Me Back". Tapi topik kali ini berkisarkan "Follower vs Reader".
Kenapa aku nak bercerita pasal follower vs reader ?
Jawapannya mudah. Isu ni merupakan salah satu isu yang terhangat dipasaran blogger. Dalam erti kata lain, isu ini boleh dikatakan isu yang hebat diperdebatkan dikalangan penulis blog. Tidak kiralah di zaman awal dunia blogging mahu pun sekarang, isu begini memang tidak akan ada kesudahannya. Boleh dikatakan isu ini akan berulang dari masa ke semasa.
Okay, biasanya sesiapa yang buat blog. Mesti nak ada follower mereka sendiri. Tapi bagaimana nak dapatkan follower ?
Jawapannya..anda kenalah belajar cara bagaimana hendak membina rangkaian blog anda dikalangan penulis blog lain. Maksudnya, kita kenalah mewar-warkan akan kewujudan diri serta blog kita di alam maya ini dengan menyelitkan diri di rangkaian milik penulis blog lain. Janganlah kita mengharapkan orang datang ke blog kita dengan sendirinya. Kerana peratus untuk orang datang ke blog kita dengan sendirinya memang tipis.
Mesti anda tertanya-tanya. Apa sebabnya tajuk aku kali ini adalah "Follower vs Reader". Bukankah reader itu akan datang bila orang follow blog kita ke ?
Ya, reader akan wujud bila ada orang follow blog kita. Tapi disini saya nak menerangkan perbezaan diantara menjadi reader dan follower.
Follower ini terbahagi kepada 2:
- Follower yang follow blog semata-mata nak menambah bilangan follower di blog mereka. Follower jenis ini adalah penulis blog yang mengamalkan konsep "I Follow You, You Follow Me Back". Dalam erti kata lain, mereka memaksa owner blog yang mereka follow untuk follow kembali blog mereka.
- Follower yang bertukar menjadi reader, follower jenis ini biasanya adalah folower yang betul-betul ikhlas untuk follow blog kita. Dan mereka akan membaca penulisan kita walaupun bukan semua. Biasanya follower jenis ini adalah pembaca blog kita yang akan bertandang kembali bila ada artikel terbaru dihasilkan.
Perihal reader pula. Golongan ini pun terbahagi kepada 2:
- Silent Reader, reader jenis ini suka membaca tanpa meninggalkan sebarang jejak. Maksudnya mereka hanya datang membaca dan tidak meninggalkan komen mahupun jejak kasih mereka.
- Havoc Reader (ni gelaran reader blog aku), reader jenis ni memang akan kerap meninggalkan jejak mereka. Tak kiralah di ruangan komen mahupun chatbox. Tapi biasanya yang meninggalkan jejak di chatbox ni jenis reader yang kaki kelentong. Maksud aku, depa ni gebang jer kata depa datang membaca. Walhal tak baca pun. Depa sekadar meninggalkan jejak kaki jer.
Bagi akulah. Aku lebih suka orang follow blog aku bukan disebabkan mereka nak aku follow back blog mereka. Sebab pada aku. Perbuatan begitu hanya memperlihatkan ketidakmatangan kita dalam berblogging. Kalau di awal permulaan berblogging memang ianya okay. Tapi jangan diamalkan terlalu kerap. Kerana ianya akan menimbulkan ketidakselesaan dikalangan penulis blog yang lain.
Yeah, mungkin cara aku ni akan kelihatan agak lemah dan bilangan follower pun susah nak naik. Tapi sekurang-kurangnya follower aku bukan datang dari GFC (Google Friends Connect) sahaja. Ini kerana, aliran pengunjung aku kebanyakkannya datang dari Google.com.my, Facebook, dan Google.com. Apa yang penting adalah kena tahu strategi pemasaran yang bagaimana kita nak gunakan ditambah pula dengan rangkaian yang dibina.
Aku takkan menghalang mana-mana blogger yang nak amalkan konsep "I Follow You, You Follow Me Back". Cuma sila pastikan kalau anda datang ke blog ini dan anda follow blog ini. Jangan sesekali meninggalkan pesan dengan menyuruh aku follow blog anda kembali. Bukan aku tak nak support blog anda tu. Cuma pada aku, biarlah keikhlasan yang menentukan sama ada aku akan follow blog anda kembali ataupun tidak.
Aku minta maaflah kalau ada yang bakal terasa dengan artikel aku berkaitan isu ini. Bukan aku nak provoke u all. Cuma aku hanya menyatakan pendapat aku sahaja. Kalau ada yang terasa tu. Aku minta maaf okay. Bukan niat nak sakitkan hati u all. Tapi sekadar berkongsi apa yang patut jer.
Follower banyak pun. Belum tentu ianya akan menjamin yang mereka akan datang kembali untuk membaca blog kita. Ianya realiti dan bukan fantasi.
Post a Comment